omniture

Perdana Menteri Narendra Modi menyeru supaya India menjadi peneraju global dalam bidang 6G di Pameran Teknologi Terbesar Asia, Kongres Mudah Alih India 2023 dengan penyertaan daripada 67 negara

India Mobile Congress
2023-10-31 10:00

NEW DELHI, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji pelancaran 5G yang pantas di India dan membuat seruan yang jelas supaya India menjadi peneraju di peringkat global dalam bidang 6G di Edisi Ke-7 Kongres Mudah Alih India (India Mobile Congress, IMC) 2023, iaitu forum telekomunikasi, media dan teknologi yang terbesar di Asia. Dianjurkan bersama oleh Jabatan Telekomunikasi (DoT), Kerajaan India dan Persatuan Pengendali Selular India (COAI), forum merangkap pameran selama tiga hari ini yang diadakan dari 27hingga 29 Oktober 2023 telah menyaksikan penyertaan dari lebih 67 buah negara, dengan bertemakan Inovasi Digital Global. 

 

Hon'ble Prime Minister of India Narendra Modi Inaugurates India Mobile Congress 2023 in New Delhi, India
Hon'ble Prime Minister of India Narendra Modi Inaugurates India Mobile Congress 2023 in New Delhi, India

 

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri Modi turut mengumumkan 'Inisiatif 100 Makmal 5G' yang bermatlamat untuk membangunkan penggunaan 5G bagi memupuk inovasi di sektor sosioekonomi dan membina sebuah ekosistem yang sedia 6G di negara ini.

Menurut En.Ramakrishna P, Ketua Pegawai Eksekutif Kongres Mudah Alih India (IMC), "Ia merupakan suatu pengalaman yang hebat melihat IMC berkembang selama bertahun-tahun untuk muncul sebagai sebuah platform yang mempamerkan kehebatan India yang semakin meningkat sebagai pusat kuasa bagi sektor teknologi, telekomunikasi dan pembuatan kepada dunia. Edisi tahun ini mempamerkan lebih 620 kes penggunaan, teknologi 5G, demonstrasi 6G, Kecerdasan Buatan/Pembelajaran Mesin (AI/ML), Internet Benda (IoT), Automasi rangkaian, semikonduktor, pembuatan elektronik, teknologi hijau dan golongan wanita dalam bidang teknologi. Tambahan yang penting pada IMC tahun ini ialah Aspire, sebuah inisiatif rintis syarikat pemula yang mempamerkan kira-kira 400 buah syarikat pemula dari seluruh negara. Beberapa institusi pendidikan turut mempamerkan inovasi mereka. Kami amat teruja dengan penyertaan yang besar daripada lebih 67 buah negara dan mengharapkan perwakilan global akan meningkat lagi pada tahun-tahun akan datang."

Semasa IMC 2023, lebih 400 orang penceramah telah mengambil bahagian dalam lebih 80 sesi yang dijalankan tentang pelbagai subjek termasuk Industri 4.0, Penggunaan 5G, Transformasi Digital Perusahaan, Pembangunan Kelestarian, Ketersambungan Pengewangan, Peranan India dalam bidang semikonduktor global, penyeragaman 6G, Memenuhi keperluan telekomunikasi di India, Evolusi Rangkaian melangkaui 5G, Evolusi AI dan Masa Depan Rangkaian dan lain-lain. Selain syarikat terkemuka di India, jenama antarabangsa terkenal seperti Ericsson, Intel, Nokia, Cisco, Accenture, AMD, Qualcomm, MediaTek, Red Hat, Bosch, VMware, Ciena dan lain-lain turut hadir di IMC 2023.

Kongres Mudah Alih India 2023 turut mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Telekomunikasi, Media dan Teknologi (TMT) dalam lebih 16 kategori yang pelbagai di anugerah IMC 2023 yang diidam-idamkan.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2260843/India_Mobile_Congress.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2260844/India_Mobile_Congress_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: India Mobile Congress
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Cloud Computing / Internet of Things