omniture

Peabody Energy: Pemansuhan Cukai Karbon oleh Australia Tolak Dasar Yang Mengurangkan Tenaga dan Meningkatkan Harga Tenaga

Peabody Energy
2014-07-19 02:54 155

ST. LOUIS, 19 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Peabody Energy (NYSE:BTU) hari ini memuji tindakan Parlimen dan Perdana Menteri Australia dalam memansuhkan cukai karbon yang telah membebankan pengguna melalui kos tenaga elektrik yang tinggi selain turut merosakkan ekonomi.

"Pembalikan cukai karbon oleh Kerajaan Australia ialah pengajaran kepimpinan bagi dunia moden," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy, Gregory H. Boyce. "Kami menggalakkan penggubal dasar A.S. untuk mengambil tindakan yang sama dan turut menolak peraturan merugikan untuk loji kuasa yang telah dicadangkan oleh Pentadbiran. Teknologi, tanpa had dan cukai merupakan kunci kepada pembaikan jangka panjang terhadap pengeluaran karbon."

Ketika mengulas tentang pemansuhan cukai karbon, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata: "Hari ini, cukai yang telah anda undi untuk dihapuskan, sudah tiada. Cukai yang tidak berguna dan membebankan yang memberi kesan buruk kepada pekerjaan, meningkatkan kos sara hidup keluarga dan sebenarnya tidak membantu pemeliharaan alam sekitar, kini sudah tiada." Kerajaan menganggarkan pemansuhan itu akan menyelamatkan kos untuk keluarga sebanyak A$550 bagi setiap tahun.

Australia telah memilih kerajaan baharu tahun lalu dengan mandat untuk memansuhkan cukai karbon, yang telah memberi kesan terhadap ekonomi yang dianggarkan sebanyak $15 bilion pada dua tahun pertama pelaksanaannya, menurut anggaran kerajaan.

Negara terus menolak bebanan undang-undang karbon dan mandat boleh diperbaharui yang memburukkan ketidaksamaan tenaga, meningkatkan kos tenaga elektrik dan turut mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Strategi boleh diperbaharui oleh Eropah dikurangkan kembali, benua tersebut diancam oleh cabaran keselamatan tenaga Rusia, beberapa negara seperti Jepun pula menggunakan lebih banyak arang batu manakala beberapa negara lagi menerajui dunia dalam pertumbuhan ekonomi menerusi tenaga elektrik yang dijana oleh arang batu.

Peabody percaya pemimpin A.S. dapat beroleh pengajaran penting apabila menolak cukai karbon defacto dan piawaian boleh diperbaharui yang membebankan. Dewan Perniagaan A.S. menganggarkan peraturan karbon A.S. yang dicadangkan oleh pihak Pentadbiran akan menelan belanja sebanyak $50 bilion setiap tahun.

Peraturan yang dicadangkan itu akan meningkatkan nilai kuasa dengan signifikan, menelan belanja sebanyak ribuan dolar bagi setiap isi rumah Amerika dari masa ke masa. Kajian Heritage Foundation melaporkan kos untuk setiap keluarga purata dengan empat ahli keluarga adalah bernilai $1,200 setiap tahun bagi yang berpendapatan rendah dan mempunyai kuasa perbelanjaan rendah. Tenaga elektrik berkos rendah pula adalah penting ketika bilangan rekod 115 juta rakyat Amerika layak untuk bantuan tenaga dan 48 juta hidup dengan kekurangan tenaga elektrik.

Bahan api arang batu merupakan tenaga elektrik dengan kos paling rendah di Amerika Syarikat: Negeri yang tidak menggunakan arang batu terpaksa bergelut dengan kos tenaga elektrik yang hampir dua kali nilainya berbanding negeri yang mengutamakan penggunaan arang batu bagi menjana tenaga elektrik. Arang batu yang merupakan bahan api utama berkembang paling pantas di dunia dijangka akan mengatasi minyak sebagai sumber tenaga global paling besar di dunia dalam beberapa tahun akan datang.

Peabody Energy merupakan syarikat arang batu sektor swasta terbesar di dunia dan juga peneraju global dalam perlombongan mampan, capaian tenaga serta penyelesaian arang batu bersih. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari PeabodyEnergy.com dan AdvancedEnergyForLife.com.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120724/CG44353LOGO

HUBUNGI:
Beth Sutton
+1-928-699-8243

Source: Peabody Energy
Related Stocks:
NYSE:BTU
Keywords: Oil/Energy Utilities Advocacy Group Opinion