![]() |
RIYADH, Arab Saudi, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Inisiatif Pelaburan Masa Depan (Future Investment Initiative, FII), iaitu sebuah sidang kemuncak global yang berlangsung di Riyadh pada hari ini, tokoh antarabangsa terkemuka yang termasuk menteri dari Eropah, Timur Tengah dan ketua negara Afrika meninjau prinsip baharu yang boleh membantu mengukuhkan ekonomi antarabangsa ketika berlakunya ketidaktentuan dan gangguan yang semakin meningkat yang disaksikan sepanjang dekad ini.
Hari kedua FII yang bertajuk 'A New Vision Manifest' memberi tumpuan kepada cabaran dan peluang yang tersedia untuk ekonomi baru muncul. Dengan memberi perhatian kepada "kuasa pertengahan" baharu seperti Brazil, Turki dan Afrika Selatan, sidang kemuncak ini meninjau cara untuk meningkatkan ekonomi domestik dan perdagangan antarabangsa ketika berlakunya masalah ekonomi yang lebih mencabar dan keperluan berterusan terhadap penyelesaian iklim yang penting.
Dalam perbincangan utama di waktu pagi pada hari ini, Menteri Kewangan Kerajaan Arab Saudi, T.Y.T Mohammed bin Abdullah Al-Jadaan dan T.Y.T Mehmet Şimşek, Menteri Kewangan Republik Türkiye bersama-sama dengan menteri dari Kerajaan Bahrain dan United Kingdom meneroka cara untuk meningkatkan perdagangan global yang menurun kepada 1.7% pada tahun 2023 berbanding 2.7% pada tahun sebelumnya.
Kristalina Georgieva, Pengarah Urusan International Monetary Fund berkata, "Salah satu perubahan besar yang berlaku dalam dunia dengan kejutan luaran yang berulang - seperti Covid, peperangan, krisis kos sara hidup - ialah peningkatan kekuatan kewangan kita. Walaupun dalam dunia yang berlaku lebih banyak ketegangan geopolitik, kita masih dapat mengambil keputusan untuk menjadikan firma lebih kukuh."
Dalam sesi khas waktu makan tengah hari, Presiden Paul Kagame memberikan ucapan kepada perwakilan untuk menyampaikan cara negara beliau mencapai kisah kejayaan ekonomi benua, tetapi beliau memberi amaran tentang perkara yang diperlukan untuk masa depan. Presiden Kagame berkata: "Kami berharap supaya lebih ramai rakyat Afrika dapat bekerjasama dan membuat pelaburan seperti yang kami lakukan kepada orang lain. Ia juga adalah mengenai kerjasama. Saya mahu supaya Afrika dapat bekerjasama dengan seluruh dunia untuk memberi manfaat antara satu sama lain dengan cara yang terbaik berdasarkan pilihan yang kita buat tentang bagaimana kita boleh melangkah ke hadapan".
Hari kedua FII7 turut menampilkan sidang kemuncak tentang kecerdasan buatan (AI) dan perbincangan penting tentang bagaimana AI boleh dan perlu dikawal, diguna, dibangun dan dilaksanakan dalam pelbagai penggunaan untuk manfaat manusia dalam bidang-bidang seperti kesihatan, kewangan dan pengurusan alam sekitar.
Tema kerjasama silang budaya turut diketengahkan dalam sesi petang yang menampilkan pemain bola sepak Perancis, Karim Benzema Al-Ittihad yang juga bekas pemain Real Madrid serta mantan Presiden FIA dan Duta Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt. Ahli panel membincangkan bagaimana kerajaan dan institusi boleh memanfaatkan pengaruh sukan yang tiada tandingan untuk menunjukkan kepemimpinan yang berwawasan, memberi inspirasi kepada rakyat dan seterusnya menjadikan dunia lebih akrab.
Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute berkata:
"Pada tahun ini, data kami menunjukkan penurunan yang dramatik dalam kepuasan hidup di seluruh dunia. Kami telah meninjau seramai 53,000 orang dari 23 buah negara dan hasil laporan Priority Compass kami menjadikan ia sebagai pembacaan yang merisaukan. Data ini telah memaklumkan banyak perbincangan dan perbualan di sini, di FII pada minggu ini. Dengan kehadiran para pemimpin dunia dan pelabur terbesar dalam bilik ini serta inovasi yang berterusan dengan pantas, adalah menjadi tanggungjawab kita kepada manusia untuk bertindak dengan cergas dan pantas."
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berasaskan keuntungan yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Kesan terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan menukar idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2258669/Future_Investment_Initiative_Institute.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4364928/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600