omniture

OrbiMed Mengumpulkan $4.3 Bilion Merentasi Dana Pelaburan Swasta

OrbiMed
2023-10-24 19:30 0

NEW YORK, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- OrbiMed, sebuah firma pelaburan penjagaan kesihatan global, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan lebih $4.3 bilion komitmen untuk dana pelaburan swasta terbaharunya yang merangkumi OrbiMed Private Investments IX, OrbiMed Asia Partners V dan OrbiMed Royalty & Credit Opportunities IV. 

Selaras dengan pendahulunya, dana baharu ini membolehkan OrbiMed melabur di peringkat global, daripada peringkat permulaan kepada syarikata pemula yang diinkubasi oleh OrbiMed melalui peluang modal pertumbuhan. OrbiMed bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat portfolionya untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan yang termasuk pembiayaan berasaskan royalti, kredit dan ekuiti. OrbiMed memberi tumpuan kepada peluang yang berorientasikan pertumbuhan dan inovatif merentasi subsektor penjagaan kesihatan, termasuk biofarmaseutikal, peranti perubatan, diagnostik dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang didayakan teknologi. 

OrbiMed diterajui oleh 21 rakan kongsi, dengan sebuah pasukan yang semakin berkembang yang terdiri daripada lebih 130 orang profesional yang menyumbang pelbagai kemahiran yang saling melengkapi dalam inkubasi, strategi, operasi dan kewangan syarikat ini. Para profesional firma ini berpangkalan di berpuluh-puluh lokasi global merentasi pasaran penjagaan kesihatan utama di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Pelabur dalam dana baharu ini termasuk pelbagai institusi perubatan, endowmen universiti, yayasan, dana pencen, dana kekayaan berdaulat dan pejabat keluarga. 

"OrbiMed amat menghargai sokongan berterusan yang kami terima daripada kebanyakan rakan kongsi yang telah lama terjalin yang telah melabur dalam dana ini," kata Carter Neild, Rakan Kongsi Pengurusan OrbiMed. "Kami akan berusaha memenuhi jangkaan tinggi daripada rakan kongsi kami pada tahun-tahun akan datang."

Tentang OrbiMed
OrbiMed ialah sebuah firma pelaburan penjagaan kesihatan terkemuka dengan aset di bawah pengurusan yang bernilai melebihi $17 bilion. OrbiMed melabur di peringkat global merentasi industri penjagaan kesihatan yang merangkumi syarikat pemula hingga syarikat multinasional yang besar melalui pelbagai dana ekuiti swasta, dana ekuiti awam serta dana royalti/kredit. OrbiMed berusaha untuk menjadi penyedia modal pilihan yang menyediakan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan dan sumber pasukan global yang luas untuk membantu membangunkan syarikat penjagaan kesihatan bertaraf dunia. Pasukan OrbiMed terdiri daripada lebih 130 orang profesional yang berpangkalan di Bandar Raya New York; London; San Francisco; Shanghai; Hong Kong; Mumbai, India; Herzliya, Israel; dan pasaran global utama yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.orbimed.com. Ikuti kami di X (dahulunya Twitter) @OrbiMed.

Hubungan Media: 
Carter Neild, Penganalisis Kewangan Bertauliah 
Telefon: (212) 739.6400 
E-mel: NeildC@OrbiMed.com

Erin Bocherer 
Telefon: (678) 294-2258
Cogenta Communications untuk OrbiMed
E-mel: Erin@cogentacom.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2251647/OrbiMed_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: OrbiMed
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Financing agreements Venture Capital