omniture

Amrop, Firma Perunding Kepimpinan dan Carian Eksekutif Global Terkemuka Mengumumkan Pembukaan Pejabat Baharu di Sepanyol

Amrop
2023-10-24 14:00 0

BRUSSELS, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Amrop, sebuah firma perunding kepimpinan dan carian eksekutif global terkemuka, mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Madrid, Sepanyol. Peluasan strategik ini menjadi satu peristiwa penting untuk Amrop apabila ia berkembang merentasi Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan mencabar landskap carian eksekutif tempatan sedia ada.

 

Diterajui oleh Oscar Garcia Velasco, seorang usahawan berpengalaman yang sebelum ini pernah mengetuai organisasi serantau dan global dalam industri teknologi dan ekuiti swasta, pasukan Amrop Sepanyol diletakkan bagi menyediakan khidmat nasihat kepimpinan dan carian eksekutif yang berfokuskan pelanggan. Oscar disertai oleh Rakan Kongsi, Isabel Reija, seorang usahawan yang juga eksekutif pengurusan kanan yang menjadi rujukan dalam industri tenaga tempatan dan serantau, dan Carmen Tuñas, rakan kongsi carian eksekutif berpengalaman yang memiliki pengalaman bekerja lebih 20 tahun dalam pelbagai industri yang di antaranya seperti perbankan, peruncitan, logistik, pengedaran dan ekuiti swasta. Pasukan ini dilengkapkan dengan Federico Cuneo, seorang usahawan yang berjaya yang juga profesional carian dengan pengalaman selama lebih dua dekad bersama-sama Amrop, serta telah menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah Global Amrop selama 9 tahun dan Pengerusi terdahulu bagi Amrop Partnership; Federico menyertai Amrop Sepanyol sebagai Pengerusi dan Rakan Kongsi Kanan Global.

"Sejak 3 tahun lepas, Sepanyol telah menerajui pertumbuhan di zon Eropah yang didorong oleh perubahan struktur, pelaburan dan pasaran pekerjaan yang dinamik. Kami melihat banyak peluang dalam iklim ekonomi yang positif ini dan oleh itu, ia adalah masa yang sesuai untuk Amrop memasuki pasaran ini," kata Annika Farin, Pengerusi Amrop Partnership SC peringkat global. "Amrop Sepanyol akan mendapat manfaat daripada keupayaan global kami yang kukuh dalam pemerolehan dan penilaian bakat kanan. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan baharu kami".

Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Amrop Sepanyol termasuk:

  • Carian Eksekutif untuk mengenal pasti dan merekrut pemimpin dan eksekutif peringkat atasan.
  • Nasihat Kepimpinan untuk membolehkan pembuatan keputusan strategik dan mendorong prestasi organisasi.
  • Khidmat nasihat tadbir urus korporat dan ahli lembaga pengarah untuk meningkatkan keberkesanan ahli lembaga pengarah.
  • Perancangan penggantian untuk membangunkan kumpulan bakat berpotensi tinggi yang kukuh.

Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggannya, Amrop Sepanyol akan mengukuhkan kaedah tradisional dalam menyampaikan penyelesaian bakat dengan menggunakan teknologi berasaskan AI, sekali gus menginovasi cara industri carian eksekutif beroperasi di Sepanyol - mempercepatkan proses, menambah baik pembuatan keputusan dan meningkatkan kecekapan dengan para pelanggan kami.

"Komitmen kami terhadap kecemerlangan dan tumpuan kami yang teguh terhadap kepuasan pelanggan akan membimbing operasi kami di Sepanyol," tambah Oscar Garcia Velasco, Rakan Kongsi Pengurusan di Madrid. "Pasukan kami membawa pendekatan yang inovatif dan bertenaga kepada sektor perkhidmatan kepimpinan Sepanyol. Kami berada di sini untuk bekerjasama dengan organisasi Sepanyol dalam menarik dan membangunkan bakat terbaik yang seterusnya mendorong pertumbuhan dan kejayaan di Sepanyol dan Amerika Latin (Latam), di mana Amrop merupakan peneraju pasaran."

Alamat pejabat baharu Amrop di Madrid ialah C. José Abascal 56, 2da. planta, 28003, Madrid, Sepanyol.

Sila layari www.amrop.es

Tentang Amrop 

Amrop ialah sebuah firma perunding kepimpinan global yang menawarkan perkhidmatan carian eksekutif, khidmat nasihat ahli lembaga pengarah dan kepimpinan yang dikekalkan. Kami menasihati organisasi yang paling dinamik dan tangkas di dunia untuk mengenal pasti dan meletakkan Pemimpin yang Berwawasan untuk Masa Depan - yang mahir bekerja merentasi sempadan, di pasaran-pasaran di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1977, Amrop beroperasi di Asia, EMEA dan Amerika di 68 buah pejabat yang terletak di 55 buah negara.

Amrop Partnership SC, Rue Abbé Cuypers 3
1040 Brussels, Belgium, Tel. +32 471 733 825, E-mel. contact@amrop.com, Brigitte Arhold, COO

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1755576/Amrop_Logo.jpg?p=medium600

Source: Amrop
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Personnel announcements Artificial Intelligence