omniture

Technicolor Creative Studios memilih Cognizant sebagai Rakan Kongsi IT & Transformasi Digital

Cognizant Technology Solutions
2023-11-01 05:08 0

Kontrak selama 5 tahun ini akan menyaksikan Cognizant memberi perkhidmatan IT sokongan kepada tenaga kerja Technicolor Creative Studios yang teragih di seluruh dunia 

TEANECK, New Jersey, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Technicolor Creative Studios telah memilih Cognizant (Nasdaq: CTSH) sebagai rakan kongsi IT & Transformasi Digital global. Di bawah perjanjian selama 5 tahun ini, Cognizant akan menyediakan perkhidmatan terurus yang serba lengkap untuk pengguna, aplikasi dan infrastruktur Technicolor Creative Studios. Penyelesaian ini memenuhi dua mandat untuk mewujudkan perkhidmatan terurus dengan pantas untuk menyokong aplikasi korporat Technicolor Creative Studio dan pada masa yang sama menyediakan kualiti yang tinggi dengan mengguna pakai model dan proses pengendalian amalan terbaik dari awal lagi.

Pendekatan Cognizant akan terdiri daripada model operasi bersepadu yang meliputi meja perkhidmatan, perkhidmatan pengguna akhir, perkhidmatan aplikasi, infrastruktur, rangkaian dan perkhidmatan platform. Ini disokong oleh tadbir urus bersepadu dan perkhidmatan bersilang fungsi dengan pendekatan yang mengutamakan automasi dan penambahbaikan berterusan. Model pengendalian ini direka bentuk untuk membolehkan penskalaan secara menegak dan mendatar untuk menampung perubahan dari segi perkhidmatan dan volum ketika keperluan perniagaan Technicolor Creative Studios berkembang sepanjang tempoh penglibatan.

Dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam bidang inovasi hiburan, Technicolor Creative Studios ialah syarikat teknologi kreatif dengan pasukan artis dan pakar teknologi yang memenangi anugerah dan menyediakan perkhidmatan VFX premium kepada industri hiburan, media dan pengiklanan global. Sebagai sebahagian daripada transformasinya, syarikat ini sedang meneroka teknologi yang membolehkan Technicolor Creative Studios kekal pada kemuncak kecanggihan pengalaman visual sama ada Unjuran Pemetaan 3D, Interaktiviti Ambien, Realiti Terimbuh dan Maya serta Kecerdasan Buatan. Transformasi Technicolor Creative Studios daripada kesan visual kepada pengalaman visual dilakukan melalui pelaburan dalam manusia dan teknologi, serta kerjasama yang merangkumi seluruh ekosistem perkhidmatan kreatif.

Pada awal 2022, Technicolor SA memutuskan untuk meneruskan evolusi syarikat ini dengan menjadi dua syarikat tersenarai bebas yang terkemuka dalam industri, yang mana masing-masing mempunyai keupayaan untuk meneruskan agenda strategik tersendiri dan merungkai potensi nilai. Semenjak berlakunya pemecahan syarikat pada lewat tahun 2022, Operasi IT Technicolor Creative Studio telah diberikan perkhidmatan di bawah Perjanjian Perkhidmatan Pemindahan. Untuk menjadi sebuah entiti bebas, Technicolor Creative Studios menlakukan pengasingan sistem IT dan perlu mencipta organisasi IT sendiri bagi menyokong IT Perusahaan dan Rangkaian Pengeluaran Kreatif. Syarikat ini kemudiannya mula mencari pembekal global yang boleh membantu Technicolor Creative Studios mengubah operasi IT syarikat untuk memenuhi permintaan bidang media dan hiburan yang sentiasa berubah-ubah.

"Kami berasa bangga kerana dipilih oleh Technicolor Creative Studios sebagai rakan kongsi IT strategik mereka," kata Rohit Gupta, Pengarah Urusan UK&I di Cognizant. "Kerjasama ini adalah bukti kepada tumpuan Cognizant yang teguh terhadap sektor media dan hiburan. Industri kreatif sudah pun berada di barisan hadapan dalam penerimagunaan teknologi baharu, dan trend ini dijangka berkembang pesat dengan kewujudan teknologi menjadi pembantu kepada artis kreatif untuk meningkatkan lagi imaginasi mereka bagi menghasilkan kandungan terbaik untuk pelanggan mereka. Cognizant akan membantu Technicolor Creative Studios mengubah estet IT miliknya dan memberikan pengalaman pengguna yang terkemuka kepada pemikir kreatif di peringkat global."

"Kami memilih Cognizant kerana adalah penting untuk bekerjasama dengan seseorang yang memahami industri kami dan mempunyai penetapan minda yang betul untuk bekerjasama dalam transformasi yang mencabar ke arah kejayaan bersama. Ketika kami berubah Technicolor Creative Studios dengan berapa pada kedudukan terbaik untuk menghasilkan kandungan yang luar biasa untuk pelanggan kami, adalah penting untuk kami memajukan estet IT kami untuk menyediakan alatan dan pengalaman terbaik kepada kakitangan kami, yang kami harapkan dapat dicapai melalui kerjasama dengan Cognizant," kata Praveen Vadlamani, Naib Presiden Kanan Infrastruktur & Teknologi, di Technicolor Creative Studios.

Tentang Technicolor Creative Studios 

Technicolor Creative Studios ialah sebuah syarikat teknologi kreatif yang menyediakan kepakaran pengeluaran bertaraf dunia yang didorong oleh satu tujuan: Realisasi idea yang bercita-cita tinggi dan luar biasa. Menjadi tuan rumah kepada rangkaian studio yang memenangi anugerah seperti MPC, The Mill, Mikros Animation dan Technicolor Games, kami memberi inspirasi kepada syarikat kreatif di seluruh dunia untuk menghasilkan karya mereka yang paling ikonik.

Pasukan global artis dan pakar teknologi kami bekerjasama dengan komuniti kreatif merentasi filem, televisyen, animasi, permainan, pengalaman jenama dan pengiklanan untuk membawa seni penceritaan yang universal kepada penonton di mana-mana sahaja.

www.technicolorcreative.com

Tentang Cognizant 

Cognizant (Nasdaq: CTSH) merekayasa perniagaan moden. Kami membantu para pelanggan kami memodenkan teknologi, memperbaharui proses dan mengubah pengalaman supaya mereka boleh terus maju dalam dunia kita yang pantas berubah. Secara bersama-sama, kami memperbaiki kehidupan harian. Lihat bagaimana caranya di www.cognizant.com atau @cognizant.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:




EMEA / APAC / Amerika:

India:

Christina Schneider

Rashmi Vasisht

christina.schneider@cognizant.com

rashmi.vasisht@cognizant.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1794711/Cognizant_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cognizant Technology Solutions
Related Stocks:
NASDAQ:CTSH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Contracts