omniture

Pemimpin perniagaan dan politik, termasuk DYAM Mohammed Bin Salman, berkumpul untuk hari pertama persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh

Future Investment Initiative Institute
2023-10-26 03:09 0
  • Perwakilan menyeru kepada kompas global baharu untuk meningkatkan persekitaran ekonomi dan meningkatkan pelaburan tenaga boleh diperbaharui
  • Ketua Pegawai Eksekutif memberi amaran bahawa persekitaran geopolitik memberikan cabaran besar di masa hadapan namun peluang pelaburan yang menarik dijangka menanti
  • Presiden Bank Dunia Ajay Banga komited terhadap sumber untuk menangani perubahan iklim di samping membasmi kemiskinan, ketika sidang kemuncak ini memberi fokus kepada visi baharu untuk kemanusiaan

RIYADH, Arab Saudi, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hari pembukaan Inisiatif Pelaburan Masa Depan (Future Investment Initiative, FII7) yang ketujuh menyaksikan tumpuan yang kukuh tentang bagaimana komuniti global dapat menavigasi norma baharu hubungan yang baru muncul dengan jayanya di tengah-tengah ketidakstabilan, kebimbangan iklim dan ketidaksamaan sosial, di mana perwakilan bersetuju dengan seruan untuk 'kompas global' baharu bagi memberi insentif dan menyokong peluang pelaburan.

Business and political leaders, including H.R.H Mohammed Bin Salman, gather for first day of Future of Investment Initiative conference in Riyadh
Business and political leaders, including H.R.H Mohammed Bin Salman, gather for first day of Future of Investment Initiative conference in Riyadh

Mengetuai panel pembuat perubahan, termasuk Jamie Dimon, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan Chase & Co dan Laurence D. Fink, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock, H.E. Yasir Al-Rumayyan, Gabenor bagi Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, menggariskan laluan melalui perairan yang tidak dipetakan ini, dan cara menukar cabaran kepada peluang untuk pertumbuhan, impak dan daya tahan, terutamanya yang berkaitan dengan cita-cita Kerajaan Arab Saudi terhadap tenaga boleh diperbaharui.

T.Y.T. Yasir Al-Rumayyan berkata: "Apa yang kami lakukan dalam KSA ialah model yang baik untuk dunia. Menjelang 2030, kami mahukan 50 peratus daripada penjanaan kuasa kami adalah menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan 50 peratus lagi akan berasaskan gas yang mengeluarkan kurang pelepasan daripada cecair. Kita perlu melabur lebih banyak lagi dalam tenaga boleh diperbaharui. Jika anda melihat pada sasarannya, menjelang 2045, $283 trilion dolar perlu dilaburkan secara kumulatif dari tahun 2020."

Ray Dalio, Pengasas, CIO Mentor & Ahli Lembaga Bridgewater Associates, LP berkata: "Apa yang kita lihat pada hari ini dan ketika kita mengadakan pilihan raya AS akan dapat mengatasi perbezaan yang sangat bertentangan terhadap kekayaan dan kuasa. Lihatlah pada isu geopolitik dan isu iklim. Isu iklim akan menelan kos antara $5 hingga 10 trilion dolar setahun dalam KDNK dunia. Ia mestilah ditangani."

Jamie Dimon, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan berkata, "Perbelanjaan fiskal adalah lebih tinggi daripada apa yang pernah dicapai pada waktu yang aman, dengan margin yang ketara. Kenaikan kadar mata asas sebanyak 25 tidak akan memberi banyak perbezaan, namun anjakan mata asas sebanyak 100 merentasi keluk hasil pasti akan melakukan perbezaan. Apa yang kita lihat hari ini menyerupai apa yang berlaku pada tahun 1970-an — di mana banyak perbelanjaan dibuat. Kerajaan menekankan agenda ESG, tetapi tanpa melaksanakan cukai karbon atau strategi yang rasional."

Dengan tenaga menjadi tema utama hari ini, keperluan penting untuk meningkatkan peralihan kepada tenaga yang lebih hijau menerajui Sidang Kemuncak Tenaga khas FII.  Perkara ini meneroka sejauh mana matlamat Perjanjian Paris (Paris Agreement) mampu sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, manakala peranan teknologi mungkin memainkan peranan dalam menghapuskan gas rumah hijau, serta perkadaran penyahkarbonan global.

DYAM Putera Abdulaziz bin Salman AlSaud, Menteri Tenaga Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan satu seruan yang lantang dengan berkata: "Kerajaan ini telah menunjukkan bukan sahaja peralihan, tetapi aspirasi untuk menjadi model yang menunjukkan bagaimana ekonomi hidrokarbon boleh berkembang. Kami menyasarkan trilema: keselamatan tenaga, kemampuan dan pertumbuhan ekonomi. Dari segi kelestarian, komitmen kami terhadap Perjanjian Paris tidak berbelah bahagi. Kami bukan sahaja menandatangani perjanjian tersebut, tetapi juga merundingkan setiap butiran dengan teliti. Pelaksanaan komitmen ini bukanlah sesuatu pilihan; ini adalah sesuatu yang wajib."

Ajay Banga, Presiden Bank Dunia, menambah: "Misi baharu Bank Dunia adalah untuk menumpukan bukan sahaja pada pembasmian kemiskinan dan perkongsian kemakmuran, tetapi juga pada [pemastian] sebuah planet yang boleh didiami serta penanganan krisis dan cabaran dunia yang saling berkaitan."

Pada sidang kemuncak Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang berlangsung di Riyadh (24 hingga 26 Oktober), 6,000 orang pemimpin, pelabur dan inovator dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam lebih 200 sesi panel dan perbincangan yang dibentuk bagi menangani isu-isu terbesar yang dihadapi oleh manusia dari segi kesihatan, kemakmuran dan kelangsungan hidup.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute, berkata: "Masa depan bagi nilai kemanusiaan adalah masa depan yang merangkumi empati, keterangkuman, toleransi, pengetahuan, etika dan keamanan. Ia adalah masa depan di mana kita menyedari tanggungjawab kita secara bersama untuk menjaga planet kita dan antara satu sama lain."

Tentang FII Institute 

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah yayasan bukan untung global yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan agendanya yang satu: Kesan terhadap Kemanusian. Bersifat global dan inklusif, kami melahirkan golongan minda hebat di seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian di dunia nyata dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2257090/FII_Conference_Riyadh.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities Trade show news