omniture

Lamda Development Melancarkan Little Athens, Kejiranan Terbaru di The Ellinikon

Lamda Development
2023-10-24 16:00 0

Kediaman Park Rise yang direka oleh Bjarke Ingels Group akan menjadi pusat komuniti yang dipenuhi dengan rumah moden, ruang hijau, peruncitan, pejabat dan hospitaliti 

ATHENS, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Lamda Development dengan sukacitanya mengumumkan Little Athens, kejiranan kediaman terbaru bagi The Ellinikon, projek penjanaan semula bandar terbesar di Eropah dan sebuah bandar pintar yang dibina dari peringkat awal di Athens. Di tengah-tengah halaju jualan yang ketara merentasi tawaran kediaman The Ellinikon, Little Athens akan membawakan kira-kira 1,115 kediaman baharu ke pasaran jualan dalam fasa pertamanya. Dicipta dalam ekosistem bandar pintar The Ellinikon yang mampan, Little Athens mewakili pendekatan kediaman serba baharu untuk Athens, yang berada dalam bangunan kediaman setinggi 50 meter yang pertama bagi kejiranan tersebut, iaitu Park Rise, yang direka oleh firma seni bina terkenal Bjarke Ingels Group (BIG).

Designed by Bjarke Ingels Group, the Park Rise will stand as the centerpiece of Little Athens.
Designed by Bjarke Ingels Group, the Park Rise will stand as the centerpiece of Little Athens.

The Ellinikon ialah bandar pintar terancang induk seluas 6.2 juta meter persegi yang mampan, yang dibina pada tapak lapangan terbang antarabangsa lama Athens, yang mana projek ini menetapkan standard global baharu untuk reka bentuk bandar yang berdaya tahan, konsep kehidupan pintar dan peluang pertumbuhan pelaburan yang sejajar dengan ESG, yang hampir menggandakan jumlah ruang hijau di kawasan Athens serta membawa pembangunan ekonomi yang ketara. Dibina dari peringkat awal lagi, The Ellinikon akan menyampaikan tawaran kediaman, komersial, riadah, peruncitan, makan, hiburan, pendidikan, dan olahraga, yang menjadikannya destinasi Eropah yang paling inovatif dan menarik untuk pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Terletak berhampiran pantai barat laut The Ellinikon, Little Athens ialah kejiranan baharu dan bertenaga yang membawa konsep kehidupan moden, sambil menerima penggunaan bahan tempatan dan semangat terbuka kehidupan Athen melalui reka bentuk oleh firma seni bina Greek dan antarabangsa. Ia akan menyediakan semua manfaat The Ellinikon, termasuk taman, jarak berjalan kaki yang singkat ke pantai, komuniti 24/7 yang semakin berkembang serta kediaman pintar yang selesa. Terletak di bangunan campur guna yang menyokong peruncitan, pejabat, hospitaliti, kesihatan, sukan dan tempat makan, kediaman tersebut yang berada di Little Athens disambungkan melalui laluan dengan teduhan dan menawarkan akses terus kepada semua yang ditawarkan oleh The Ellinikon dalam masa 15 minit.

" The Ellinikon secara intrinsiknya berakar umbi dalam sejarah Athens dan budaya tunggal kami," kata Odisseas Athanasiou, Ketua Pegawai Eksekutif Lamda Development. "Little Athens adalah contoh kepada situasi ini, yang dipengaruhi oleh tradisi masyarakat tempatan, kehidupan pesisir pantai, dan inovasi. The Ellinikon secara keseluruhan telah menyaksikan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada pembeli dari Greek dan antarabangsa, dan Little Athens akan terus menawarkan gaya hidup dan peluang pelaburan yang unik seperti Athens sendiri."

Kediaman dianggarkan berkeluasan kira-kira 60-70 meter persegi bagi pangsapuri satu bilik sehingga lebih 300 meter persegi bagi pangsapuri dengan lima bilik tidur. Kebanyakan bangunan, masing-masing direka secara unik oleh firma Greek terkemuka dengan pengetahuan mendalam tentang landskap, sejarah dan bahan tempatan, kebanyakannya akan mencapai sehingga ketinggian 20 m, manakala akan terdapat beberapa pilihan kecil bangunan unik setinggi 50 m yang menghadap ke taman dan laut. Ruang ini akan menarik minat pembeli tempatan dan antarabangsa yang pelbagai dan inklusif, sama ada mereka mencari rumah utama, gerbang percutian atau pelaburan.

Park Rise Bjarke Ingels Group 

Park Rise akan dibina sebagai tumpuan utama bagi Little Athens. Direka oleh studio seni bina terkenal di peringkat antarabangsa BIG, pembangunan tersebut akan menempatkan 88 kediaman mewah dengan satu hingga lima bilik tidur, merentasi lima teras bangunan: dua akan dibina sebanyak lima tingkat, dua akan dibina sebanyak lapan tingkat manakala satu lagi akan dibina sebanyak 12 tingkat.

"Dengan Park Rise, kami ingin mencabar pembinaan bangunan kediaman tradisional bertingkat tinggi dan mencadangkan satu lata rumah individu dengan taman peribadi mereka masing-masing, disusun untuk sejajar dengan kejiranan ke arah utara dan berkembang secara beransur-ansur ke arah puncak menara The Ellinikon Park di bahagian timur," kata João Albuquerque, Rakan Kongsi Bjarke Ingels Group. "Bangunan ini dibina kedekatan dengan Ellinikon Park sambil memaksimumkan pemandangan panoramik Laut Aegea, mengundang pemandangan gunung dan laut Athen melalui kawasan teres yang luas, dibingkaikan oleh tumbuh-tumbuhan dan pokok untuk menawarkan biofilia, privasi dan teduhan."

Muka bangunan projek ini yang melengkung secara kreatif memberikan imej baharu bagi tiang Yunani klasik sambil menambahkan geometri lembut pada estetikanya. Ketepatan geometri ini menampilkan corak seruling pada kawasan menegak dan kemasan licin pada tampang dan lantai untuk memperlihatkan gandingan tekstur yang elegan, sementara fasad luaran menampilkan konkrit bertetulang kaca putih pudar dengan agregat terdedah yang memberi kesan kepada landskap semula jadi. Terletak di tengah-tengah pemandangan Greece yang menakjubkan, Park Rise menawarkan pemandangan Laut Aegea pada satu sisi dan pergunungan Attica pada satu sisi yang lain. Diselimuti oleh keindahan The Ellinikon Park yang subur dengan fauna, reka bentuk ini jelas memberi penghormatan kepada daya tarikan pantai Athens.

Rumah di sini mewujudkan rasa tenang melalui hubungan ruang yang seimbang, konsep minimalisme moden yang mampan, serta pemandangan panoramik laut, taman dan gunung. Penghuni Megapuri tersebut juga boleh menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri. Setiap unit menampilkan kemasan premium yang mengimbau budaya dan iklim tempatan. Lantai kayu oak, tona dinding neutral dan penggunaan kaca yang meluas menekankan rasa selesa dan damai. Dapurnya pula mempunyai nilai estetika semula jadi dengan batu tersinter, permukaan porselin urat penuh dan lantai parket kayu. Estetika kayunya meluas sehingga ke bilik tidur utama, termasuk lantai dan kepala katil panel berkayu. Bilik mandi bergaya dan berfungsi, menampilkan jubin seramik berskala besar atau batu semula jadi dan lekapan gangsa yang disapu atau disikat krom hitam.

Kemudahan untuk penghuni sahaja termasuk kemudahan kecergasan terkini, termasuk 20 m kolam renang dalaman yang dikelilingi oleh batu yang elegan diterangi cahaya semula jadi secara tidak langsung. Di tingkat bawah, penghuni mempunyai akses ke taman persendirian untuk melakukan refleksi dan bersantai.

www.lamdadev.com
theellinikon.com.gr/en/home/ 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2254615/Lamda_Development.jpg?p=medium600

Source: Lamda Development
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services