omniture

1000 MIGLIA WARM UP USA EDISI KEEMPAT KINI HAMPIR TIBA

Mille Miglia
2023-11-01 20:00 0

HOSPITALITI LIMA BINTANG, AKTIVITI SUKAN GAYA 1000 MIGLIA, LATIHAN KHAS DAN PEMANDANGAN UNIK UNTUK ACARA RED ARROW AS

MIDDLEBURG, Virginia, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Semuanya sudah sedia untuk perlancaran 1000 Miglia Warm Up USA, iaitu acara di kawasan Washington DC yang diadakan untuk menggabungkan jenama 1000 Miglia di Amerika Syarikat dan mempersiapkan kru warga asing untuk bahagian sukan Perlumbaan tersebut yang diadakan di Itali.

1000 Miglia Warm Up USA, in the Washington DC area
1000 Miglia Warm Up USA, in the Washington DC area

Terdapat dua kategori kereta: Kelas Kereta Era 1000 Miglia dan Kelas Kereta Pasca Era 1000 Miglia. Kategori pertama merangkumi contoh dan model yang mengambil bahagian dalam perlumbaan kelajuan 1000 Miglia serta yang dihasilkan dalam jangka masa yang sama serta dengan nilai sejarah dan kesukanan. Kategori kedua termasuk kereta jenis Sports, Grand Touring atau Super Cars yang dihasilkan sejak 1958 dalam konfigurasi asalnya. Terdapat dua kategori juga untuk kru, Veteran dan Novice.

Pembukaannya pada hari ini akan didedikasikan untuk latihan kru perlumbaan. Di litar Summit Point, mereka akan mempelajari peraturan perlumbaan tetap Itali dan menguji cara kerja suis tekanan di atas trek. Kru yang terbaik dalam Ujian Masa dan Purata di atas litar dan dalam navigasi buku Jalan dari Summit Point ke Middleburg akan dianugerahkan trofi Micro 1000 Miglia.

Esok, 2 November, akan bermula Coppa USA, iaitu pertandingan tiga pusingan sejauh lebih 500 Batu yang akan menjadikan Salamander Resort dan bandar Middleburg sebagai pangkalannya.

Semasa hari perlumbaan pertama, kru akan memandu melalui Taman Negara Shenandoah (Shenandoah National Park) dan menghadapi beberapa siri Ujian Masa di sepanjang jalan Barboursville Vineyards, iaitu sebuah estet yang mempesonakan di kawasan luar bandar Virginia. Selepas menikmati makan tengah hari gaya Itali, perlumbaan disambung dengan pemanduan sejauh 150 kilometer ke penamat pusingan pertama. Pada hari Jumaat, 3 November, bahagian pertama hari tersebut akan berakhir di kemudahan latihan kuda Beverly Equestrian dan pada sebelah petang pula akan dikhaskan untuk Middleburg Trophy, iaitu cabaran 1 vs. 1 di tengah-tengah bandar kecil Virginia.

Pada hari Sabtu, 4 November, penutupan akan diadakan di Washington, D.C. Selepas makan tengah hari di Congressional Country Club di Bethesda, Maryland, kereta-kereta tersebut akan memasuki tengah-tengah Ibu Kota dengan menyusuri Tugu Peringatan Lincoln (Lincoln Memorial), Kapitol Amerika Syarikat (United States Capitol) dan Rumah Putih (White House) serta berarak di bumi Itali di Kedutaan Besar Itali di Washington sebelum melusuri sektor terakhir perlumbaan tersebut menuju ke Middleburg.

Maklumat - 1000miglia.it

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2262199/Mille_Miglia.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2262198/Mille_Miglia_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Mille Miglia
Keywords: Auto Entertainment Sporting Events Sports Transportation Travel Public Interest