-- Terapi Radiofrekuensi (RF) Rapatkan Jurang Antara Ubat-ubatan dan Pembedahan
NORWALK, Connecticut, 15 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Kertas kajian semula setara yang baru diterbitkan menyimpulkan terapi Stretta ialah rawatan yang selamat, berkesan serta tahan lama untuk penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Kertas kajian tersebut menyatakan Stretta dapat menangani keperluan penting pesakit yang tidak dapat dipenuhi melibatkan para pesakit yang menerima kawalan yang tidak mencukupi menerusi terapi PPI dan menjadikan pembedahan sebagai pilihan terakhir. Kertas kajian tersebut telah ditulis oleh George Triadafilopoulos, MD, Profesor Perubatan Klinikal di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Stanford dan telah diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794
Dr. Triadafilopoulos menyatakan, "Pada hari ini, para pengamal perubatan akan beroleh lebih manfaat daripada sebelumnya menerusi Stretta sebagai tambahan untuk armamentarium rawatan bagi pesakit GERD." Kajian semula yang komprehensif itu menilai lebih 35 kajian yang telah diterbitkan berkaitan prosedur, termasuk kajian susulan 10 tahun yang dijalankan baru-baru ini, serta menyimpulkan Stretta ialah pilihan rawatan pertengahan yang bernilai tinggi antara PPI dan pembedahan.
Kesimpulan lain yang telah dicapai:
GERD ialah diagnosis pesakit luar paling kerap dilakukan di Amerika Syarikat. Walaupun kebanyakan pesakit dirawat dengan perencat pam proton (PPI), hingga 40 peratus daripada pesakit mempunyai masalah kawalan tidak sempurna terhadap simptom refluks akibat PPI. Stretta ialah rawatan bukan pembedahan dan melibatkan penghantaran tenaga radiofrekuensi kepada otot di bahagian sfinkter esofagus yang lebih rendah dan kardium gastrik. Stretta tidak mengubah anatomi atau mengimplan apa-apa bahan asing serta tidak menghalang langkah selanjutnya menerusi prosedur yang lebih invasif, jika perlu. Menurut penulis, Stretta ialah alternatif paling murah bagi terapi perubatan.
LATAR BELAKANG STRETTA®
Terapi Stretta merupakan rawatan bukan pembedahan untuk GERD, yang merupakan pilihan yang berkesan untuk para pesakit yang tidak memberi tindak balas sepenuhnya terhadap ubat-ubatan. Stretta telah menjadi subjek pelbagai kajian baru-baru ini, termasuk susulan selama lapan serta 10 tahun, dan turut menerima perakuan gred paling mantap daripada Persatuan Pakar Bedah Gastrousus dan Endoskopi Amerika (SAGES).
LATAR BELAKANG MEDERI®
Mederi Therapeutics menghasilkan Stretta dan Secca – peranti perubatan inovatif yang menghasilkan tenaga RF bagi merawat penyakit pencernaan. Rawatan terapi Mederi boleh didapati di seluruh dunia. Mederi terletak di Norwalk, CT.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut layari www.stretta-therapy.com.
Hubungi: Julia Brannan
julia@pascalecommunications.com
+1-908-464-2470