omniture

Kapasiti 10GW modul Vertex N 610W Trina Solar tersedia untuk pengeluaran besar-besaran di pangkalan Huai'an

Trina Solar Co., Ltd
2023-10-27 09:09 47

CHANGZHOU, China, 27 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Modul Vertex N 610W pertama dan sel i-TOPCon jenis-n yang dibuat di kilang Trina Solar di Huai'an dikeluarkan daripada barisan pengeluaran, menandakan pengeluaran besar-besaran kapasiti sel i-TOPCon jenis-n 10GW dan kapasiti Vertex N 610W 10GW. Kilang Huai'an berkenaan, di wilayah Jiangsu, seterusnya mencapai pengeluaran fasa II berskala penuh tatkala Trina Solar terus meningkatkan pengeluaran besar-besaran modul jenis-n.

Bagi mencapai kejayaan ini, Trina Solar memerlukan masa kurang daripada enam bulan bermula daripada peringkat permulaan hingga pengeluaran modul dan sel jenis-n pertama untuk Fasa II, menggambarkan kepantasan dan ketangkasan syarikat ini serta komitmennya untuk menawarkan lebih nilai kepada pelanggan dalam era jenis-n.

Berdasarkan kepada teknologi wafer silikon segi empat tepat 210mm yang utama dalam industri dan teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n, dengan kecekapan purata tertinggi sel yang dikeluarkan secara besar-besaran mencapai 25.8%, modul Vertex N 610W amat serasi dengan penjejak, dengan 13% lebih banyak kapasiti pemasangan untuk sistem penjejak satu baris. Dimensi modul yang inovatif dan dioptimumkan menambah skop kepada aplikasi solar berskala utiliti atau komersial dan perindustrian serta meningkatkan kadar penggunaan bekas 40HC kepada 98.5%, mengurangkan kos logistik dan juga BOS untuk pelanggan.

Modul Vertex N 610W berukuran 2382mm kali 1134mm, dimensi yang diterajui oleh Trina Solar, dipersetujui dan diterima pakai oleh industri ini. Sebagai perintis dalam industri PV, Trina Solar telah menerajui dorongan untuk pemiawaian dengan konsep serta produk reka bentuk Saiz Emasnya.

Trina Solar membekalkan modul Saiz Emas format sederhana kepada pelbagai projek, termasuk dua loji janakuasa hidro-solar hibrid di wilayah Sichuan dan projek PV atas bumbung C&I 6.1MW di Xuzhou, wilayah Jiangsu.

Trina Solar menerima pakai susun atur bersepadu di kilang pembuatan bagi memastikan penghantaran modul jenis-n tanpa bimbang untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pengeluaran sel dan modul jenis-n fasa II di Huai'an memastikan kapasiti yang mencukupi untuk integrasi jenis-n dan meletakkan asas kukuh untuk penghantaran modul Vertex N 610W yang cekap. Menjelang akhir tahun ini, kapasiti wafer jenis-n Trina Solar diramalkan mencapai 50GW, kapasiti modul 95GW dan kapasiti pengeluaran sel 75GW, termasuk 40GW bagi sel jenis-n, kesemuanya dilengkapi dengan teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services General Manufacturing