LONDON, 15 Julai 2014 /PRNewswire/ --
Langkah penting bagi meluaskan operasi TMF Group di Asia Pasifik
TMF Group, penyedia ulung bagi Perkhidmatan Perniagaan Sumber Luar bernilai tinggi untuk pelanggan yang beroperasi dan melabur pada peringkat global, dengan bangganya mengumumkan ia telah bersetuju untuk membeli KCS Limited – penyedia perkhidmatan korporat pan-Asia bebas yang menerajui dengan mengkhusus dalam perakaunan korporat, kesetiausahaan korporat serta perkhidmatan gaji – daripada UCL Asia Partners, L.P.
Asalnya ditubuhkan pada tahun 1946, KCS Limited telah diambil alih oleh UCL Asia Partners, L.P. pada tahun 2003 berikutan keluaran sampingan daripada KPMG. Sejak itu, KCS Limited telah berkembang daripada 43 pekerja yang bertugas di hanya satu pejabat di Hong Kong, hinggalah kepada 470 pekerja, merangkumi 14 lokasi di lapan negara, menerusi gabungan pengambilalihan strategik dan pertumbuhan organik.
Pengambilalihan tersebut akan mengukuhkan platform sedia ada TMF Group di Asia Pasifik, meningkatkan jangkauan dan kedalaman tawaran Perkhidmatan Perniagaan Sumber Luar TMF Group di rantau ini serta membolehkan berlakunya kemajuan yang signifikan pada masa depan.
TMF Group telah membiayai pengambilalihan tersebut melalui sumber sedia ada. Terma kewangan transaksi tersebut belum didedahkan.
Tom Corkhill, Ketua Eksekutif KCS Limited, mengulas:
"Perjanjian ini menandakan tahap penting dalam kemajuan perniagaan kami. Gabungan kemahiran pakar, pengetahuan tempatan serta kumpulan pelanggan tetap berkualiti tinggi berserta jejak global TMF Group, amat menguja untuk kami dan para pelanggan kami yang kini akan beroleh rakan kongsi ideal bagi membantu mereka untuk terus berkembang pada peringkat antarabangsa sehingga lebih 75 negara di serata dunia."
Hugo van Vredenburch, Ketua Eksekutif TMF Group, pula berkata:
"Asia Pasifik merupakan kawasan pertumbuhan utama untuk perniagaan kami. Pengambilalihan ini dapat membina portfolio perkhidmatan kami yang sedia ada serta menyediakan kualiti operasi yang cemerlang, dengan KCS Limited dan TMF Group menyediakan Perkhidmatan Perniagaan Sumber Luar yang penting dan tambahan bernilai tinggi dari kebanyakan lokasi yang sama."
"Transaksi tersebut akan membawa faedah besar untuk kedua-dua perniagaan kami dan dapat meluaskan capaian TMF Group dalam pasaran China, serta memberikan kami keupayaan perkhidmatan yang tiada tandingan di rantau ini. Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Tom dan pasukan beliau ke TMF Group dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan mereka."
UCL Asia Partners, L.P., turut berkata:
"Kami amat gembira dengan KCS yang akan menjadi sebahagian daripada TMF Group. Di bawah bimbingan Pengerusi Iain Bruce dan Ketua Eksekutif Tom Corkhill serta pasukan pengurusan kanan mereka, perniagaan ini telah memantapkan kedudukannya sebagai salah satu pemain penting dalam industri ini. TMF Group menyediakan kualiti sempurna dengan KCS dan kami amat gembira terutamanya kerana TMF Group memberi tumpuan pada usaha mengekalkan etos dan budaya KCS. UCL Asia telah mendapat nasihat daripada Citigroup yang diketuai oleh Will McLane dan Gibson, Dunn & Crutcher diketuai oleh Graham Winter. Kami berharap agar setiap individu di KCS dan TMF Group akan berusaha meneruskan kejayaan."
Latar Belakang TMF Group:
TMF Group ialah penyedia peringkat global yang menerajui perkhidmatan perniagaan nilai tinggi untuk para pelanggan yang beroperasi dan melabur pada peringkat global. Ia memberi tumpuan pada usaha menyediakan perkhidmatan pentadbiran kewangan, undang-undang serta sumber manusia dengan kepakaran tinggi dan mementingkan perniagaan yang membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan khidmat luar bagi tujuan fungsi pentadbiran dan turut mengendalikan struktur korporat, wahana kewangan serta dana pelaburan di beberapa lokasi geografi berbeza. TMF Group beroperasi di lebih 75 negara di seluruh Amerika, Asia Pasifik, Eropah dan juga Timur Tengah. Majoriti syarikat tersebut dimiliki oleh Doughty Hanson, salah satu firma ekuiti persendirian bebas terbesar di Eropah, yang telah mengambil alih syarikat itu pada tahun 2008.
Latar Belakang KCS Limited:
Setelah ditubuhkan pada 1946, KCS Limited merupakan penyedia khidmat korporat pan-Asia bebas yang menerajui (sejak 2003) khususnya dalam perakaunan korporat, kesetiausahaan korporat dan juga perkhidmatan gaji. Beribu pejabat di Hong Kong, syarikat tersebut mempunyai seramai 470 pekerja, merangkumi 14 lokasi di lapan negara.
Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140714/696978
SUMBER: TMF Group