omniture

SUNRATE dan Sabre tandatangani perjanjian tingkatkan pengalaman pembayaran perniagaan di rantau Asia-Pasifik

Sunrate
2023-10-25 10:00 57

SINGAPURA, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- SUNRATE, platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar, dan Sabre, penyedia perisian dan teknologi terkemuka yang memperkasa industri pengembaraan global, mengumumkan satu perjanjian baharu yang akan membantu meningkatkan dan mengautomasikan pengalaman pembayaran perniagaan untuk syarikat-syarikat pengembaraan di rantau ini di Travel Tech Asia 2023.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan, kad komersial maya (VCC) SUNRATE akan diintegrasikan dengan Pembayaran Maya Sabre. Ini bererti pihak berkepentingan seperti Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) dan Syarikat Pengurusan Pelancongan (TMC) pada platform Sabre, kini dapat menggunakan VCC SUNRATE untuk keperluan pembayaran perniagaan mereka, seperti pembayaran kepada syarikat penerbangan, hotel serta pembekal di seluruh dunia.

Di samping itu, pihak berkepentingan pengembaraan juga dapat berskala dan berkembang di rantau Asia-Pasifik dengan lancar, memandangkan VCC SUNRATE membenarkan penyelesaian perbelanjaan kad dalam lebih 15 mata wang.

Shawn Qin, Ketua Bahagian Perniagaan Kad, SUNRATE berkata, "Sepanjang tahun lalu, SUNRATE telah merevolusikan pembayaran B2B pengembaraan dengan beberapa pengumuman seperti perkongsian strategi kami dengan Agoda dan pelancaran VCC baharu dengan rangkaian Mastercard dan Visa. Kami tetap komited untuk terus menginovasi tawaran penyelesaian pengembaraan dalam talian kami dan perkongsian bersama Sabre ini meletakkan kami di atas landasan dengan kukuh bagi menjadi rakan kongsi B2B sehenti untuk industri pengembaraan."

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan SUNRATE untuk meningkatkan pengalaman pembayaran pelanggan B2B kami, meluaskan tawaran kad maya kami dalam pasaran yang begitu penting seperti APAC," kata Celia Pereiro, naib presiden Sabre Virtual Payments di Sabre. "Di Sabre, kami berazam untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang dalam industri pengembaraan dan melabur dalam perniagaan pembayaran maya kami telah menjadi bahagian yang penting dalam usaha itu. Kini, kami membawa Sabre Virtual Payments ke peringkat yang seterusnya bersama rakan kongsi baharu dan keupayaan canggih dipertingkat yang mengautomasikan proses pembayaran dan menjadikannya lebih terjamin, cekap dan mudah. Perjanjian ini merupakan satu lagi langkah ke arah visi kami untuk mencipta sebuah ekosistem pembayaran terbuka dan bebas untuk seluruh industri pengembaraan."

SUNRATE merupakan ahli utama kedua-dua rangkaian Mastercard & Visa serta diperakui mengikut piawaian keselamatan data kewangan antarabangsa: Tahap 1 Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Bayaran (PCI DSS).

Latar Belakang SUNRATE

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, SUNRATE diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan membolehkan syarikat-syarikat beroperasi dan berskala di dalam negara dan secara global di lebih 190 negara serta wilayah menerusi platform proprietari canggihnya, jaringan global yang luas dan API yang mantap. Menerusi ibu pejabat globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di Hong Kong, Jakarta, London dan Shanghai, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays dan merupakan ahli utama kedua-dua Mastercard dan Visa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUNRATE, kunjung https://www.sunrate.com/

Latar Belakang Sabre Corporation

Sabre Corporation ialah sebuah syarikat perisian dan teknologi terkemuka yang memperkasa industri pengembaraan global, menawarkan perkhidmatan kepada rangkaian luas syarikat pengembaraan termasuk syarikat penerbangan, pengusaha hotel, agensi pelancongan dan pembekal-pembekal lain. Syarikat ini menyediakan penyelesaian peruncitan, pengedaran dan pemenuhan yang membantu pelanggannya beroperasi dengan lebih cekap, memacu hasil dan menawarkan pengalaman pengembara diperibadikan. Melalui pasaran pengembaraannya yang terkemuka, Sabre menghubungkan pembekal perkhidmatan pengembaraan dengan pembeli dari seluruh dunia. Platform teknologi Sabre mengurus lebih daripada $260B nilai perbelanjaan pengembaraan global setiap tahun. Beribu pejabat di Southlake, Texas, AS, Sabre menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 160 negara di serata dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sabre.com.

 

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Travel Contracts Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology