omniture

AVEVA dan ETAP Menandatangani Perjanjian bagi Menyediakan yang Pertama Dalam Industri untuk Jurutera Elektrik

AVEVA
2014-07-15 16:00 158

CAMBRIDGE, England, 15 Julai 2014 /PRNewswire/ --

Kolaborasi AVEVA dan ETAP menyediakan persekitaran  round-tripping tunggal pertama untuk pengesahan data lengkap termasuk  visualisasi 3D

AVEVA dan ETAP telah menandatangani perjanjian perkongsian yang mana melaluinya kedua-dua syarikat akan bersama-sama membangunkan antaramuka perisian antara AVEVA Electrical dan penyelesaian perusahaan ETAP bagi sistem kuasa elektrik. Antaramuka baharu itu buat julung kalinya akan menyediakan persekitaran round-tripping tunggal untuk para jurutera elektrik bagi pengesahan data lengkap daripada rekaan dan pengesahan rangkaian kepada visualisasi 3D. Antaramuka itu akan menyediakan kemampuan untuk rekaan, pembangunan serta penghasilan yang cekap bagi kebanyakan pemasangan elektrik rumit dalam semua jenis proses dan loji kuasa, kapal serta kemudahan luar pesisir.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120619/538079)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140715/696601)

Kolaborasi ini bermakna para jurutera boleh memperkenalkan pendekatan lelaran kepada perubahan data elektrik. Kini mereka boleh menyorong tarik data dengan lancar antara AVEVA Electrical dan ETAP sekerap mana yang diperlukan dan boleh menggunakan data kongsi ini untuk tujuan visualisasi dan turut melakukan penghalaan kabel yang tepat dalam AVEVA Everything3D melalui aliran kerja yang  tiada gangguan.

"Bulan lepas para pelanggan dari seluruh dunia berkumpul bagi menguji versi sebelum pelancaran untuk antaramuka perisian baharu ini," kata Shervin Shokooh, Ketua Pegawai Pengendalian ETAP. "Maklum balas yang diterima adalah sangat menggalakkan. Antaramuka ini membantu para jurutera dan pereka bentuk memeriksa berulang kali kesahihan rekaan loji kejuruteraan elektrik dan turut dapat memastikan  ianya menepati piawaian industri yang berkaitan."

"Kami telah bekerjasama dengan ETAP sejak sekian lama jadi apabila perkongsian kami dirasmikan melalui projek yang begitu penting, ia sangat mendatangkan kepuasan," kata Dave Wheeldon, Ketua Pegawai Teknologi AVEVA. "Antaramuka itu, yang boleh diperkenalkan dengan pantas dan mudah pada sebarang peringkat projek, menawarkan peluang tersendiri  kepada jurutera elektrik untuk mengambil rekaan daripada Rekaan Kejuruteraan Bahagian Depan (FEED) dan menjadikannya rekaan dan pembinaan yang terperinci sehinggalah ke peringkat pengendalian. Manfaatnya bukan sahaja direalisasikan semasa peringkat rekaan, ia turut membenarkan pengesahan elektrik diteruskan sepanjang kitar hayat sesebuah loji."

AVEVA Electrical ialah perisian beraneka ciri untuk kejuruteraan elektrik dan rekaan dalam projek loji dan marin. Antaramuka pengguna grafiknya yang canggih, kemampuan penghalaan kabel canggih, penggunaan peraturan rekaan dan katalog untuk penciptaan data; menawarkan  aliran kerja fleksibel secara maksimum, lalu menambah baik produktiviti projek dan kualiti rekaan. AVEVA Electrical juga merupakan sebahagian daripada penyelesaian Rekaan dan Kejuruteraan Bersepadu AVEVA termasuklah AVEVA Everything3D (AVEVA E3D), yang mengendalikan penghalaan dan pengagihan kabel dalam model 3D. Melalui antaramuka dua hala, ini menyepadukan model 3D dengan lancar bagi menghasilkan maklumat rekaan yang tepat.

ETAP ialah peneraju pasaran dan teknologi global dalam pemodelan, rekaan, analisis, pengoptimuman sistem kuasa elektrik serta penyelesaian masa sebenar ramalan. Teknologi perisian Syarikat itu memastikan sistem kuasa direka untuk keandalan, keselamatan dan juga kecekapan tenaga optimum; apabila digunakan dalam mod masa sebenar, ia membolehkan organisasi mengurus tenaga sebagai aset strategik, memaksimumkan penggunaan sistem, mengurangkan kos, serta mencapai tahap kestabilan kewangan yang lebih tinggi. Layari http://www.etap.com untuk maklumat lanjut.

Latar belakang AVEVA

AVEVA ialah peneraju dalam rekaan kejuruteraan dan penyelesaian pengurusan maklumat bagi industri loji, kuasa serta marin. Selama lebih 45 tahun, ia telah menyediakan penyelesaian perisian yang penting dalam perniagaan kepada para pengendali merangkap pemilik, kontraktor kejuruteraan dan juga pembina kapal seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.aveva.com/ednotes.

Hak cipta 2014 AVEVA Solutions Limited. Hak cipta terpelihara. AVEVA Solutions Limited dimiliki oleh AVEVA Group plc. AVEVA, logo AVEVA dan juga nama produk AVEVA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar AVEVA Group plc atau syarikat subsidiarinya di United Kingdom dan negara lain. Jenama dan nama produk lain ialah hak cipta syarikat masing-masing.

Maklumat perhubungan media:
Jenny Cattier
Pengurus Komunikasi
Pemasaran Korporat AVEVA
jenny.cattier@aveva.com
Tel: +44(0)1223-558105

Ikuti AVEVA melalui Twitter @avevagroup

Tonton AVEVA melalui YouTube http://www.youtube.com/avevagroup 

Bagi mengetahui kisah kejayaan pelanggan sila baca AVEVA World Magazine di http://www.aveva.com/Media-Centre/AWM

Source: AVEVA
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Joint ventures