omniture

Gentari Malaysia dan GIC Singapura bekerjasama dengan pengasas Greenko untuk membangunkan salah satu platform ammonia hijau terbesar di dunia

Greenko Group
2023-10-30 23:06 2
  • Pengeluaran ammonia hijau sebanyak 5 juta tan setahun akan mempercepatkan laluan India kepada sifar bersih. 
  • Usaha niaga baharu ini menyasarkan penghantaran pertama ammonia hijau menjelang akhir 2025. 

HYDERABAD, India, SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Gentari, bahagian tenaga bersih Petronas and AM Green Malaysia, yang ditubuhkan oleh pengasas Greenko, hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian muktamad bersama syarikat gabungan GIC untuk menghasilkan ammonia hijau sebanyak 5 juta tan setahun (MTPA) menjelang 2030 – yang bersamaan dengan kira-kira 1 MTPA hidrogen hijau.

From left to right: Mr Navjit Gill , Country Head ,Gentari India, Mr Anil Chalamalsetty , Founder, AM Green, Mr Kian Min Low, Chief Renewables Officer, Gentari, Mr Hardeep Singh Puri , Honourable Minister for Petroleum & Natural Gas, Govt of India, Mr Suhil Purohit , Chief Executive Officer ,Gentari, Mr Mahesh Kolli , Founder, AM Green, Mr Gautam Reddy - Chief Operating Officer, AM Green
From left to right: Mr Navjit Gill , Country Head ,Gentari India, Mr Anil Chalamalsetty , Founder, AM Green, Mr Kian Min Low, Chief Renewables Officer, Gentari, Mr Hardeep Singh Puri , Honourable Minister for Petroleum & Natural Gas, Govt of India, Mr Suhil Purohit , Chief Executive Officer ,Gentari, Mr Mahesh Kolli , Founder, AM Green, Mr Gautam Reddy - Chief Operating Officer, AM Green

 

Kerjasama ini akan menumpukan pada pengeluaran ammonia hijau di beberapa lokasi di India, yang dijangka mempercepatkan usaha untuk mencapai sasaran sifar bersih di India serta dalam pasaran OECD. Eksport ammonia hijau ke pasaran OECD utama, seperti Jerman, Jepun, Korea Selatan, serta Singapura daripada platform ini dijangka bermula pada akhir tahun 2025.

Ammonia hijau tersebut akan dihasilkan oleh sebuah unit AM Green, dikenali sebagai AM Green Ammonia Holdings. Selepas pelaburan dilakukan oleh Gentari, GIC dan AM Green, unit ini akan menjadi platform yang dibiayai sepenuhnya yang akan melabur secara berperingkat di wilayah India di Andhra Pradesh, Tamil Nadu, Gujarat, Karnataka dan Himachal Pradesh.

5 MTPA ammonia hijau akan bersamaan dengan kira-kira 1 MTPA hidrogen hijau, mewakili satu perlima daripada sasaran India bagi pengeluaran hidrogen hijau di bawah Misi Hidrogen Hijau Negara (National Green Hydrogen Mission) dan 10 peratus sasaran Eropah untuk import hidrogen hijau menjelang 2030[1].

Mencapai skala pengeluaran di tahap ini akan meletakkan usaha niaga baharu ini dalam kalangan perintis dunia dalam pengeluaran ammonia hijau berskala besar dengan kos yang kompetitif.

Pengeluaran ammonia hijau oleh AM Green akan disokong oleh bekalan tenaga boleh diperbaharui sepanjang masa melalui perjanjian penjualan dengan rakan niaga terkenal dan pengelektrolisis yang dikeluarkan oleh unit AM Green (AM Green Technology & Solutions)yang lain. Dengan kehadirannya merentasi rantaian nilai dan dengan adanya enjin pertumbuhan yang saling melengkapi, AM Green berada pada posisi yang baik untuk mengukuhkan kedudukannya di barisan hadapan dalam penyelesaian kompetitif berskala besar untuk industri penyahkarbonan dan ekonomi di seluruh dunia.

AM Green juga akan menghasilkan molekul hijau seperti metanol hijau, soda kaustik hijau, klorin hijau, bahan api biologi dan pelbagai bahan kimia hijau bernilai tinggi hiliran di bawah anak syarikatnya AM Green Molecules. Selain itu, AM Green juga akan menempatkan usaha sama dengan John Cockerill dari Belgium untuk mengeluarkan pengelektrolisis dalam anak syarikatnya AM Green Technology & Solutions; membekalkan kira-kira pengelektrolisis berkapasiti 6.5 GW kepada AM Green Ammonia menjelang 2030.

Penyelesaian urus niaga ini adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat terdahulu yang berkaitan dan lazim. Citigroup Global Market India Pvt. Ltd. dan Cyril Amarchand Mangaldas bertindak sebagai penasihat kewangan dan undang-undang eksklusif kepada AM Green untuk urus niaga ini.

Anil Chalamalasetty: Pengasas Greenko Group & AM Green berkata: 

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Gentari dan GIC, untuk menerokai ekonomi hijau rendah karbon global. Komitmen daripada visi Gentari dan GIC menyokong visi Perdana Menteri Modi untuk menjadikan India peneraju dalam peralihan tenaga global. Kerjasama strategik ini akan berusaha untuk mempercepat pencapaian sasaran sifar bersih pelbagai industri dan beberapa OECD ekonomi. Tumpuan berterusan terhadap inovasi yang digabungkan dengan pelaksanaan akan memastikan usaha niaga kami, AM Green, kekal mendahului yang lain dalam menjadi platform penyelesaian peralihan tenaga bersih global".

Sushil Purohit, Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, berkata:

"Ketika Gentari mengembangkan portfolio penyelesaian tenaga bersih kami di Malaysia, Asia Pasifik dan seterusnya, kami percaya pada kepentingan penting bagi kerjasama peringkat industri yang menggabungkan kekuatan pelengkap dan merungkai sinergi. Kerjasama dengan AM Green dan GIC ini adalah bukti komitmen kami dalam mempercepat penerimagunaan hidrogen hijau di peringkat global, untuk memberi impak dalam mencapai masa depan sifar bersih. Dalam ekonomi OECD, Asia Tenggara dan Asia Timur, ammonia hijau akan menangani penyahkarbonan industri seperti penjanaan kuasa, melalui pembakaran bersama, serta perkapalan."

Tentang AM Green 

AM Green secara tidak langsung dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh pengasas Greenko Group yang berpangkalan di Hyderabad - Anil Chalamalasetty dan Mahesh Kolli. Dengan kekuatannya dalam penyimpanan dan tenaga boleh diperbaharui sebagai model perkhidmatan dan rekod prestasi bagi keusahawanan tenaga, AM Green menyasarkan untuk menjadi salah satu pengeluar hidrogen hijau, ammonia hijau, dan molekul hijau dengan kos yang paling kompetitif di dunia.

Di India, AM Green sedang membangunkan keupayaan pengeluaran untuk molekul hijau (hidrogen hijau, ammonia hijau, biofuel, soda kaustik hijau, e-methanol) untuk penyahkarbonan dalam industri yang sukar dihentikan. Usaha niaga ini juga akan menubuhkan perniagaan penyimpanan dan tenaga boleh diperbaharui antarabangsa serta usaha sama (JV) untuk membuat elektrolisis dengan John Cockerill dari Belgium.

Tentang Gentari 

Gentari menumpukan pada menyampaikan penyelesaian yang diperlukan untuk melaksanakan tenaga bersih pada hari ini, demi mengubah cara kita menjalani hari esok. Tiga teras utama Gentari iaitu Tenaga Boleh Diperbaharui, Hidrogen dan Mobiliti Hijau (Green Mobility) membentuk portfolio penyelesaian yang komprehensif untuk membantu pelanggan kami dalam perjalanan penyahkarbonan mereka. Aspirasi 2030 globalnya ialah untuk mencapai kapasiti terpasang antara 30 hingga 40 GW dalam tenaga boleh diperbaharui, mencapai sehingga 1.2 MTPA hidrogen bersih, dan memegang lebih 10% bahagian pusat pengecasan awam dan pasaran Kenderaan-sebagai-Perkhidmatan (Vehicle-as-a-Service) merentasi negara-negara utama di Asia Pasifik. Dalam jangka panjang, Gentari menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi penyelesaian tenaga bersih yang paling bernilai, mewujudkan impak yang lebih besar, menghubungkan perniagaan dan memungkinkan perjalanan menuju ke masa depan sifar bersih.

Tentang GIC 

GIC ialah firma pelaburan global terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 1981 untuk menjamin masa depan kewangan Singapura. Sebagai pengurus rizab asing Singapura, GIC mengambil pendekatan jangka panjang yang berdisiplin dalam melabur dan mempunyai kedudukan unik merentasi pelbagai kelas aset dan strategi aktif di seluruh dunia. Ini termasuk ekuiti, pendapatan tetap, hartanah, ekuiti persendirian, modal teroka dan infrastruktur. Pendekatan jangka panjang firma ini dengan keupayaan berbilang aset dan ketersambungan global membolehkannya menjadi pelabur pilihan. GIC berusaha untuk menambah nilai yang bermakna kepada pelaburannya. Beribu pejabat di Singapura, GIC mempunyai tenaga bakat global melebihi 2,100 orang di 11 bandar kewangan utama dan mempunyai pelaburan di lebih 40 buah negara.


[1] https://gh2.org/countries/india 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2260268/Greenko.jpg?p=medium600

Source: Greenko Group
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Acquisitions, mergers, takeovers Joint ventures