omniture

Chalak Mitra Group Membeli Francais Liga Perdana Caribbean Limacol Jamaica Tallawahs

Chalak Mitra Group
2014-07-16 09:14 158

- Usahawan ulung berpusat di AS akan membawakan kepakaran perniagaan dan semangat untuk kriket kepada juara bertahan CPL

DALLAS, 16 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Berikutan hujung minggu pembukaan yang menguja bagi Liga Perdana Caribbean (CPL) Limacol 2014 , Chalak Mitra Group (CMG) telah diumumkan sebagai pemilik francais baharu juara bertahan CPL Limacol, pasukan Jamaica Tallawahs.

CMG telah diasaskan oleh tujuh sahabat karib yang merupakan usahawan dinamik dari India yang sangat gemarkan kriket. Kumpulan itu, beribu pejabat di Dallas, Texas, memiliki dan turut mengendalikan konsep restoran di serata Amerika, termasuk salah satu francais KFC terbesar dalam negara, serta mengumpul modal ekuiti persendirian untuk pertumbuhan strategik dan inisiatif pemerolehan. Nama kumpulan ini sudah tidak asing lagi dalam bidang sukan: melalui perniagaan restorannya, ia telah memegang perjanjian penajaan dengan pasukan NBA, pasukan Dallas Mavericks dan Memphis Grizzlies, serta beberapa inisiatif pada peringkat kolej dan akar umbi.

Pasukan Jamaica Tallawahs muncul sebagai juara dalam Liga Perdana Caribbean Limacol sulung tahun lepas. Sabtu lepas, mereka mewujudkan suasana untuk musim kedua yang menguja dengan kemenangan permainan pertama menewaskan pasukan St. Lucia Zouks, dengan kapten Tallawahs, Chris Gayle melakukan 100 larian inning tunggal yang pertama dalam CPL. Grenada yang terkenal dengan budayanya yang meriah serta kemesraannya, telah bertindak sebagai tapak pembukaan bagi mempamerkan kejuaraan Twenty20 tempatan yang paling menyeronokkan di rantau itu, yang menyaksikan bintang global termasuk Kieron Pollard, Dwayne Bravo, Kevin Pietersen serta Mohammad Hafeez mengambil bahagian dalam "Parti Paling Meriah dalam Sukan."

Manish Patel, Pengerusi dan Presiden CMG, berkata: 
"Kami teruja dapat menjadi pemilik baharu francais Jamaica Tallawahs. Sebagai satu kumpulan, kami sangat menggemari kriket dan selepas menyaksikan kejayaan CPL tahun lepas, kami tahu inilah sesuatu yang kami ingin sertai. Budaya Jamaica yang tersendiri dan meriah telah menarik kami kepada pasukan Tallawahs, dan memandangkan budaya Indo-Jamaica telah berkembang maju selama bertahun-tahun, kami pasti inilah pilihan yang tepat. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk melibatkan diri dengan pasukan itu dan menjadi sebahagian daripada komuniti Jamaica."

Damien O'Donohoe, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana Caribbean berkata: 
"Kami dapat mengalu-alukan pemilik francais baharu yang begitu dihormati, yang merupakan bukti kekuatan CPL dan pasukan Jamaica Tallawahs. CMG ialah organisasi yang sangat berjaya dengan pengalaman yang luas dan semangat untuk sukan. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu bekerjasama dengan mereka sambil mereka membantu kami memperkukuh lagi kekuatan CPL dan turut mendapatkan penonton baharu untuk Parti Paling Meriah dalam Sukan."

Pasukan Jamaica Tallawahs akan bertanding dalam perlawanan seterusnya menentang pasukan Antigua Hawksbills di Stadium Sir Vivian Richards pada 17 Julai pada 3.30 petang waktu tempatan.

Latar belakang Chalak Mitra Group: 
Chalak Mitra Group kini memiliki dan turut mengendalikan lebih 275 restoran dengan hasil tahunan sebanyak US$350 juta. Ini termasuklah lebih 105 kedai makan Genghis Grill, Build Your Own Stir Fry di Dallas, rantaian restoran segera-santai 11 unit Baker Bros American Deli, dapur koktel kraf perkhidmatan penuh bernama Pepper Smash, konsep sajian santai lima unit Tex-Mex yang bernama Ruby Tequilas, jenama Itali segera-santai tiga unit bernama Go Roma dan jenama santai cemerlang empat unit, Fireside Pies.

Syarikat itu turut mempunyai pelaburan dalam pelbagai projek lain termasuklah hotel, harta tanah, dan juga pengeluaran. CMG juga ialah rakan kongsi francais Yum Brands, melalui syarikat gabungannya, Mitra QSR dalam lebih 140 unit Kentucky Fried Chicken/Taco Bell merentasi 12 negeri. Ia juga merupakan pemegang francais restoran Twin Peaks dan La Madeleine Country French Cafes.

CMG turut mempunyai pegangan hotel semasa dengan harta perkhidmatan berhad berjenama Hilton dan Marriott. Tambahan lagi, lelengan ekuiti persendirian CMG telah mengumpul lebih US$50 juta dalam modal swasta sepanjang 10 tahun lepas, membuat pelbagai pelaburan lain dalam harta tanah, hospitaliti, serta pengeluaran. Pemerolehan pengeluarannya yang paling terkini adalah dengan loji pembotolan minuman dan alkohol berfungsi, Southwest Bottling & Co-Packing, LLC yang bertapak di Dallas.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Chalak Mitra Group, sila layari www.chalakmitragroup.com.

Latar belakang Liga Perdana Caribbean: 
Liga Perdana Caribbean ialah kejohanan kriket format T20 berasaskan francais yang menggabungkan dua aspek paling menarik tentang kehidupan Caribbean – kriket dramatik dan suasana Riang-ria yang meriah. CPL sulung, yang digelar "Parti Paling Meriah dalam Sukan" mempunyai enam pasukan bertanding di serata rantau itu pada bulan Ogos 2013 – pasukan Jamaica Tallawahs, pasukan Red Steel, pasukan Barbados Tridents, pasukan Guyana Amazon Warriors, pasukan St. Lucia Zouks, dan juga pasukan Antigua Hawksbills. Pasukan Jamaica Tallawahs, dengan kapten Chris Gayle, muncul sebagai juara.

Hubungi: 
Ron Parikh 
Chalak Mitra Group 
info@chalakmitragroup.com

 

Source: Chalak Mitra Group
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Hotels and Resorts Real Estate Sporting Events Sports Travel Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion