KAHERAH, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Di Forum Antarabangsa Platform Digital dan Kecekapan untuk Guru UNESCO-Huawei semalam, Kementerian Pendidikan Mesir melancarkan secara rasmi Pusat Pembelajaran Jarak Jauh Kebangsaan untuk Pembangunan Profesional Pendidik Berterusan.
Pusat pembelajaran ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek Sekolah-sekolah Terbuka Didayakan-teknologi untuk Semua UNESCO-Huawei yang berjalan di Mesir, Ghana dan Etiopia dari tahun 2020 hingga 2023.
October 25, 2023, at the UNESCO-Huawei International Forum on Digital Platforms and Competencies for Teachers, Egypt’s Ministry of Education officially launched the National Distance Learning Centre for the Continuous Professional Development of Educators.
Pada permulaan ucapan beliau, Dr. Reda Hegazy, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Teknikal menyatakan rasa gembira beliau kerana dapat menghadiri forum ini, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kepada UNESCO dan Huawei atas sokongan mereka dan kerana memilih Mesir sebagai rakan kongsi dalam Projek Sekolah-sekolah Terbuka.
Beliau turut memuji pencapaian yang dilakar oleh projek Sekolah-sekolah Terbuka dengan kerjasama Akademi Profesional untuk Guru dan Pejabat UNESCO di Kaherah dengan menyatakan, "Program Sekolah-sekolah Terbuka telah meraih pencapaian yang ketara dalam sektor pendidikan di Mesir dari segi pembinaan kapasiti dan penyediaan kursus-kursus latihan pengayaan untuk guru, pelbagai platform digital dan penubuhan Pusat Pendidikan Jarak Jauh Kebangsaan, bagi meningkatkan kemahiran pendidik di Mesir."
Sekolah-sekolah Terbuka Didayakan-teknologi untuk Semua (Technology-enabled Open Schools for All, TeOSS)
Di samping pelancaran pusat pembelajaran, forum ini meneroka amalan terbaik yang berkaitan dengan projek TeOSS. Dilaksanakan melalui perkongsian dengan kementerian pendidikan di Mesir, Etiopia dan Ghana, projek TeOSS UNESCO-Huawei merintis dan menguji platform pendidikan digital di tiga negara Afrika. Ia turut menyediakan latihan dalam kemahiran digital untuk guru dan pelajar, membangunkan rangka kerja dasar untuk pendidikan digital dan menilai keberkesanan projek dengan tujuan untuk memperluaskan TeOSS ke negara-negara lain di Afrika.
Di Mesir umpamanya, 300 orang guru telah mendapat latihan dalam kemahiran digital melalui projek ini dan pusat pembelajaran baharu ini akan meningkatkan keupayaan pembelajaran jarak jauh dan literasi digital untuk 950,000 pendidik K-12 dalam komuniti yang terabai.
Dalam ucapan beliau, Sobhi Tawil, Pengarah Pasukan Masa Depan Pembelajaran dan Inovasi di UNESCO, mengalu-alukan hadirin di forum ini, memuji kerjasama dengan Kementerian Pendidikan di Mesir dan peranannya dalam menyokong masa depan.
Beliau menambah bahawa forum ini termasuk dalam projek Huawei bagi mengupayakan sekolah-sekolah terbuka dan meningkatkan kecekapan pembelajaran digital sejak tahun 2020, yang menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan, memastikan akses dan kesinambungan pendidikan di Mesir, Etiopia serta Ghana dengan Mesir merupakan salah satu daripada negara pertama yang melaksanakan inisiatif pembelajaran digital, menyatakan bahawa pembukaan Pusat Pendidikan Jarak Jauh Kebangsaan di Mesir mewakili langkah yang besar dalam transformasi digital.
Projek TeOSS dibangunkan untuk menggabungkan pembelajaran dalam talian dan luar talian bagi memaksimumkan hasil pendidikan dan juga untuk memastikan kesinambungan pembelajaran baik dalam keadaan biasa mahupun keadaan krisis. Menurut UNICEF, umpamanya, lebih daripada 616 juta pelajar masih terjejas oleh penutupan sekolah sepenuhnya atau sebahagiannya ekoran pandemik COVID-19 sehingga lewat Januari 2022.
Membina keupayaan pendidikan digital di peringkat kebangsaan dapat membantu mengurangkan gangguan kepada pembelajaran sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangkakan.
Penglibatan Huawei dalam projek ini terletak di bawah inisiatif rangkuman digital dan kelestarian jangka panjang TECH4ALL. Domain pendidikan TECH4ALL komited untuk membangunkan penyelesaian berpacukan teknologi yang dapat membantu mencapai Matlamat Pembangunan Mampan PBB 4: memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama serta mendorong peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
"Pendidikan penting untuk semua dan strategi kami adalah untuk meningkatkan kemahiran digital untuk pendidik bagi menangani cabaran di Mesir. Marilah kita saling bekerjasama bagi membina sebuah dunia digital yang lebih inklusif dan lestari," kata Joyce Liu, Pengarah, Pejabat Program Rangkuman Digital TECH4ALL untuk Huawei.
Di samping pelancaran pusat pembelajaran dan projek TeOSS, forum selama dua hari ini meninjau amalan terbaik untuk membina platform digital dan keupayaan pendidik, perkongsian sumber di peringkat antarabangsa dan memperluaskan kolaborasi dalam pendidikan digital. Forum ini dihadiri oleh menteri kerajaan dan wakil kanan dari Mesir, Etiopia dan Ghana; wakil daripada UNESCO dan Huawei; rakan kongsi TeOSS serta pakar antarabangsa.
Latar Belakang TECH4ALL
TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL dibangunkan untuk membantu mempromosikan keterangkuman dan kelestarian dalam dunia digital.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web TECH4ALL Huawei di https://www.huawei.com/en/tech4all
Ikuti kami di Twitter melalui
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL