![]() |
NEW YORK, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan kandungan kreatif berkualiti tinggi untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran, hari ini mengumumkan ciri penyuntingan dikuasakan AI kreatif yang baharu dan potensi terhadap pilihan tanpa had untuk memperhalusi dan menyempurnakan imej yang tersedia dalam pustaka berkualiti tinggi syarikat ini yang mengandungi lebih 700 juta imej stok.
"Ini merupakan satu tawaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam industri fotografi stok," kata Paul Hennessy, Ketua Pegawai Eksekutif Shutterstock. "Bidang kreatif kini mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan untuk mencipta kandungan yang sempurna bagi mana-mana projek dengan keupayaan rekaan dikuasakan AI yang boleh anda gunakan bagi menyunting imej stok dalam pustaka Shutterstock yang menyampaikan potensi tanpa had untuk membuat stok anda sendiri."
Ciri penyuntingan AI kreatif Shutterstock yang pada masa ini dalam versi beta memanfaatkan akses keutamaan syarikat ini kepada teknologi OpenAI terkini yang menyokong penyepaduan keupayaan penyuntingan sintetik. Ia membolehkan para pelanggan Shutterstock bukan sahaja menghasilkan kandungan baharu dengan menggunakan AI, tetapi juga menyunting dan mengubah mana-mana imej dalam keseluruhan pustaka Shutterstock bagi mempercepat penghasilan idea dan penerbitan.
"Shutterstock telah ditubuhkan dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara jurugambar dengan profesional kreatif yang ingin melesenkan kandungan mereka," sambung Hennessy. "Tawaran baharu ini akan membawa para pelanggan kami selangkah lebih dekat kepada hasil kreatif yang mereka inginkan, seolah-olah mereka sendiri yang mengarahkan penggambaran tersebut."
Dengan enam keupayaan istimewa, ciri sekunder tambahan seperti pembantu reka bentuk AI maya dan penapis paling canggih yang tersedia dalam industri serta ciri tambahan yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi, rangkaian penyuntingan AI kreatif Shutterstock akan memperkasakan jenama, media digital dan syarikat pemasaran untuk meneroka potensi transformatif dalam penghasilan idea dan penciptaan kandungan. Shutterstock akan melakukan demontrasi secara langsung bagi ciri-ciri ini pada 9 November semasa siri maya Shutterstock Showcase: Creative AI.
Keupayaan istimewa termasuk:
Artis akan diberi pampasan jika imej mereka dilesenkan selepas suntingan. Walau bagaimanapun, sejajar dengan Garis Panduan Penyerahan Kandungan dan Akaun Penyumbang Shutterstock, kandungan yang disunting atau dijana oleh AI tidak akan diterima sebagai penyerahan untuk pelesenan pada platform ini bagi memastikan lagi perlindungan kepada IP penyumbang dan pampasan yang sewajarnya kepada artis.
Pelancaran rangkaian penyuntingan AI kreatif Shutterstock mengikuti beberapa langkah strategik yang telah diambil oleh syarikat ini sebagai salah satu inovator terkemuka yang membawa kemajuan AI yang beretika dan bertanggungjawab kepada industri kreatif. Shutterstock juga baru-baru ini telah menyertai Content Authenticity Initiative (CAI), di mana syarikat ini akan menyokong matlamat CAI bagi menangani kelaziman maklumat yang mengelirukan dalam talian melalui pelaksanaan piawaian teknikal untuk memperakui sumber dan sejarah kandungan media dengan menyepadukan Kelayakan Kandungan. Shutterstock berhasrat untuk menyepadukan piawaian Coalition for Content Provenance and Authenticity (C2PA) yang menjadi asas kepada CAI ke dalam keupayaan AI dan pelbagai alatan kreativitinya, termasuk Penjana Imej AI dikuasakan DALL·E dan rangkaian aplikasi dikuasakan AI untuk melindungi penggunanya dengan maklumat yang boleh disahkan dan mempunyai bukti ubahan pada semua bentuk kandungan. Dengan Kelayakan Kandungan, ini termasuk memastikan setiap aset diperakui dengan metadata yang selamat tentang sejarah penciptaan, kepengarangan dan penyuntingannya.
Tentang Shutterstock, Inc.
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah rakan kongsi utama untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran yang memperkasakan dunia untuk mencipta dengan yakin. Digerakkan oleh berjuta-juta pencipta di seluruh dunia, sebuah enjin data yang semakin berkembang dan pendekatan yang berani terhadap inovasi produk, Shutterstock merupakan platform pelesenan global terkemuka daripada koleksi model 3D, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi berkualiti tinggi yang paling meluas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia hingga berita terkini dan akses senarai editorial hiburan terbaik serta platform penyuntingan kandungan dan perkhidmatan penerbitan studio yang serba lengkap—yang kesemuanya menggunakan teknologi inovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling komprehensif untuk menghidupkan penceritaan.
Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, Twitter, Facebook dan YouTube.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2257327/AI_Creative_Tools_Press_Release_NEW.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/Shutterstock_Red_Logo.jpg?p=medium600