omniture

Ascend kembali ke Plastimagen dengan bahan baharu yang inovatif untuk Amerika Latin

Ascend Performance Materials
2023-11-01 00:57 0

HOUSTON, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials akan mempamerkan cara ia mencapai kemajuan bersama-sama dengan pelanggannya melalui produk baharu untuk e-mobiliti dan bahan lestari di Plastimagen pada minggu ini. Di pameran Plastimagen pertamanya sejak ia mengembangkan pengeluaran sebatian ke Amerika Latin, syarikat tersebut akan mempamerkan portfolio bahan rekayasanya, termasuk:

Ascend's Vydyne® AVS helps mitigate high-frequency vibrations at the source. Tests of AVS's efficacy include this structural test shown here.
Ascend's Vydyne® AVS helps mitigate high-frequency vibrations at the source. Tests of AVS's efficacy include this structural test shown here.
  • Gred baharu bagi Vydyne® AVS yang memenangi anugerah yang menyediakan redaman frekuensi boleh laras untuk pembuat kereta yang ingin mengurangkan bunyi, getaran dan kekerasan (NVH) kenderaan pada sumbernya.
  • Kemajuan selanjutnya dalam Starflam® X-Protect, daripada rangkaian sebatian PA66 yang mampu menahan pendedahan nyalaan terus sehingga 1,100°C selama 15 minit – yang mengurangkan risiko larian terma terhadap keselamatan penumpang kenderaan elektrik (EV). Baru-baru ini, Starflam X-Protect telah lulus UL 2596, iaitu ujian keselamatan untuk bahan penutup bateri EV, dan merupakan bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai penebat palang bas, penyambung dan penghadang nyalaan.
  • Portfolio sebatian poliamida kitaran ReDefyne™ yang diperakui dengan sehingga 100% bahan suapan kitar semula pra dan pasca pengguna yang semakin meningkat ini, dirumus khas untuk membantu para pelanggan mengurangkan jejak karbon produk mereka tanpa menjejaskan prestasi. Portfolio ReDefyne boleh membantu mencapai objektif kitaran yang ditetapkan dalam peraturan kenderaan akhir hayat yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah.

"Portfolio produk yang benar-benar inovatif menjadikan acara ini menarik untuk kami," kata Steve Manning, Pengarah Kanan Perniagaan, Plastik Kejuruteraan. "Bahan baharu dan sokongan teknikal kami membantu para pelanggan mereka bentuk produk berprestasi tinggi dan lestari yang boleh dipercayai dengan pantas."

Ascend yang merupakan pengeluar terbesar bagi poliamida 66 bersepadu sepenuhnya, telah mengembangkan jejak globalnya melalui pembelian sebuah kemudahan sebatian di San Jose Iturbide, Mexico pada tahun lepas, sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan rekayasanya yang berprestasi tinggi. Sebuah pasukan yang terdiri daripada kira-kira 70 orang pekerja mengendalikan tapak tersebut yang menghasilkan bahan khusus untuk sektor automotif, elektrik dan elektronik (E&E) serta pengguna dan perindustrian.

"Kami mempunyai sebuah pasukan berkemahiran tinggi yang memberi tumpuan dalam penciptaan bahan dengan piawaian kualiti tertinggi," kata Lulu Alvarez, Pengarah Negara bagi Mexico, Ascend. "Tapak kami di San Jose Iturbide kini merupakan sebuah pusat hubungan sebenar di rantau ini yang membolehkan kami bertindak balas terhadap keperluan pelanggan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini."

Sepanjang dua tahun yang lepas, Ascend telah mengembangkan jejak pembuatannya melalui pengambilalihan di Mexico dan di India serta pembelian Circular Polymers oleh Ascend, pengitar semula permaidani pasca pengguna. Syarikat ini juga telah meningkatkan sasaran pengurangan gas rumah hijau skop 1 daripada 80% kepada 90% menjelang tahun 2030, di mana pengurangan semasa ialah sebanyak 64%.

Ascend sedang melakukan pameran di Reruai 2248 di Plastimagen, dari 7 hingga 10 November di Centro Citibanamex, Bandar Raya Mexico.

Tentang Ascend Performance Materials
Ascend Performance Materials menghasilkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi kepada masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya yang memiliki sembilan buah kemudahan pembuatan global di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Tenaga kerja global kami seramai 2,600 orang menghasilkan bahan, fabrik, gentian dan bahan kimia rekayasa yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian, keterangkuman dan kepelbagaian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Sila hubungi: Lauren Campbell, +1 832 258 9851 lcampb@ascendmaterials.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2262269/Ascend_AVS_structural_test.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Auto Chemical Transportation Trade show news Future Events