ANDERNACH, Jerman, 18 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Lembaga penyeliaan ("Aufsichtsrat") dan lembaga pengurusan ("Vorstand") LTS telah menyimpulkan penilaian terhadap peluang strategik bagi pembangunan masa depan kumpulan LTS. LTS telah membangunkan strategi pertumbuhan inovatif serta berorientasikan nilai yang turut mengenal pasti prasyarat bagi kejayaan pelaksanaan strategi tersebut. Sementara itu, para pemegang saham utama LTS telah menilai sebarang perubahan yang mungkin dalam pemilikan.
Berikutan kesimpulan penilaian tersebut, tiga pemegang saham utama telah bersetuju dengan transaksi dalam kalangan mereka sendiri.
dievini Hopp Biotech Holding GmbH & Co KG Walldorf/Jerman, Novartis Holding AG Basel/Switzerland serta BWK GmbH Stuttgart/Jerman mengumumkan dievini akan membeli kesemua saham daripada dua pemegang saham utama LTS yang lain. Novartis akan melupuskan pegangan sebanyak 43 peratus dalam LTS Lohmann Therapie-Systeme AG (LTS), BWK akan melupuskan pegangannya sebanyak 24 peratus kepada dievini Hopp. Pemegang saham kecil LTS akan turut menerima tawaran yang sama daripada dievini Hopp. Transaksi tersebut dijangka selesai pada tahun ini, yang memerlukan kelulusan kawal selia dan tertakluk kepada syarat biasa yang lain.
Lembaga penyeliaan dan lembaga pengurusan LTS mengalu-alukan persetujuan para pemegang sahamnya. Pelibatan berterusan dan strategik oleh dievini membolehkan LTS mengenal pasti peluang pertumbuhan yang menarik menerusi caranya sendiri yang boleh didapati. Persetujuan tersebut menyediakan prasyarat untuk membangunkan LTS dengan mampan dan bebas sebagai syarikat farmaseutikal global yang menerajui daripada segi teknologi bagi teknologi transdermal.
Pengerusi lembaga penyeliaan LTS, Prof. Loos: "Lembaga penyeliaan LTS mengalu-alukan keputusan strategik daripada para pemegang saham utama LTS yang mengharapkan kejayaan dan kelestarian pembangunan LTS dalam fasa pembangunan LTS akan datang."
Christof Hettich, Pengarah Urusan dievini Hopp: "Sebagai pemegang saham sejak sekian lama, kami kenal dan turut menghargai LTS. Kami berbesar hati dapat turut sama mengambil bahagian pada masa hadapan dalam usaha cemerlang LTS dengan cara yang lebih dekat. Sebagai peneraju pasaran global untuk penyelesaian farmaseutikal transdermal, LTS menyediakan potensi signifikan untuk melakukan inovasi bagi manfaat pesakit dan juga terapi perubatan."
Latar Belakang LTS:
LTS merupakan peneraju pasaran global dalam pembangunan dan pembuatan sistem transdermal inovatif LTS TTS serta filem nipis oral LTS OTF. Setelah diasaskan pada 1984, LTS ialah syarikat farmaseutikal yang berpusat di Jerman dengan kehadiran global serta beroperasi di Jerman dan Amerika Syarikat, mempunyai seramai kira-kira 1500 kakitangan dengan perolehan tahunan melebihi € 300 mio.
Hubungi
dievini Hopp BioTech holding GmbH & Co KG
Tel. +49(0)621-4256-208
LTS AG
Tel.: +49(0)2632-990
E-mel: info@ltslohmann.de
SUMBER LTS AG