omniture

PureSoftware menang 'Penyelesaian Pinjaman Digital Terbaik' di Anugerah Inovasi Perbankan Runcit Global 2023

PureSoftware
2023-10-26 03:38 0

Diiktiraf oleh The Digital Banker untuk platform perbankan digitalnya yang menerajui industri iaitu Arttha 

SINGAPURA dan NOIDA, India, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ --  PureSoftware, sebuah syarikat perkhidmatan digital dan produk perisian global yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah diberi penghormatan dengan anugerah "Penyelesaian Pinjaman Digital Terbaik" yang dihormati oleh The Digital Banker di Anugerah Inovasi Perbankan Runcit Global 2023 yang berprestij. Anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan cemerlang PureSoftware kepada industri kewangan dengan platform perbankan digitalnya yang revolusioner, Arttha.

Manish Sharma, CEO and Udeet Bhagat, Vice President - APMEA receiving the award
Manish Sharma, CEO and Udeet Bhagat, Vice President - APMEA receiving the award

Arttha (oleh PureSoftware) ialah sebuah platform Perbankan sebagai Perkhidmatan yang direka untuk memperkasakan bank dan institusi kewangan meningkatkan keseluruhan pengalaman pengguna untuk pelanggan mereka melalui modul natif awan yang termasuk Pengurusan Kitaran Hayat Pinjaman, Pembayaran Digital, e-Dompet, Perbankan Teras, Perbankan Agensi dan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL) yang serba lengkap. Pendekatan tanpa kod yang inovatif ini yang digunakan dalam Arttha membolehkan para pelanggan perbankan global mencipta pengalaman perbankan pelanggan diperibadikan yang lebih intuitif.

Mengulas mengenai anugerah tersebut, Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware meluahkan rasa terima kasih dan kegembiraan: "Pengiktirafan ini menyerlahkan keyakinan bank-bank terkemuka yang semakin meningkat terhadap kuasa penyelesaian pinjaman kami. Di PureSoftware, kami percaya bahawa pinjaman digital adalah masa depan bank, dengan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) sebagai hala tuju yang unggul. Dengan platform sedia awan yang bersepadu sepenuhnya, perkongsian ekosistem yang kukuh dan sokongan pelanggan yang semakin meningkat, kami komited untuk mempercepat rangkuman kewangan kepada bank-bank di seluruh dunia."

PureSoftware komited untuk menyediakan penyelesaian termaju yang melangkaui jangkaan pelanggan dan kekal sebagai peneraju dalam mengubah industri kewangan.

The Digital Banker (thedigitalbanker.com) ialah rakan penyelidikan, risikan perniagaan dan berita yang dipercayai di peringkat global kepada sektor perkhidmatan kewangan di seluruh dunia. Para perunding dan pakar bidang subjek mereka menyediakan penyelidikan tematik, cerapan dan ramalan berasaskan data secara eksklusif di seluruh sektor Perkhidmatan Kewangan global.

Tentang PureSoftware 

PureSoftware merupakan sebuah syarikat perkhidmatan digital dan produk perisian global yang telah memacu transformasi untuk organisasi terkemuka di dunia dalam pelbagai bidang industri seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, permainan dan hiburan. Arttha, daripada PureSoftware, ialah sebuah platform teknologi kewangan yang dipercayai di seluruh dunia. Ia membantu perniagaan menerapkan penyelesaian digital dalam bidang perbankan pengguna dan PKS, perbankan agensi/tanpa cawangan, perbankan teras, pinjaman, pembayaran, BNPL dan pengurusan pedagang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.puresoftware.com; www.arttha.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2256092/PureSoftware.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1450649/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: PureSoftware
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards