![]() |
Ketua negara, Ketua Pegawai Eksekutif, pembiaya dan pakar dasar akan bersidang berikutan peningkatan pergolakan ekonomi dan geopolitik global
RIYADH, Arab Saudi, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Inisiatif Pelaburan Masa Depan (Future Investment Initiative) yang akan diadakan di Riyadh pada 24 hingga 26 Oktober akan menyatukan pemimpin dalam bidang kewangan, teknologi dan iklim untuk menangani cabaran global. Sidang kemuncak ini akan menangani isu termasuk implikasi ekonomi akibat konflik dunia semasa, peranan perubahan iklim dan tindakan kerajaan sebelum COP28, serta strategi untuk memanfaatkan AI, teknologi, pendidikan dan kesihatan untuk membentuk masyarakat global yang lebih baik.
Tuan Yang Terutama Yasir Al Rumayyan, Pengerusi Future Investment Initiative dan Gabenor Public Investment Fund, akan membincangkan peranan pelaburan dalam memerangi perubahan iklim, bagi memastikan teknologi dapat memberi manfaat kepada semua, dan akses yang saksama kepada sumber.
Hari pertama akan tertumpu kepada Sidang Kemuncak Tenaga (Energy Summit), bagi memastikan sejauh mana matlamat Perjanjian Paris (Paris Agreement) sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, serta penggunaan teknologi dalam menghapuskan gas rumah hijau dan kadar penyahkarbonan global.
Barisan pakar teknologi di FII akan mengkaji potensi manfaat AI, keperluan untuk langkah pengawalseliaan global untuk privasi data pengguna, dan potensi AI dalam meningkatkan nutrisi pemakanan global.
Sebuah 'Hab Inovasi (Innovation Hub)' akan menumpukan pada masa depan GPT, penerimagunaan Web3, kemajuan dalam robot autonomi dan merungkai potensi pengkomputeran kuantum.
Jelas sekali, FII7 diadakan ketika berlangsungnya siri acara global, termasuk UNGA di New York, G20 di New Delhi dan Minggu Iklim MENA UNFCCC (UNFCCC MENA Climate Week) di Riyadh. Diadakan sebelum berlangsungnya COP28 menekankan peranan penting FII dalam wacana peringkat global yang sedang berlangsung.
Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute berkata, "Kerjasama global, dialog dan perdebatan secara peribadi menjadi sesuatu yang lebih penting pada waktu yang bergolak ini berbanding sebelum ini. Saya menggesa pemimpin, inovator dan pelabur di seluruh dunia untuk mengamalkan pendekatan etika yang dikongsi bersama dalam menghadapi cabaran."
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah yayasan bukan untung global yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan agendanya yang satu: Kesan terhadap Kemanusian. Bersifat global dan inklusif, kami memupuk golongan bijak pandai yang hebat dari seluruh dunia dan menukar idea kepada penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2252037/Future_Investment_Initiative_Institute.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600