omniture

Risiko konflik meningkat ketika berlakunya peningkatan kekurangan makanan dan air serta tekanan inflasi, lapor Institut Ekonomi & Keamanan

The Institute for Economics and Peace
2023-11-01 13:00 2

LONDON, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini menandakan pelancaran tahunan Laporan Ancaman Ekologi yang diterbitkan oleh Institut Ekonomi & Keamanan (Institute for Economics & Peace, IEP).

Penemuan Utama: 

  • Ancaman ekologi seperti pertumbuhan penduduk yang pesat, risiko air dan ketidakjaminan makanan akan ditambah lagi dengan perubahan iklim, menyebabkan konflik dan perpindahan besar-besaran manusia.
  • Peningkatan ketidakjaminan makanan sebanyak 25% meningkatkan risiko konflik sebanyak 36%
  • Begitu juga dengan peningkatan bilangan penduduk tanpa akses kepada minuman bersih sebanyak 25% meningkatkan kemungkinan berlakunya konflik sebanyak 18%
  • 1 bilion penduduk tinggal di 42 buah negara yang kini menghadapi masalah ketidakjaminan makanan yang teruk
  • 1 daripada 4 orang di seluruh dunia tidak mempunyai akses yang tetap kepada air minuman yang selamat
  • Menjelang tahun 2050, seramai 2.8 bilion penduduk akan tinggal di negara yang menghadapi ancaman ekologi yang teruk, berbanding 1.8 bilion orang pada masa kini
  • Lebih 60% daripada bandar mega di seluruh dunia berkembang dengan pesat dan terletak di negara yang mempunyai tahap keganasan atau konflik yang tinggi. Bandar-bandar ini kekurangan sumber kewangan untuk menampung pertumbuhan penduduk mereka.

Laporan Ancaman Ekologi (ETR) menganalisis ancaman ekologi di peringkat global serta menilai negara dan kawasan subnasional yang paling berisiko terhadap konflik, pergolakan awam dan perpindahan yang disebabkan oleh kemerosotan ekologi dan peristiwa berkaitan iklim. Laporan tersebut meliputi 221 buah negara dan wilayah bebas yang dipecahkan kepada 3,594 kawasan subnasional.

Penemuan utama daripada ETR ialah tanpa tindakan bersepadu, tahap kemerosotan ekologi semasa akan bertambah buruk, memperhebatkan konflik sedia ada dan menjadi pemangkin kepada konflik baharu, seterusnya mengakibatkan peningkatan dalam penghijrahan paksa.  

Bilangan negara yang mengalami ancaman ekologi yang teruk dan daya tahan masyarakat yang rendah telah meningkat sebanyak 3 kepada 30 pada tahun lepas. Negara-negara 'hotspot' ini mempunyai 1.1 bilion orang penduduk, iaitu peningkatan sebanyak 332 juta(1). Tekanan ke atas harga makanan global pada masa ini telah meletakkan permintaan tambahan kepada negara-negara yang sudah pun mengalami ketidakjaminan makanan.

Negara-negara 'Hotspot' 

Tiga negara baharu telah muncul sebagai 'hotspot'. Negara tersebut ialah Niger, Ethiopia dan Myanmar, yang kesemuanya telah memasuki kitaran memudaratkan akibat ancaman ekologi yang semakin meningkat, daya tahan masyarakat yang lebih rendah dan konflik yang meningkat. Setiap negara ini telah menghadapi kebuluran dan keganasan dalam tempoh 12 bulan yang lepas: konflik Ethiopia yang berterusan, rampasan kuasa tentera Niger baru-baru ini dan keganasan di Myanmar berikutan rampasan kuasa pada tahun 2021.

Kemerosotan ekologi dan konflik adalah bersifat kitaran, di mana kemerosotan sumber membawa kepada konflik, manakala konflik pula membawa kepada kemerosotan sumber. Kemerosotan ekologi mempunyai kesan terbesar terhadap konflik di wilayah seperti Sahel, yang menghadapi kekurangan besar dalam tadbir urus, kedaulatan undang-undang, tahap kemiskinan yang tinggi dan variasi iklim jangka pendek.

Konflik sering berlaku dari sebuah negara ke negara yang lain serta menjejaskan rantau tersebut dan seterusnya(2). Pada masa ini terdapat lebih 108 juta penduduk yang berpindah, iaitu peningkatan sebanyak 24% sejak 2020. Anggaran menunjukkan bahawa 30 peratus daripada semua perpindahan yang melebihi 500 kilometer daripada negara asal mereka, di mana peratusan yang besar bagi kemasukan haram di Eropah berasal dari negara-negara yang terancam dari segi ekologi dan dilanda konflik(6). Peratusan besar kemasukan haram di Eropah adalah dari negara 'hotspot', terutamanya 29% dari Syria dan 9% dari Afghanistan.

Berdasarkan trend semasa serta tanpa usaha besar untuk mengatasinya, anggaran IEP menunjukkan bahawa menjelang tahun 2050, seramai 2.8 bilion orang akan tinggal di negara yang menghadapi ancaman ekologi yang teruk berbanding 1.8 bilion orang pada tahun 2023.

Konflik, Makanan dan Kekurangan Bekalan Air

Ketidakjaminan makanan berkait dengan kekurangan bekalan air air. ETR menganggarkan bahawa peningkatan ketidakjaminan makanan sebanyak 25% meningkatkan risiko air sebanyak 36%, dan begitu juga dengan peningkatan risiko air sebanyak 25% meningkatkan kemungkinan berlakunya konflik sebanyak 18%. Kawasan yang mempunyai sejarah konflik dan institusi yang lemah adalah yang paling rentan.

Harga makanan global telah meningkat sebanyak 33% sejak tahun 2016, sekali gus memberikan tekanan lanjut kepada negara yang paling rentan. Pada masa ini, 42 buah negara menghadapi masalah ketidakjaminan makanan yang teruk, di mana hampir empat bilion orang tinggal di kawasan yang mengalami ketidakjaminan makanan yang tinggi atau teruk. Kebanyakan negara ini terletak di sub-Sahara Afrika.

Dua bilion orang kini tinggal di negara-negara tanpa akses kepada air minuman yang selamat. Menjelang tahun 2040, rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) akan mengalami kekurangan bekalan air seperti yang berlaku di Afrika sub-Sahara. Lapan daripada 12 buah negara di Rusia dan Eurasia kini menghadapi cabaran air yang besar yang diburukkan lagi oleh hujan yang rendah dan topologi mereka.

Trend ini dijangka bertambah buruk. Pemanasan global berkemungkinan besar akan melebihi 1.5°C semasa abad ke-21 yang menjadikannya lebih sukar untuk kekal di bawah 2°C. Ini berkemungkinan besar akan memburukkan lagi kemerosotan ekologi dan pendorong utama kepada konflik(3).

Bencana Alam, Penduduk dan Konflik 

Perubahan iklim meningkatkan risiko seperti kemarau, banjir, siklon dan ribut. Kadar kematian adalah tujuh kali lebih tinggi di negara yang mempunyai tahap daya tahan dan keamanan yang rendah berbanding negara yang mempunyai tahap daya tahan dan keamanan yang tinggi. Oleh itu pada tahun 2022, Tabung Respons Kecemasan Pusat PBB memperuntukkan 35% daripada bajetnya untuk menangani bencana alam, iaitu peningkatan daripada 17% sedekad yang lalu.

Tekanan demografi yang semakin meningkat memperhebatkan risiko ekologi, menekan sumber awam dan daya tahan masyarakat terutamanya di kawasan yang memang sudah rentan. Menjelang tahun 2050, penduduk sub-Sahara Afrika diramalkan meningkat kepada 2.2 bilion, iaitu peningkatan melebihi 60% yang akan meningkatkan tekanan terhadap bekalan makanan dan air sedia ada secara mendadak. Menjelang tahun 2050, bilangan belia di bawah umur 15 tahun di rantau ini akan menyumbang lebih daripada keseluruhan penduduk Eropah, yang menonjolkan perubahan dinamik dalam taburan penduduk dunia.

Steve Killelea, Pengasas & Pengerusi Eksekutif IEP berkata:

"Memandangkan COP 28 semakin hampir, Laporan Ancaman Ekologi ini memberikan peringatan yang tepat pada masanya tentang keperluan untuk para pemimpin bertindak, melabur dan membina daya tahan untuk masa depan. Bilangan negara yang mengalami ancaman ekologi teruk yang tidak mempunyai daya tahan masyarakat yang diperlukan bagi menangani cabaran ini terus meningkat dan perubahan iklim hanya akan memburukkan lagi ancaman ini.

Negara yang mempunyai tahap Keamanan Positif 4) yang tinggi mempunyai daya tahan masyarakat untuk menyelesaikan cabaran ini. Dalam dunia yang berhadapan dengan peningkatan kemerosotan ekologi, konflik dan penghijrahan paksa, para pemimpin dunia perlu melabur dalam rancangan yang membina keupayaan yang menghasilkan daya tahan yang positive dan memacu kemajuan ekonomi." 

Bandar mega: Meningkatkan Pencemaran dan Populasi

Bilangan bandar mega(5) sedang meningkat dan dijangka akan bertambah daripada 33 ke 50 buah menjelang tahun 2050. Lebih 267 juta orang pada masa ini menetap di bandar mega yang paling tidak aman di dunia. Bandar-bandar ini akan mengalami pertumbuhan pantas dalam 30 tahun akan datang tetapi kekurangan sumber kewangan untuk menampung pengembangannya yang mengakibatkan peningkatan jenayah, kemiskinan, kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

Di Afrika, Nigeria dan juga Republik Demokratik Congo mempunyai beberapa bandar pertumbuhan tinggi dengan pendapatan per kapita yang rendah. Daripada 50 bandar mega yang diunjurkan, 60% daripadanya terletak di negara yang berada di kalangan separuh bahagian bawah Indeks Keamanan Dunia.

Lebih 60% pelarian dan 80% orang pelarian dalam negara berpindah ke bandar. Menjelang tahun 2050, 70% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar, dengan kebanyakan pertumbuhan berlaku di negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang rendah dan tahap keganasan yang tinggi. Contohnya termasuk Kinshasa, Lagos, Dhaka dan Karachi.

Konflik & Ekonomi Hijau 

Negara-negara yang amat bergantung kepada bahan api fosil akan menghadapi kesukaran tanpa bantuan semasa peralihan hijau yang akan datang. Sebagai contoh, DRC, Libya, Iraq, Angola dan Timor Leste memperoleh lebih 25% KDNK mereka daripada bahan api fosil. Berdepan dengan cabaran ekologi yang besar dan daya tahan masyarakat yang rendah, negara-negara ini mungkin menghadapi penurunan dalam KDNK sehingga 60% antara tahun 2030 hingga 2040.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari economicsandpeace.org dan visionofhumanity.org

Nota kepada Editor 

(1)Negara-negara 'hotspot' 2023 ialah:

Burundi


Cameroon


Zimbabwe

Republik Demokratik


Republik Afrika Tengah


Haiti

Congo


Chad


Iraq

Guinea


Guinea Khatulistiwa


Libya

Niger


Eritrea


Mali

Republik Congo


Habsyah


Mauritania

Somalia


Guinea-Bissau


Myanmar

Sudan Selatan


Sudan


Nigeria

Afghanistan


Uganda


Korea Utara

(2) Indeks Keamanan Global 2023

(3) IPCC, 2023: Perubahan Iklim 2023: Laporan Sintesis. Contribution of Working Groups I, II and III to the Sixth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change [Core Writing Team, H. Lee and J. Romero (eds.)]. IPCC, Geneva, Switzerland, m/s 71

(4)Keamanan Positif ditakrifkan sebagai sikap, institusi dan struktur yang mewujudkan dan mengekalkan masyarakat yang aman. Sumber

(5)Bandar yang mempunyai penduduk lebih 10 juta orang

(6)Laporan Ancaman Ekologikal 2021

Tentang Laporan Ancaman Ekologikal (ETR)

Ini adalah edisi keempat ETR yang meliputi 228 buah negeri dan wilayah bebas. ETR adalah unik kerana ia melakukan pendekatan pembelajaran mesin yang pelbagai aspek untuk menggabungkan ukuran daya tahan dengan data ekologi yang paling komprehensif yang tersedia untuk memberi penerangan tentang negara yang paling tidak berkemungkinan menangani kejutan ekologi yang melampau, pada masa ini dan pada masa depan.

Metodologi 

ETR merangkumi penyelidikan saintifik yang paling terkini dan dihormati tentang pertumbuhan penduduk, kekurangan bekalan air, ketidakjaminan makanan, kemarau, banjir, siklon dan peningkatan suhu. Selain itu, laporan ini menggunakan rangka kerja Keamanan Positif IEP untuk mengenal pasti kawasan yang kurang berdaya tahan dalam melakukan penyesuaian atau menangani kejutan masa depan ini. Laporan ini menggunakan pelbagai jenis sumber data yang meluas, termasuk Bank Dunia, Institut Sumber Dunia, Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman, Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim, Organisasi Antarabangsa untuk Penghijrahan dan IEP.

Tentang Institut Ekonomi & Keamanan

IEP ialah sebuah badan pemikir antarabangsa dan bebas yang berdedikasi untuk mengalihkan tumpuan dunia kepada keamanan sebagai ukuran kesejahteraan dan kemajuan manusia yang positif, boleh dicapai dan ketara. IEP mempunyai pejabat di Sydney, Brussels, New York, The Hague, Mexico City dan Harare.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/792052/IEP_Logo.jpg?p=medium600

Source: The Institute for Economics and Peace
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Food/Beverages Publishing/Information Service Environmental Issues Survey, Polls & Research Natural Disasters Public Interest