omniture

Percepatkan Strategi 'Menuju Global': NETA Auto Lancar Model Penting di Indonesia dan Malaysia

NETA Auto
2023-10-26 12:33 105

SHANGHAI, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dalam mengorak langkah yang pantas menuju globalisasi, NETA Auto memulakan perjalanan di dua negara tambahan pada minggu ini. Penampilan sulung NETA V yang menarik di Indonesia dan Malaysia membawakan era baharu kenderaan elektrik pintar kepada pengguna di kedua-dua negara. Dengan reka bentuknya yang luar biasa, teknologi terkini dan komitmen kepada kecerdasan hijau, NETA mendapat sambutan yang pantas dalam pasaran Asia Tenggara, lalu menandakan peristiwa yang penting dalam pelaksanaan strategi globalnya yang selanjutnya.

[Photos of Launch Event in Indonesia]
[Photos of Launch Event in Indonesia]

Sejak memberi tanggapan yang kukuh di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO 2023 pada bulan Ogos, NETA telah menjadi bintang yang terkenal dalam pasaran pengguna Indonesia. Di acara pelancaran besar-besaran di Jakarta pada 24 Oktober, NETA mengumumkan secara rasmi permulaan jualan yang komprehensif di Indonesia. Ia memanfaatkan teknologi utama dalam bidang-bidang teras seperti reka bentuk inovatif, teknologi pintar, bertujuan untuk memenuhi kehendak pengguna Indonesia terhadap mobiliti pintar. Lebih daripada 200 hadirin, termasuk Naib Presiden dan Presiden Jabatan Perniagaan Luar Negara NETA, En. Zhou Jiang, eksekutif-eksekutif lain serta rakan-rakan kongsi Indonesia dan wakil-wakil media, mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Di samping itu, bagi memperkukuh kedudukannya dalam pasaran Indonesia, NETA memilih kolaborasi mendalam bersama rakan kongsi tempatan PT Handal Indonesia Motor. Rancangannya adalah untuk memulakan pengeluaran produk setempat di Indonesia bermula dari suku kedua tahun 2024. Wakil-wakil daripada media dan komuniti perniagaan yang hadir di acara itu menyatakan bahawa barisan produk NETA yang pelbagai dan teknologi inovatif yang terkini akan menjadikannya pilihan utama untuk pengguna kenderaan elektrik di Indonesia.

Juga dalam minggu ini, NETA berkolaborasi dengan Go Auto Group, mengadakan majlis pelancaran NETA V di Putrajaya, Malaysia. Acara berkenaan turut diadakan di salah sebuah pusat membeli belah terbesar di Malaysia selama 5 hari mulai 25 Oktober. Hampir 100 rakan media dan wakil rakan kongsi menghadiri majlis pelancaran pada hari pertama acara berkenaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran kenderaan elektrik tulen di Malaysia telah mengalami pertumbuhan pesat. Dengan prestasinya yang luar biasa baik dalam pasaran domestik mahupun luar negara, NETA Auto bersedia untuk memperkenalkan siri model klasik ke pasaran Malaysia, menawarkan rangkaian pilihan yang lebih luas kepada pengguna tempatan. Majlis pelancaran itu menandakan bahawa NETA Auto telah menyertai secara rasmi kekuatan mobiliti hijau di Malaysia, memberi sumbangan positif terhadap mempromosikan kecerdasan dan mobiliti hijau.

Bermula dari Thailand dalam tahun 2022, NETA mengambil langkah kukuh yang pertama ke arah pembangunan global. Tahun lalu, NETA mencapai jualan tahunan melebihi 150,000 kenderaan, menempatkannya di barisan hadapan bagi perusahaan kenderaan tenaga baharu di China. Pada tahun 2023, NETA memulakan sepenuhnya operasi luar negaranya dan hanya dalam tempoh setahun sahaja, bahagian pasaran syarikat dalam pasaran kenderaan elektrik tulen di Thailand mencapai hampir 20%. Selain Asia Tenggara, NETA menembusi pasaran secara berperingkat-peringkat di Timur Tengah, Afrika Utara dan Amerika Selatan.

Pada tahun 2024, NETA merancang untuk mewujudkan rangkaian jualan global yang meliputi 50 negara, dengan 500 outlet jualan dan servis luar negara, menyumbang kepada matlamatnya untuk mencapai jualan luar negara sebanyak 100,000 kenderaan pada tahun akan datang. NETA benar-benar mencetuskan gelombang tatkala ia melangkah menuju persada antarabangsa.

Berpandukan nilai 'Teknologi untuk Semua' ('Tech for All'), kemasukan NETA Auto ke dalam pasaran antarabangsa bukan semata-mata tentang menjual produk, tetapi juga menyampaikan falsafah bahawa kenderaan elektrik pintar yang berkualiti tinggi haruslah boleh diakses oleh semua orang. Dengan mempercepatkan kehadirannya dalam pasaran antarabangsa, NETA akan terus memenuhi permintaan global terhadap kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi dan menyumbang kepada kemajuan mobiliti lestari di seluruh dunia.

Source: NETA Auto
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services