omniture

FUTURE INVESTMENT INITIATIVE INSTITUTE MENGUMUMKAN SENARAI RAKAN KONGSI GLOBALNYA MENJELANG PERSIDANGAN FII7

Future Investment Initiative Institute
2023-10-25 12:50 0

FII Institute mengumumkan senarai rakan kongsinya yang mewakili organisasi global terkemuka daripada sektor perniagaan, akademik dan dasar awam

RIYADH, Arab Saudi, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Organisasi global terkemuka yang terdiri daripada perniagaan, akademik dan dasar awam menyokong program penyelidikan, pelaburan dan platform yang sedang dijalankan bagi menangani cabaran global termasuk kestabilan dan pertumbuhan ekonomi, pembangunan saksama, pelaburan perubahan iklim, alam sekitar dan pecutan teknologi termasuk AI serta kesannya terhadap pendidikan dan kesihatan. 

Aktiviti tahun ini akan berakhir dalam masa tiga hari dengan perbincangan yang tertumpu tentang cabaran dihadapi manusia yang akan berlangsung di Riyadh antara 24-26 Oktober semasa persidangan FII7. Lebih enam ribu delegasi termasuk para pemimpin dunia, menteri, Ketua Pegawai Eksekutif, pelabur, pengasas dan pakar dasar awam akan menghadiri platform yang terkenal di peringkat global ini.

Barisan rakan kongsi FII Institute untuk tahun 2023 adalah lebih kukuh berbanding sebelum ini. 

Bersama-sama dengan 'rakan kongsi pengasas,' Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dan 'rakan kongsi wawasan,' Kementerian Pelaburan Arab Saudi, sekumpulan 23 'rakan kongsi strategik' menyokong program, inisiatif dan misi FII Institute yang sedang dijalankan sepanjang tahun ini.

Aramco, Diriyah, Emaar, GFH, HSBC SAB, KAFD, Ma'aden, NEOM, New Murabba, PepsiCo, Red Sea Global, Riyad Bank, ROSHN, Suruhanjaya Diraja AlUla, SABIC, Sanabil Investments, Saudi Electricity Company, SNB, SoftBank Vision Fund, Standard Chartered, State Street, stc, THIQAH dan Vision Invest sebagai rakan kongsi strategik FII Institute dan programnya.

'Rakan Kongsi FII7' termasuk Dr. Sulaiman Alhabib dan SAUDIA.

Wawasan, pemikiran dan perbincangan panel yang khusus disokong oleh 'rakan kongsi pengetahuan' yang terdiri daripada perunding terkemuka, universiti dan institusi: Accenture, Bain & Company, BCG, Deloitte, EY, Bill and Melinda Gates Foundation, Gavi, Global Fund, Kearny, KPMG, McKinsey, Nature, Strategi& dan UNICEF.

'Rakan kongsi akademik,' termasuk Universiti Sains dan Teknologi King Abdullah (KAUST) dan Universiti Stanford akan menyumbang kepada perbincangan tersebut dan program FII Institute selama setahun.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute berkata:

"Rakan kongsi kamilah yang menjadikan komuniti FII Institute begitu memberi impak. Setiap tahun barisan rakan kongsi kami menjadi semakin kukuh. Pada tahun ini, kami berbangga untuk mengiktiraf rakan kongsi yang terdiri daripada 42 buah syarikat, universiti dan institusi terkemuka di peringkat global. Rakan kongsi kami mencerminkan sebuah perhimpunan para tokoh dan pemimpin hebat yang tiada tandingan, dan bersama-sama dengan komuniti ini, FII Institute mengorak langkah ke arah satu-satunya agenda kami: Impak terhadap Kemanusiaan." 

Tentang Future Investment Initiative Institute

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan bukan untung global yang didorong oleh data serta mempunyai cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan menukar idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo : https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news