omniture

Decode Global Perkenal Platform Dagangan Semua-dalam-Satu Serba-baharu: Merevolusikan Masa Depan Dagangan

Decode Global
2023-10-24 16:20 47

SINGAPURA, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Decode Global, kumpulan perkhidmatan kewangan global terunggul yang berpangkalan di Sydney, Australia, dengan gembiranya mengumumkan pelancaran platform dagangan semua-dalam-satu mereka. Platform yang dinamik dan canggih ini serupa dengan "Tradeniverse". Pedagang dan pelabur akan mendapat akses kepada semua ciri dagangan yang akan mentakrifkan semula cara pasaran kewangan dikawal.


Ciri-ciri utama platform Decode termasuk:

1.  Dagangan salinan serba baharu: Membolehkan pengguna mengikuti dan mengulangi strategi pedagang yang berjaya dengan mudah. Sistem ini memperkenalkan "papan peneraju pedagang", menampilkan pedagang yang mengekalkan keuntungan secara konsisten selama sekurang-kurangnya tiga bulan. "Papan peneraju pedagang" memperlihatkan gaya dagangan yang pelbagai dan rekod prestasi terdahulu pelbagai pedagang, bagi membolehkan pengguna memilih pedagang berdasarkan kepada keutamaan risiko individu.

2.  Strategi dagangan kadar-menang-tinggi: Decode berkolaborasi dengan ORION Trading Academy (Australia) untuk menyediakan strategi dagangan kadar-menang-tinggi. Strategi yang sama telahpun digunakan untuk mengurus saiz dana yang bernilai beratus-ratus juta. Walaupun menghadapi krisis seluruh dunia yang besar seperti wabak COVID-19, konflik Rusia-Ukraine dan kemelesetan ekonomi global, dana ini masih mengekalkan prestasi cemerlang dengan kadar kemenangan hampir 80%.

3.  Fungsi "Panduan-Auto" serba baharu: Fungsi panduan automatik (untuk pelanggan strategi profesional) menggunakan strategi kadar-menang-tinggi, menjadikannya lebih mudah untuk pedagang memanfaatkannya dan meningkatkan kecekapan dagangan serta kadar kejayaan.

Di samping itu, platform ini menawarkan alatan analitis berkuasa dan suapan data pada masa sebenar. Pedagang juga boleh mempelbagaikan platform mereka dengan pelbagai jenis aset, termasuk saham, komoditi dan tukaran mata wang asing. Selain itu, pedagang boleh mengakses sumber pendidikan yang komprehensif seperti tutorial, webinar dan analisis pasaran, bagi memperkasa mereka dengan ilmu pengetahuan.

Bagi meraikan pelancaran itu, Decode Global menawarkan promosi masa terhad, menyediakan kepada pengguna baharu dengan isyarat dagangan percuma selama tujuh hari. Kunjungi www.decodeex.com untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar untuk akaun percuma.

Latar Belakang Decode Global 

Decode Global ialah konglomerat perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka, ditubuhkan pada tahun 2004 dengan ibu pejabat pusatnya terletak di Sydney, Australia. Decode Capital Pty Ltd dan Decode Funding Ltd dilesenkan dengan sewajarnya sebagai Pemegang Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia dan dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan kewangan. Mereka beroperasi di bawah pengawasan kawal selia yang ketat oleh badan-badan yang disegani, khususnya Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC). Syarikat ini menyediakan portolio produk kewangan terpelbagai yang bertujuan untuk menambah kekayaan dan modal pejabat keluarga.

Source: Decode Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology