omniture

Vantage Berkolaborasi dengan Bloomberg Media Studios Lancar Siri Video "The Vantage View" Ulung

Vantage
2023-10-24 17:05 43

PORT VILA, Vanuatu, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Vantage (atau Vantage Markets), broker berbilang aset yang memenangi anugerah, dengan gembiranya mengumumkan kolaborasinya dengan Bloomberg Media Studios untuk memperkenalkan siri video yang menarik dan bernas yang digelar "The Vantage View". Kolaborasi ini menghimpunkan kepakaran Vantage Markets dan kredibiliti terkemuka Bloomberg Media, mencipta siri unik dengan analisis mendalam ke atas trend utama dan pandangan dalam landskap ekonomi.

Vantage Collaborates with Bloomberg Media Studios to Launch Inaugural "The Vantage View" Video Series
Vantage Collaborates with Bloomberg Media Studios to Launch Inaugural "The Vantage View" Video Series

Siri video "The Vantage View" akan menampilkan episod-episod secara suku tahunan yang memberi pandangan berharga kepada penonton daripada suara yang berpengaruh dan pakar terkemuka dalam pelbagai industri. Meliputi pelbagai jenis topik politik-ekonomi sohor kini, "The Vantage View" bertujuan untuk memastikan penonton dimaklumkan tentang perkembangan penting yang mempengaruhi landskap global. Bermula dengan kesan geopolitik yang merumitkan terhadap dasar perubahan iklim, hinggalah impak kemajuan teknologi seperti Kecerdasan Buatan ke atas pasaran kewangan, video-video tersebut akan menyelami subjek-subjek yang memainkan peranan penting dalam membentuk dunia kewangan kita.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage memperlihatkan semangat beliau terhadap kolaborasi ini, dengan menambah, "Perkongsian ini menunjukkan komitmen bersama kami untuk menyampaikan kandungan yang berkualiti tinggi dan mendorong perbincangan yang merangsang fikiran mengenai topik-topik kritikal. Menggabungkan kepakaran Vantage Markets dalam perkhidmatan kewangan dengan kewartawanan yang terkemuka dalam industri serta jangkauan global Bloomberg, 'The Vantage View' akan menjadi sumber pandangan dan analisis yang dipercayai untuk pelbagai kumpulan pendengar, termasuk pelabur, ahli profesional mahupun peminat."

Latar Belakang Vantage

Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play. 

berdagang lebih bijak @vantage

http://www.vantagemarkets.com/

Latar Belakang Bloomberg Media

Bloomberg Media ialah syarikat media berbilang platform yang terkemuka di dunia untuk perniagaan dan kewangan, yang memanfaatkan sumber editorial lebih daripada 2,700 ahli profesional editorial di peringkat global dalam lebih 120 negara. Bloomberg Media merupakan organisasi media yang berhadapan dengan pengguna daripada Bloomberg L.P.

https://www.bloomberg.com/

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Contracts New products/services Financial Technology