![]() |
Low Emission Methanol Shipping Company S.C.A. SICAV–RAIF ("LEMSCO" atau "Dana")
WOLLERAU, Switzerland dan GOTHENBURG, Sweden, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- ProMarine AG, Penasihat Pelaburan yang mengetuai pembiayaan peralihan tenaga maritim, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran dana perkapalan mampan yang pertama dalam industri dengan portfolio awal melibatkan empat kapal tangki MR yang menggunakan bahan api metanol yang diketuai oleh Proman, salah satu pengeluar metanol terbesar di dunia, dan Stena Bulk AB, sebuah syarikat perkapalan Eropah yang diiktiraf dan terkemuka di peringkat antarabangsa.
Low Emission Methanol Shipping Company S.C.A. SICAV–RAIF ("LEMSCO") ialah hasil kerjasama antara Proman dan Stena Bulk. LEMSCO disokong oleh pelabur ekuiti dan mendapat manfaat daripada pinjaman hijau daripada ABN AMRO. Aset awal LEMSCO terdiri daripada empat kapal yang menggunakan bahan api metanol yang diperoleh daripada Proman dan Stena Bulk:
- Stena Pro Patria
- Stena Pro Marine
- Stena Promise
- Stena Prosperous
Direkayasa semula sepenuhnya untuk memberikan rintangan rendah dan pendorongan yang cekap, kapal IMOIIMeMAX ini adalah antara kapal tangki MR yang paling cekap tenaga dan mampan di dunia, dengan kuasa daripada metanol yang menyediakan laluan untuk menghapuskan hampir kesemua gas rumah hijau.
LEMSCO juga akan mendapat manfaat daripada kontrak pembekalan metanol khusus daripada Proman, yang memastikan bahawa operasi armada ini bukan sahaja kos efektif tetapi juga dikuasakan oleh bahan api alternatif pelepasan rendah yang dibuktikan oleh teknologi dan tersedia di peringkat global.
Mengalu-alukan pengumuman ini, David Cassidy, Pengerusi Lembaga ProMarine dan Ketua Eksekutif Proman, berkata: "Kami berasa amat gembira dapat melancarkan LEMSCO, yang merintis usahanya untuk menangani pencemaran udara dan kebimbangan alam sekitar yang lebih luas melibatkan industri maritim. Kita semua menyedari bahawa peralihan kepada perkapalan yang mampan memerlukan pelaburan modal yang besar. Dengan menyediakan mekanisme pembiayaan alternatif, LEMSCO memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang ini dan memudahkan peralihan industri kepada bahan api dengan pelepasan yang lebih rendah."
Beliau menambah, "Kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami dan kepada ABN AMRO atas sokongan awal mereka yang penting. LEMSCO menunjukkan kesediaan pasaran untuk menawarkan insentif kewangan praktikal melalui pembiayaan kos yang dikurangkan untuk kapal yang menggunakan metanol pelepasan rendah, dan dapat menjadi pemangkin untuk pelaburan selanjutnya ke arah perkapalan yang mampan."
Erik Hånell, Ahli Lembaga ProMarine merangkap Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Stena Bulk AB, telah berkongsi keghairahan beliau terhadap inisiatif rintis ini, dengan menyatakan: "Pelancaran LEMSCO ialah satu detik penting, yang mempamerkan komitmen industri maritim terhadap masa depan yang mampan. Melalui kerjasama strategik dan pembiayaan hijau yang inovatif, kami sedang membentuk era baharu operasi maritim, yang mengutamakan metanol pelepasan rendah karbon sebagai bahan api alternatif yang berdaya maju. LEMSCO mewakili satu langkah ke arah perubahan yang bermakna, membolehkan pelabur menyokong industri perkapalan yang lebih hijau dan mampan. Secara bersama-sama, kami sedang merangka hala tuju ke arah lautan yang lebih bersih dan industri perkapalan yang lebih bertanggungjawab".
ABN AMRO menyediakan pembiayaan hutang kepada LEMSCO yang dinilai secara bebas terhadap Prinsip Pinjaman Hijau LMA (LMA Green Loan Principles) dan telah berjaya ditetapkan sebagai Pinjaman Hijau oleh DNV.
Remco Jongkind, Pengarah Urusan ABN AMRO berkata: "ABN AMRO amat berbesar hati untuk menyokong LEMSCO dalam urus niaga penting ini. Urus niaga ini adalah hasil daripada pelaksanaan strategi iklim kami untuk menyahkarbonkan sektor perkapalan di mana LEMSCO menunjukkan contoh melalui persediaan dana pelepasan rendah karbon. ABN AMRO berminat untuk meneruskan sokongannya untuk pertumbuhan portfolio pelepasan rendah karbon yang disokong oleh dua penaja terkemuka industri yang kukuh."
Ketika sektor maritim mengorak langkah ke arah masa depan yang mampan, LEMSCO berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan pembiayaan yang diperlukan bagi peralihan maritim hijau. LEMSCO akan melabur dalam perkapalan dan infrastruktur yang berkaitan dengan matlamat untuk mengurangkan pelepasan daripada sektor maritim global – yang pada masa ini bertanggungjawab ke atas 3% pelepasan gas rumah hijau global – memberikan pelabur peluang untuk melabur secara langsung dalam peralihan tenaga bagi industri perkapalan.
Kapal kedua dalam armada LEMSCO, Stena Pro Marine, akan mengadakan Majlis Penamaannya di Pelabuhan New Orleans pada 24 Oktober 2023, yang menunjukkan faedah pengurangan gas rumah hijau bagi bahan api metanol di salah satu pelabuhan pelayaran dan kargo tersibuk di Amerika Syarikat.
Nota kepada Editor
Tentang ProMarine
ProMarine ialah Penasihat Pelaburan dan Rakan Kongsi Am LEMSCO, yang diwujudkan untuk menerajui pembiayaan peralihan tenaga maritim. ProMarine ditubuhkan oleh Proman dan Stena Bulk untuk memacu kemampanan industri maritim demi menjamin kemakmuran dan kesihatan alam sekitar untuk generasi akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: info@promarine.pro
ABN AMRO
ABN AMRO bertindak sebagai Pengatur Utama Dimandatkan, Penyelaras dan Ejen Dokumentasi dalam pembiayaan Pinjaman Hijau bagi empat kapal berkuasa metanol untuk Low Emission Shipping Company ("LEMSCO")."
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2254994/LEMSCO_Vessels.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2254995/Lemsco_Logo.jpg?p=medium600