![]() |
MEDELLÍN, Colombia, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- TerraPay, sebuah rangkaian pembayaran rentas sempadan global yang terkemuka dan Nequi by Bancolombia ("Nequi"), sebuah platform kewangan digital yang memiliki pelanggan di Colombia, hari ini mengumumkan sebuah kerjasama penting yang direka untuk mengubah perkhidmatan kiriman wang kepada 17.5 juta pelanggan Nequi.
Diumumkan di Money20/20 USA, kerjasama ini akan memberi keupayaan kepada rakyat Colombia untuk menerima kiriman wang daripada saudara-mara dan rakan-rakan mereka di lebih 200 buah negara dengan menggunakan hanya satu sambungan. Melalui sokongan teknologi pembayaran TerraPay, para pengguna Nequi akan mempunyai akses kepada aplikasi kewangan yang mudah digunakan, tanpa beratur panjang dan masa menunggu yang lama serta pengalaman yang selamat dan tanpa sebarang yuran tambahan untuk benefisiari.
Kerjasama ini menyatukan nilai bersama kedua-dua syarikat, membantu orang ramai menguruskan wang mereka dengan cekap dan mencapai matlamat kewangan mereka sambil turut membuka laluan kepada rangkuman kewangan. Kepakaran kewangan Nequi bersama-sama dengan penyelesaian pembayaran digital TerraPay akan memastikan lebih ramai orang boleh mendapat akses yang lebih baik kepada produk dan perkhidmatan kewangan serta autonomi yang lebih besar ke atas wang mereka. Dengan menggunakan aplikasi Nequi, para pengguna akan mempunyai akses segera untuk mengurus kiriman wang yang mereka terima.
Ambar Sur, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama TerraPay berkata, "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Nequi yang berkongsi keinginan dalam menjamin bahawa rakyat Colombia boleh menerima kiriman wang daripada keluarga dan rakan di seluruh dunia dengan cara yang mudah dan selamat. Kedua-dua syarikat kami memahami keperluan untuk meningkatkan pengalaman setiap orang dalam mengakses wang mereka dan melakukan transaksi. Matlamat kami adalah untuk memastikan para pengguna aplikasi Nequi mempunyai akses dengan harga yang berpatutan kepada pembayaran rentas sempadan tradisional atau saluran kiriman wang untuk beberapa tahun yang akan datang dan berasa diperkasakan dari segi kewangan.
"Sebagai satu-satunya rangkaian pembayaran yang mempunyai 29 lesen dan kelulusan kawal selia di seluruh dunia, termasuk transaksi dalam masa nyata dan keupayaan pemantauan risiko, kami bercita-cita untuk terus mengembangkan perkhidmatan pengiriman wang kami yang bertaraf dunia," tambah beliau.
María del Pilar Correa, Ketua Pegawai Perolehan Nequi berkata, "Kerjasama ini akan membolehkan kami mengubah cara kami menyampaikan kiriman wang dan seterusnya memperkasakan rakyat Colombia untuk mengurus wang mereka dengan lebih baik dan menyimpan untuk masa depan yang lebih cerah. Selepas menerima kiriman wang mereka pada Nequi, para pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk menghantar wang kepada orang lain, membuat pembayaran digital dan fizikal, mengatur kewangan mereka, menyimpan dan pelbagai lagi.
TerraPay berkongsi visi kami untuk membuka laluan kepada rangkuman kewangan dan ia terbukti dalam usaha yang telah mereka lakukan di peringkat global dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan TerraPay bagi membawa perkhidmatan kewangan kami yang termaju kepada berjuta-juta rakyat Colombia."
Tentang TerraPay
TerraPay memudahkan pergerakan wang di mana-mana sahaja – dengan menyediakan satu sambungan ke rangkaian pembayaran rentas sempadan yang paling meluas dan dikawal selia di 29 buah pasaran global serta membolehkan pembayaran kepada lebih 120 buah negara penerima, lebih 210 buah negara penghantar, lebih 7.5 bilion akaun bank dan lebih 2.1 bilion dompet mudah alih. TerraPay mempunyai misi untuk menghubungkan dunia kewangan tanpa sempadan, menjadikan pemindahan wang ke mana-mana sahaja dengan segera, boleh dipercayai, telus dan patuh sepenuhnya. TerraPay mendorong batasan untuk perniagaan global - yang merangkumi bank, teknologi kewangan dan pengendali pemindahan wang hingga perniagaan pelancongan, platform ekonomi pencipta dan pasaran e-dagang – sambil mendorong rangkuman kewangan walaupun dalam pasaran yang paling tidak boleh diakses. Ditubuhkan pada tahun 2014, TerraPay beribu pejabat di London serta mempunyai pejabat global di Dubai, Miami, Bogota, Dakar, Joburg, Nairobi, Milan, Singapura, Bangalore dan sedang berkembang pesat, setelah menerima pembiayaan daripada pelabur terkemuka termasuk IFC (Bank Dunia), Prime Ventures, Partech Africa dan Visa.
Tentang Nequi
Nequi ialah sebuah platform kewangan digital yang mempunyai lebih 17 juta pengguna di Colombia dan Panama, dengan 12 juta pengguna aktif setiap bulan. Tujuan kami adalah meningkatkan hubungan orang ramai dengan wang mereka, memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka. Melalui aplikasi tersebut, orang ramai boleh menggunakan wang mereka dalam kehidupan seharian mereka serta mempunyai keupayaan untuk menghantar, membayar, mengatur dan menyimpan wang mereka dengan cara yang mudah, pantas dan selamat.
Sebagai sebuah jenama serantau, Nequi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang para pelanggannya yang membolehkannya menawarkan penyelesaian yang tepat, berkesan dan kontekstual. Oleh itu, kami mempunyai perkhidmatan percuma teras yang membolehkan para pengguna menghantar, mengeluar, meminta, membayar dan mengurus wang mereka. Termasuk produk kewangan lain seperti pinjaman dan kad debit Nequi. Kami telah menambah produk dan perkhidmatan bukan kewangan baru-baru ini yang bertujuan untuk menyelesaikan keperluan 'sebenar' orang ramai dan menyepadukan dengan lancar ke dalam kehidupan seharian pengguna dengan keupayaan penyepaduan yang kukuh dan cekap dengan pihak ketiga seperti insurans, tiket kapal terbang dan bas.
Hubungan:
Juveria Samrin
juveria.n@terrapay.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600