DETROIT, 17 Julai 2014 /PRNewswire/ -- WORD Network kini boleh didapati untuk 70 juta penonton tambahan di seluruh Afrika Tengah dan Afrika Selatan. Ini berikutan perjanjian baharu yang diusahakan bersama ViewSat untuk dilancarkan di IntelSat20. WORD Network ini tersedia dalam pilihan Free To Air Networks yang boleh didapati untuk semua penduduk yang tinggal di negara Afrika Tengah dan Afrika Selatan.
"Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan ViewSat dan mampu menyebarkan mesej kami kepada seluruh penduduk Afrika. Menerusi hubungan baharu ini, kami terus kekal sebagai rangkaian agama Afrika Amerika terbesar di dunia!" ujar Ketua Pegawai Eksekutif WORD Network, Kevin Adell.
WORD Network yang telah dilancarkan pada Februari 2000, disiarkan ke lebih 200 negara dan mempunyai lebih 3 bilion penonton dari serata dunia.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA: MORT MEISNER ASSOCIATES, MORT MEISNER, 248-545-2222
"Kami teruja untuk menyiarkan Word Network ke rangkaian premium percuma di Afrika Sub-Sahara," ujar Safia Rana, Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, ViewSat.