omniture

Buku Panduan Pencukaian Tembakau Antarabangsa Laffer Sediakan Pelan Hala Tuju Kerajaan untuk Optimumkan Perolehan Cukai

The Laffer Center at PRI
2014-07-17 22:52 121

- Mengisytiharkan 'Satu Saiz Tidak Sesuai untuk Semua', Pakar Ekonomi Terkenal Menekankan Mengapa Semua Negara Perlu Kekalkan Kuasa Fiskal Apabila Menetapkan Kadar Eksais

LONDON, 17 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Memandangkan cukai eksais menjadi semakin penting di seluruh dunia, hari ini Dr. Arthur Laffer melancarkan buku panduan cukai tembakau antarabangsa beliau, menekankan "satu saiz tidak sesuai untuk semua" bagi dasar cukai tembakau dan turut menyediakan contoh praktikal serta kajian kes untuk dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengoptimumkan perolehan cukai eksais tembakau.

"Cukai tembakau merupakan sumber penting perolehan cukai untuk kebanyakan negara di seluruh dunia," kata Laffer ketika melancarkan Buku Panduan Pencukaian Tembakau – Teori dan Amali. "Kerajaan mengenakan cukai eksais terhadap tembakau bagi tujuan mencapai matlamat fiskal serta kesihatan awam. Memandangkan matlamat untuk mengurangkan kadar merokok tidak boleh diperkecil, buku panduan ini sesuai untuk setiap individu yang berminat untuk menetapkan dasar cukai tembakau kerana ia ditumpukan pada penggunaan cukai sebagai penyelesaian masalah penggunaan tembakau."

Laffer mendapati aspek tersendiri struktur cukai dan persekitaran ekonomi menyebabkan langkah mengambil pendekatan menyeluruh terhadap tahap cukai atau sistem cukai adalah tidak bijak. Sebaliknya, kerajaan perlu melaraskan pendekatan mereka terhadap pencukaian tembakau dengan mengambil kira pelbagai faktor.

"Penting untuk berfikir panjang tentang tekanan yang meningkat pada peringkat antarabangsa bagi mewujudkan struktur dan tahap cukai tembakau yang menyeluruh untuk setiap negara di seluruh dunia," Laffer berkata lagi. "Satu saiz tidak sesuai untuk semua. Peraturan dan pencukaian tembakau ialah perkara rumit yang memerlukan pertimbangan beberapa faktor politik, ekonomi serta demografi sebelum menentukan struktur serta tahap cukai."

Lengkung Laffer menunjukkan hubungan antara kadar cukai dan perolehan cukai. Bagi kebanyakan keadaan apabila kadar tembakau meningkat, perolehan kerajaan turut meningkat. Namun begitu, terdapat pelbagai contoh negara termasuk UK dan Ireland, dengan kadar tembakau negara tersebut telah memasuki apa yang dikenali sebagai "julat mencegah" pada Lengkung tersebut.

"Apabila menetapkan tahap cukai, peningkatan dramatik boleh menjadi tidak produktif," kata Laffer. "Sebaik sahaja tahap cukai berada dalam julat mencegah pada Lengkung Laffer, hasil cukai akan jatuh. Jika pengguna beralih kepada produk dengan cukai rendah atau produk pasaran gelap, peningkatan cukai tidak akan membantu mengurangkan kadar merokok."

Buku panduan Laffer menasihatkan kerajaan agar menetapkan sistem cukai mereka berdasarkan empat prinsip. Ini termasuklah: 

  1. KATEGORI PRODUK YANG JELAS – Supaya hasil tidak hilang menerusi "produk lemah", menetapkan definisi kategori produk tembakau dengan tepat, di samping meminda dan turut mengemas kini kategori tersebut.
  2. STRUKTUR CUKAI YANG MANTAP – Struktur cukai eksais seharusnya membantu kutipan yang stabil dan boleh diramal serta memastikan apabila cukai eksais meningkat, hasil cukai kerajaan turut meningkat sebanyak yang mungkin.
  3. TAHAP CUKAI YANG BETUL – Bagi mengelakkan pengguna beralih kepada produk lebih murah di pasaran gelap berikutan peningkatan cukai, pastikan tahap cukai yang betul digunakan untuk setiap kategori.
  4. SISTEM KUTIPAN YANG CEKAP – Bagi mengurangkan beban pentadbiran ke atas pembayar cukai serta pemungut cukai, dan turut memastikan pembayaran cukai tembakau yang cekap oleh semua pengeluar dan pengimport.
Source: The Laffer Center at PRI
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Tobacco Economic news, trends, analysis