omniture

Hari Psoriasis Sedunia 2023: Akses untuk Semua

IFPA
2023-10-26 16:00

STOCKHOLM, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Setiap tahun pada Hari Psoriasis Sedunia yang disambut pada 29 Oktober, komuniti penyakit psoriatik antarabangsa bersatu untuk meningkatkan kesedaran dan memperjuangkan kemajuan. Tema bagi tahun 2023, "Akses untuk Semua," menekankan keperluan penting untuk Perlindungan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage, UHC) memastikan semua orang boleh mengakses perkhidmatan kesihatan yang penting tanpa mengira lokasi, pendapatan atau keadaan kesihatan mereka. Inisiatif global ini menyatukan seluruh komuniti untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat tentang penyakit psoriatik dan UHC, sekali gus mengambil langkah yang penting ke arah dunia yang lebih sihat.

World Psoriasis Day 2023 Spotlights "Access for All" with Emphasis on Universal Health Coverage
World Psoriasis Day 2023 Spotlights "Access for All" with Emphasis on Universal Health Coverage

Penyakit Psoriatik ialah sejenis Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang menyakitkan, teruk dan seumur hidup yang dialami oleh berjuta-juta individu di seluruh dunia. Ia juga sering dikaitkan dengan komorbiditi, antara yang paling biasa ialah obesiti, hipertensi, diabetes dan penyakit kardiovaskular – sebagai contoh, orang yang menghidap psoriasis yang teruk mempunyai 46% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 dan 58% peningkatan dalam kemungkinan untuk mengalami kejadian jantung yang utama.1 Adalah penting bahawa pakej manfaat kesihatan UHC merangkumi rawatan penyakit psoriatik dan menggalakkan penjagaan berpaksikan orang ramai yang holistik.

Malangnya, akses kepada penjagaan kekal terasing dan mencabar. Kekurangan tenaga kerja penjagaan kesihatan di peringkat global turut menambahkan lagi masalah ini serta mengehadkan bilangan penyedia yang tersedia untuk menyampaikan penjagaan penting. Adalah mengejutkan seramai 3 bilion orang di seluruh dunia tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada penjagaan penyakit dermatologi2, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan seramai 15 juta pekerja kesihatan tambahan diperlukan untuk memenuhi komitmen perlindungan kesihatan sejagat.3 Malangnya, pekerja kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam penyakit dermatologi atau reumatologi adalah lebih terhad.

Untuk Hari Psoriasis Sedunia 2023, Frida Dunger Johnsson, Pengarah Eksekutif IFPA, menghantar mesej yang kuat daripada seluruh organisasi kepada dunia: "Akses kepada penjagaan kesihatan mestilah untuk semua, universal dan saksama serta kami mengharapkan masa depan yang lebih cerah dan komited untuk menjadikan visi ini suatu realiti kepada semua orang yang menghidap penyakit psoriatik". 

Tonton Pierre dari Rwanda menceritakan kisahnya di: https://www.youtube.com/watch?v=mwGluozx1AU

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Hari Psoriasis Sedunia 2023 dan cara anda boleh mengambil bahagian: psoriasisday.org.

Tentang IFPA 

Ditubuhkan pada tahun 1971, IFPA ialah sebuah persekutuan antarabangsa bagi persatuan penyakit psoriatik. Ahli IFPA mewakili lebih 60 juta orang yang menghidap penyakit psoriatik di seluruh dunia. Maklumat lanjut tentang IFPA boleh didapati di https://ifpa-pso.com.

1.  NCD Alliance. "Addressing NCDs: Psoriasis and its Co-morbidities."2017. https://ncdalliance.org/resources/addressing-ncds-psoriasis-and-its-co-morbidities.

2.  9 Coustasse A. et al. "Use of teledermatology to improve dermatological access in rural areas." https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30741608/

3.  World Health Organization. "Global Strategy on Human Resources for Health: Workforce 2030: Reporting at Seventy-fifth World Health Assembly." 2022. https://www.who.int/news/item/02-06-2022-globalstrategy-on-human-resources-for-health--workforce-2030.

Hubungan: Annika Sjöberg, annika.sjoberg@ifpa-pso.com, +46 (0) 70 749 58 20

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/2253260/ACCESS_FOR_ALL.jpg?p=medium600
Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1747380/ifpa_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: IFPA
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services