omniture

FUTURE INVESTMENT INITIATIVE INSTITUTE MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGHAPUSKAN JURANG PELABURAN SEBANYAK 5.4 TRILION DALAM PASARAN BARU MUNCUL

Future Investment Initiative Institute
2023-10-26 03:24 0

RIYADH, Arab Saudi, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) di Riyadh hari ini, yang merupakan sebuah sidang kemuncak global, para pemimpin dan pelabur telah memutuskan untuk menangani kelemahan ESG dalam bentuk sebuah Resolusi untuk Meningkatkan Pelaburan ESG dalam Pasaran Baru Muncul

FUTURE INVESTMENT INITIATIVE INSTITUTE RESOLVES TO REMOVE 5.4 TRILLION INVESTMENT GAP IN EMERGING MARKETS
FUTURE INVESTMENT INITIATIVE INSTITUTE RESOLVES TO REMOVE 5.4 TRILLION INVESTMENT GAP IN EMERGING MARKETS

Resolusi untuk Meningkatkan Pelaburan ESG dalam Pasaran Baru Muncul ini akan menyaksikan FII Institute menghimpunkan para pemimpin dan pelabur dari barat, timur dan Selatan Global untuk mengambil tindakan kolektif terhadap ketidaksamaan dalam rangka kerja ESG pada masa ini.

Pasaran baru muncul mempunyai 86% daripada penduduk dunia dan bertanggungjawab terhadap 58% daripada KDNK global, namun mereka menerima kurang daripada 10% daripada semua pelaburan ESG.  Memandangkan enjin pertumbuhan masa depan ini jauh daripada skala yang diperlukan untuk pertumbuhan yang lestari dan tidak mencukupi untuk memenuhi jurang pelaburan tahunan sebanyak $2.5 hingga $3.7 trilion yang diperlukan bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB di negara-negara membangun. 

Dengan menyedari batasan alat data ESG pada masa ini, Resolusi tersebut menyeru untuk:

  • Komitmen oleh rakan kongsi FII Institute dalam melaksanakan metodologi ESG yang inklusif dengan matlamat untuk meningkatkan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) di Pasaran Baru Muncul kepada 30 peratus daripada portfolio kelestarian global menjelang tahun 2030;
  • Penerimagunaan piawaian pendedahan kelestarian antarabangsa dengan segera di seluruh pasaran baru muncul dan maju;
  • Pengiktirafan terhadap pelancaran IFRS-1 dan IFRS-2 Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa yang akan datang sebagai langkah penting yang akan meningkatkan keterangkuman dan kualiti data ESG;
  • peserta pasaran perlu melapor dan menyediakan data yang diperlukan oleh dunia untuk membuat pilihan pelaburan yang lebih baik dan lebih cekap.

FII Institute akan terus menggunakan kuasa persidangannya untuk mempromosikan agenda ESG yang inklusif di Sidang Kemuncak PRIORITY di seluruh dunia untuk menggesa kerajaan dan sektor kewangan swasta memenuhi cabaran ini.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute berkata:

"Sikap berat sebelah di pusat penarafan ESG yang paling dominan di dunia sedang mengambil bertrilion-trilion wang daripada pasaran membangun yang merupakan enjin pertumbuhan bagi ekonomi global. Alat data ESG sedia ada mendiskriminasi pasaran membangun, dengan memihak kepada pasaran maju. Jika mereka ingin memenuhi matlamat asal mereka untuk memperkasakan masa depan yang lebih lestari, kita memerlukan penerimagunaan keterangkuman yang meluas, supaya ESG benar-benar memberi manfaat kepada setiap negara, setiap rantau dan seluruh dunia."

Tentang FII Institute 

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berasaskan keuntungan yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Kesan terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan menukar idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2257115/ESG_Resolution_PR.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4361794/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Future Investment Initiative Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Survey, Polls & Research Artificial Intelligence Cision Influencer List - ESG