SEOUL, Korea Selatan, 17 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Menara Dagangan Timur Laut Asia (NEAT), bangunan tertinggi di Korea Selatan, kini tersergam megah di Wilayah Perniagaan Antarabangsa Songdo, Incheon.
POSCO Construction and Engineering (Ketua Pegawai Eksekutif: Hwang Tae-hyeon), kontraktor projek itu, telah mengadakan majlis penyempurnaan pada 10 hari bulan bulan ini bagi menandakan bangunan itu beroperasi sepenuhnya.
Selepas pembinaan selama 8 tahun, menara itu berdiri setinggi 305 meter dengan 68 tingkat atas tanah, menyediakan campuran berkepelbagaian ruang yang berbeza, termasuk pejabat, bilik hotel, malah juga sebuah balai cerap. Khususnya, tingkat 2 hingga 33 akan diperuntukkan kepada perniagaan yang menerajui pada peringkat antarabangsa atau tempatan serta kemudahan komersil. Tingkat 9 hingga 21 dikhaskan untuk Daewoo International, saudagar am Korea yang beroperasi pada peringkat global, untuk dijadikan ibu pejabatnya.
Tingkat 36 dan 37 akan menyediakan ruang untuk majlis bankuet, restoran, bilik mesyuarat serta kemudahan yang sama dengannya, sementara tingkat 38 hingga 64 akan menempatkan hotel kediaman dengan 423 bilik penginapan, termasuk rumah emper di tingkat atas. Balai cerap dengan pemandangan penuh wilayah perniagaan di sekelilingnya terletak di tingkat 65.
POSCO E&C telah memastikan ia mengenakan tahap langkah keselamatan dan anti-bencana yang tertinggi terhadap bangunan itu. Contohnya, ia menggunakan sensor sistem penentu sejagat bagi membantu pengukuran masa sebenar getaran, sesaran atau kecacatan bentuk pada bangunan itu yang disebabkan oleh faktor luaran, lalu memungkinkan proses mengenal pasti sebarang isu yang boleh membahayakan keselamatan atau kekukuhan struktur bangunan itu dilakukan terlebih dahulu.
Tambahan lagi, pusat kawalan anti-bencana yang terletak di tingkat pertama di bawah tanah menyediakan kemampuan untuk membuat pemantauan berpusat ke atas bekalan kuasa, pencahayaan, sistem CCTV, kawalan akses serta perkhidmatan kemudahan lain. Tingkat ke-30 dan tingkat ke-60 masing-masing mempunyai tempat berlindung yang boleh menempatkan semua penghuni dengan selamat dan pantas jika berlaku kecemasan, seperti kebakaran. Bangunan itu mempunyai 29 lif yang beroperasi pada kepantasan 420 meter per minit dan mampu membawa pengguna dari tingkat bawah ke balai cerap di tingkat ke-65 dalam masa satu minit.
Menara NEAT juga ingin mendapatkan pensijilan LEED (Kepimpinan dalam Tenaga & Rekaan Alam Sekitar), salah satu pensijilan alam sekitar yang paling terkemuka di dunia, daripada Majlis Bangunan Hijau A.S. Contoh langkah yang diambil bagi memenuhi kriteria pensijilan itu termasuklah sistem yang mengumpul dan turut merawat sebahagian daripada kumbahan daripada bangunan itu untuk digunakan semula dalam pelandskapan dan kemudahan tandas bangunan itu. Lebih-lebih lagi, cat, permaidani, kertas dinding dan juga bahan lain setiap satunya mempunyai paras sebatian organik mudah meruap yang rendah.
POSCO E&C, kontraktor untuk projek ini, ialah syarikat pembinaan yang diiktiraf pada peringkat global yang beroperasi merentasi pelbagai projek, termasuk loji alam sekitar dan tenaga, pembangunan bandar, projek SOC berskala besar, bangunan tinggi pintar serta projek kediaman. POSCO E&C membawakan teknologi dan pengetahuan kejuruteraan loji mereka kepada setiap projek, yang dikumpul daripada pembinaan kilang keluli di Pohang dan Gwangyang yang masih kekal berdaya saing pada peringkat global selama 40 tahun lepas.
Salah satu projek itu ialah perancangan pembangunan bandar lanjutan untuk Hanoi yang telah dimenangi oleh kontraktor ini bernilai 6.4 juta dolar pada September 2008 dan telah berjaya disiapkan pada bulan Julai 2011. Menumpukan pada perluasan tiga kali ganda kawasan bandar itu daripada 921 kilometer persegi menjadi 3344.6 kilometer persegi, projek itu ialah salah satu pelan induk dunia yang paling besar untuk pembangunan bandar, melibatkan semua segmen daripada bandar baharu, jalan, bekalan air, dan juga kumbahan hinggalah kuasa, pembaikan saliran air, landasan kereta api serta telekomunikasi.
Satu lagi projek ialah Menara Vattanac Capital yang terletak di tengah Phnom Penh, ibu negara Kemboja, yang telah disiapkan oleh syarikat itu pada bulan Disember tahun lepas. Bangunan ini, dengan 4 tingkat bawah tanah dan 39 atas tanah, kini merupakan yang tertinggi seumpamanya dalam negara itu yang dikawal berasaskan automasi. Jumlah belanjawan untuk projek itu adalah 180 juta dolar AS, dengan pembinaan bermula pada bulan Mac 2010 dan siap pada bulan Disember 2013.
Sementara itu, Wilayah Perniagaan Antarabangsa Songdo yang menempatkan Menara NEAT itu terletak hanya 15 minit jauhnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon melalui Jambatan Incheon Besar (21 kilometer panjangnya) yang dibuka pada bulan Oktober 2009. Ia mempunyai kelebihan geografi yang tersendiri, memandangkan 38 bandar berada dalam lingkungan penerbangan selama dua jam. Satu perjalanan balik hari boleh dilakukan ke bandar antarabangsa utama dengan populasi lebih 1 juta, termasuk Shanghai dan Tokyo.
Wilayah itu kini sedang dibangunkan sebagai pusat untuk perniagaan antarabangsa yang mempunyai pusat perniagaan antarabangsa, kompleks kediaman serta taman perindustrian untuk industri ilmu dan bioteknologi lanjutan. Beberapa organisasi antarabangsa turut terletak di wilayah itu, termasuk Sekretariat Dana Iklim Global dan pejabat Korea untuk World Bank Group yang masing-masing dibuka pada bulan Oktober 2012 dan bulan Oktober 2013.
Dalam wilayah itu, POSCO E&C terlibat dalam pelbagai projek termasuk bangunan tinggi dalam zon perniagaan antarabangsa itu sendiri, serta pangsapuri, pemasangan komersil dan juga taman.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140715/8521404024
SUMBER POSCO E&C