![]() |
RIYADH, Arab Saudi, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- FII Institute, organisasi bukan untung global yang menyatukan orang ramai untuk menyampaikan penyelesaian yang boleh dilaksanakan terhadap cabaran-cabaran yang paling mendesak di dunia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran empat buah inisiatif di tiga buah benua yang akan mempunyai impak yang berpanjangan dan lestari untuk beribu-ribu orang dalam komuniti tempatan.
Di Brazil, FII Institute telah bekerjasama dengan ARCA, sebuah organisasi akar umbi berasaskan komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada peranti digital dalam kalangan belia, dewasa muda dan usahawan di favela tertua di São Paulo. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 80 orang kanak-kanak dan remaja yang mendaftar di sekolah, 150 orang belia dan dewasa dalam latihan profesional dan 10 orang usahawan perniagaan kecil. Seramai 8,000 orang yang tinggal di favela tersebut terlibat dalam inisiatif ini.
Di Kenya, FII Institute telah menyertai KenyaConnect untuk melancarkan dua buah inisiatif kelestarian dan pendidikan di luar bandar Kenya.
- Dalam bidang pendidikan, FII Institute akan membantu melengkapkan tiga buah sekolah di kawasan luar bandar dengan makmal komputer dan peralatan untuk menggalakkan kelab pengekodan dan robotik mereka. Tiga buah sekolah dengan 875 orang pelajar dan 40 orang guru akan mempunyai akses kepada pembelajaran digital, manakala tiga buah sekolah rendah lagi dengan 671 orang pelajar turut terlibat dalam projek ini.
- Dalam bidang kelestarian, FII Institute akan menyediakan akses kepada air bersih yang boleh diharapkan untuk 26 buah sekolah di luar bandar Kenya dengan memasang 26 buah tangki untuk mengumpul air hujan. Inisiatif ini akan memberi manfaat secara langsung kepada 6,500 orang pelajar dan guru yang pada masa ini kekurangan akses yang tersedia kepada air bersih dan boleh diminum.
Di India, FII-Institute telah bekerjasama dengan Grameena Vikas Kendram Society dalam sebuah projek untuk menyediakan air minuman yang lestari kepada komuniti luar bandar di Andhra Pradesh dengan menyediakan air minuman yang bersih di kampung-kampung melalui pemasangan penapis air yang termaju. Projek ini akan memberi manfaat secara langsung kepada 225 buah keluarga atau lebih daripada seribu orang individu yang pada masa ini menghadapi cabaran untuk mengakses bekalan air bersih.
Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute.
"FII Institute berbangga untuk menyokong projek-projek berharga ini yang akan memberi manfaat secara langsung kepada beribu-ribu orang di peringkat akar umbi. Misi Institut adalah untuk membawa penyelesaian yang bermakna dan memberi kesan terhadap cabaran dunia sebenar, malah inisiatif ini merupakan gambaran sempurna bagi falsafah tersebut dalam tindakan."
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berasaskan keuntungan yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Kesan terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan menukar idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2258661/FII_Institute.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4364928/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600