omniture

Kereta QUANT e-Sportlimousine dengan Konsep Sistem Pemanduan nanoFLOWCELL® Diluluskan untuk Penggunaan atas Jalan Awam di Jerman dan Seluruh Eropah

nanoFLOWCELL AG
2014-07-18 00:22 149

VADUZ, Liechtenstein dan MUNICH, 18 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Kereta QUANT e-Sportlimousine dengan konsep sistem pemanduan nanoFLOWCELL® telah diluluskan oleh TUV Sud di Munich untuk penggunaan atas jalan awam. Nunzio La Vecchia, ketua pegawai teknikal di nanoFLOWCELL AG, telah diserahkan plat pendaftaran rasmi dengan nombor ROD-Q-2014. Selepas pemeriksaan teliti oleh TUV Sud, ini bermakna kenderaan itu dengan enjin nanoFLOWCELL® kini telah diluluskan secara rasmi untuk digunakan atas jalan awam di Jerman dan di seluruh Eropah.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140717/697318-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140717/697318-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140717/697318-c)

"Inilah saat bersejarah dan pencapaian penting bukan sahaja untuk syarikat kami tetapi mungkin juga untuk mobiliti elektrik pada masa hadapan. Buat julung kalinya automobil dengan teknologi pemanduan elektrik sel alir akan muncul atas jalan Jerman. Hari ini kami telah berjaya meletakkan produk hasil usaha keras pembangunan selama 14 tahun di atas jalan. Inilah saat pencapaian untuk kami raikan. Kami sangat berbangga kerana sebagai syarikat yang kecil kami telah membangunkan teknologi yang begitu berwawasan seperti nanoFLOWCELL® dan kini kami mampu mengamalkan penggunaannya. Ini baru permulaannya sahaja bagi perjalanan penerokaan kami," begitu komen Nunzio La Vecchia yang penuh teruja dengan langkah ini, yang penting untuk kemajuan syarikat itu.

Buat masa kini pasukan nanoFLOWCELL AG serta rakan kongsinya sedang bekerja dengan sangat pantas untuk penghomologan kereta QUANT e-Sportlimousine dengan nanoFLOWCELL® bagi penghasilan rangkaian.

"Semasa tayangan perdana dunia kereta itu di Geneva, ramai pelabur dan pengeluar automobil menyatakan minat yang tinggi dalam kereta QUANT e-Sportlimousine baharu itu dan konsep sistem pemanduan nanoFLOWCELL®, bersama kepelbagaian aplikasinya yang mungkin. Kini apabila automobil itu telah diperakui untuk penggunaan atas jalan awam di Jerman dan seluruh Eropah, kami boleh memasuki perbincangan perancangan terperinci dengan rakan kongsi kami, lalu menambah bab baharu yang menguja dalam masa hadapan mobiliti elektrik," kata ketua pegawai teknikal Nunzio La Vecchia, apabila diminta memberi komen tentang minat yang meluas terhadap teknologi pemanduan inovatif yang diberikan melalui nanoFLOWCELL AG. "Perhatian yang diterima nanoFLOWCELL AG dan maklum balas positif terhadapnya telah menggalakkan kami untuk berfikir tentang kemungkinan pelaburan dalam projek itu, sehinggalah ke tahap tawaran awam permulaan yang mungkin. Ini akan membolehkan kami untuk memacu rangkaian luas aplikasi dan potensi nanoFLOWCELL® yang mungkin pada skala antarabangsa. Perancangan dan perbincangan awal sudah pun berlangsung," jelas Nunzio La Vecchia.

"Di Munich, terutamanya, tempat pengeluar automobil berprestij lain sedang mengiklankan kenderaan elektrik mereka dengan slogan 'ERSTER EINER NEUEN ZEIT' (YANG PERTAMA DALAM ZAMAN BAHARU) atau "KERETA SPORT PALING PROGRESIF", kami gembira kerana sebagai perintis kami dapat menyediakan automobil yang dikuasakan teknologi sel alir untuk digunakan atas jalan awam, dan yang mencapai bukan sahaja nilai prestasi mengagumkan tetapi juga pembebasan gas sifar. Dengan kelajuan terpantas diunjurkan yang melebihi 350 km/j, pemecutan daripada 0-100 dalam 2.8 saat, tork empat kali 2,900 NM, kepanjangan lebih 5.25 meter serta julat yang melebihi 600 km, kereta QUANT e-Sportlimousine empat tempat duduk ini bukan sahaja kereta sport yang sangat berdaya saing tetapi juga 'SEINER ZEIT VORAUS - UND ZWAR SCHON HEUTE' (JAUH MELANGKAUI ZAMANNYA – MALAH HARI INI JUGA)," adalah bagaimana pengurus teknikal Nunzio La Vecchia menilai kemungkinan masa hadapan kereta QUANT e-Sportlimousine, apabila dibandingkan dengan kereta lain yang dihasilkan oleh pengeluar automobil Jerman di Bavaria.

"Kelulusan kereta QUANT e-Sportlimousine dengan konsep sistem pemanduan nanoFLOWCELL® merupakan selangkah ke hadapan yang penting bagi nanoFLOWCELL AG. Apa yang bermula sebagai sekadar wawasan Nunzio La Vecchia kini sudah menjadi realiti. Memandangkan hanya empat bulan selepas tayangan perdana kereta itu di Geneva, kami telah menerima kelulusan untuk penggunaan kereta QUANT e-Sportlimousine dengan konsep sistem pemanduan nanoFLOWCELL® atas jalan di Jerman dan di seluruh Eropah, ini sudah menunjukkan kedinamikan usaha seluruh pasukan kami ke atas projek ini. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk peringkat seterusnya dalam perjalanan yang menguja dan mempunyai masa hadapan yang cerah ini," kata Prof. Jens-Peter Ellermann, pengerusi lembaga pengarah nanoFLOWCELL AG. "Kami ada rancangan yang besar, dan bukan sahaja dalam lingkungan industri automobil. Potensi nanoFLOWCELL® adalah jauh lebih hebat, terutamanya daripada segi bekalan tenaga domestik serta dalam teknologi maritim, landasan serta penerbangan. Enjin nanoFLOWCELL® menawarkan pelbagai aplikasi sebagai sumber tenaga yang mampan, berkos rendah dan juga mesra alam," begitulah gambaran Prof. Jens Ellermann tentang kepelbagaian penggunaan berpotensi untuk nanoFLOWCELL®.

Maklumat latar belakang tentang kelulusan bagi penggunaan atas jalan

Di semua negara terdapat peraturan untuk kelulusan kenderaan bagi digunakan atas jalan awam dan ini tertakluk kepada proses kelulusan rasmi. Kelulusan didokumentasikan dengan pengeluaran nombor pendaftaran rasmi serta sijil pendaftaran.

Maklumat Perhubungan Media nanoFLOWCELL AG

d/a HERING SCHUPPENER
Volker Pulskamp-Böcking
Mainzer Landstraße 41
60329 Frankfurt am Main
Jerman
Telefon.: +49-69-9218-74-90
E-mel: presse@nanoflowcell.com
Internet: http://www.nanoflowcell.com

SUMBER  nanoFLOWCELL AG

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Auto Transportation