omniture

Tempat asal budaya tradisional China, Wuzhen ialah destinasi percutian ideal

Wuzhen Tourism Co., Ltd.
2014-07-19 00:04 377

WUZHEN, China, 19 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pekan purba Wuzhen (www.wuzhen.com.cn) di rantau Delta Sungai Yangtze, China terus memperkaya warisannya dengan menambahkan siri acara kebudayaan termasuk Pesta Teater Wuzhen dan Inkubator Drama, menjadikan Wuzhen sebagai salah satu pekan budaya mercu tanda di negara ini. Wuzhen merupakan destinasi pelancongan yang ideal untuk sesiapa yang ingin mengetahui dan mengalami sendiri bagaimana rasanya untuk tinggal di salah satu pekan kecil namun penting di China pada suatu ketika dahulu.

Wuzhen terletak bersebelahan dengan Terusan Besar Beijing-Hangzhou, salah satu Warisan Budaya Tidak Ketara di dunia. Air terus mengalir melalui terusan di pekan ini, seperti mana ia pernah mengalir pada zaman dahulu. Sepanjang sejarah, Wuzhen merupakan tempat berhimpun untuk ahli perniagaan berkedudukan tinggi China serta beberapa pakar China bagi setiap bidang seni. Seawal Dinasti Tang, beberapa bentuk budaya drama klasik China termasuk Opera Shanghai, Opera Huangmei, Suzhou Pingtan serta muzikal tempatan Flower Drum Song telah berkembang di pekan kecil itu. Drama dianggap sebagai sebahagian daripada kehidupan dan budaya di pekan tersebut sejak turun-temurun.

Sebagai destinasi pelancongan untuk hiburan dan percutian, Wuzhen dilengkapi dengan kemudahan moden, termasuk beberapa bas persiaran, bot pelancong, Wi-Fi, TV satelit, pencahayaan limpah bagi menyaksikan tarikan pelancong pada waktu malam, serta tempat letak kenderaan. Semua kemudahan tersebut memastikan para pengunjung dapat mengakses setiap tarikan dengan mudah. Pekan purba ini menawarkan peluang untuk melawat rumah yang masih didiami sehingga ke hari ini oleh penduduk tempatan, namun masih mengekalkan ciri tersendiri budaya tradisional sejak turun-temurun, ketika menginap di hotel percutian berbilang bintang yang lengkap serta rumah tumpangan mewah. Wuzhen juga menempatkan lebih 20 bengkel untuk semua jenis kraf tradisional, termasuklah studio untuk membuat wain, sutera tenunan, kerja peleburan dan belacu biru, setiap satu daripadanya memperlihatkan budaya kraf tangan tempatan yang tersendiri kepada para pengunjung.

Dengan matlamat untuk memperkaya kehidupan budaya di pekan ini, Wuzhen telah membawa kembali pelbagai pesta rakyat tradisional, termasuk Bankuet Budaya Bebiri, Bankuet Jalanan dengan susunan meja sepanjang beberapa blok serta Pameran Kuil yang memperlihatkan budaya penternakan ulat sutera, kesemuanya amat terkenal dalam kalangan pengunjung dan pelancong. Di samping itu, sambutan pada Hari Valentine yang romantik, Pesta Hari Natal yang sibuk dan juga Pesta Permainan Rakyat Kanak-kanak yang mempertunjukkan pementasan dan sketsa tradisional oleh kanak-kanak yang tinggal di pekan tersebut merupakan tarikan istimewa, terutamanya untuk para pengunjung dari luar negara.

Jessica He
+86-135-8642-9285
wuzhen@wuzhen.com.cn

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140717/127897

Source: Wuzhen Tourism Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel