omniture

Tata Housing Memperluas Kehadiran dalam Ruang Mewah NCR

~ Umumkan pembangunan Villa komuniti berpagar pertama seumpamanya di Jalan Sohna ~
Tata Housing Development Co Limited
2014-07-17 15:50 153

DELHI, India, 17 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Tata Housing Development Company, pemaju hartanah paling pesat berkembang di India bagi ruang mewah telah mengukuhkan kehadirannya dalam segmen mewah di NCR dengan melancarkan projek ke-4 Arabella. Terletak di kedudukan strategik berhampiran dengan Lebuh Raya Sohna Haryana, Arabella diilhamkan oleh Aravallis dan telah direka dengan penuh keindahan sebagai lanjutan kepada persekitaran yang subur menghijau.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140716/697211-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140716/697211-b )

Direka bentuk oleh arkitek terkenal Perkins Eastman, USA., Arabella dibina merentasi kawasan seluas kira-kira 35 Ekar dan menyediakan 3, 4 dan 5 vila BHK yang terletak di tengah-tengah Gurgaon – Jalan Sohna. Turut direka dengan tema rabung Aravalli dan pandangan rabung tersebut, Arabella ialah pembangunan Villa dengan kira-kira 150 vila tipologi. Lokasi dan orientasi vila di kawasan tersebut menyepadukan ruang hijau terbuka pusat melalui kawasan belakang rumah atau bersifat pandang dalam; disesuaikan dengan reka bentuk tradisional kawasan halaman. Lif persendirian, kolam renang di bahagian luar, ruang hiburan atas bumbung berlandskap, pemanasan air panas solar, penyaman udara VRV, mewujudkan sebahagian daripada kehidupan seharian aspirasi Urban Elites India.

Ketika mengulas tentang pelancaran projek tersebut, jurucakap Tata Housing berkata: "Dekad lalu telah menyaksikan peningkatan permintaan yang ketara terhadap kediaman mewah yang mempunyai ruang kediaman yang luas dan reka bentuk yang amat sofistikated berserta spesifikasi oleh kelas baharu pengguna mewah, yang lebih dikenali sebagai Urban Elites, yang telah melakukan perubahan sosial egalitarian. Menerusi Arabella, Tata Housing menyediakan peluang keemasan untuk para pelanggan bagi memiliki vila impian mereka serta menikmati pandangan yang indah di Aravalli Hills."

Jurucakap Tata Housing turut berkata: "Ini merupakan satu-satunya pembangunan seumpamanya yang dijalankan di jalan Sohna yang menyediakan pilihan berbeza untuk para pengguna mewah masa kini."

Memandangkan projek ini mendapat ilham daripada Aravallis, setiap perincian adalah amat dititikberatkan. Projek ini turut menempatkan tasik semula jadi, taman batuan serta ladang kejiranan yang membolehkan para penduduk menjalinkan hubungan terus dengan kawasan persekitaran semula jadi.

Projek pembangunan ini terletak berhampiran dengan Lebuh Raya Sohna Haryana dan berada antara kawasan ladang hijau yang subur pada 3 sisi dan juga penampan hijau padat yang terletak di sepanjang lebuh raya tersebut. Kawasan tersebut memiliki pandangan Aravallis dengan panorama yang indah manakala pelan induk projek ini pula telah direka dengan penuh ketelitian sebagai lanjutan kepada persekitaran hijau yang subur bagi kawasan geografi yang tersendiri ini.

http://tatahousing.in/arabella/

Hubungi: 180030048282

Sumber: Tata Housing Development Co Limited

Source: Tata Housing Development Co Limited
Keywords: Banking/Financial Service Residential Real Estate New products/services