omniture

POSCO E&C Mulakan Pembangunan Lombong Carmichael di Australia

- Telah tandatangani Memorandum Persefahaman bersama Adani Mining, ahli gabungan syarikat infrastruktur terbesar India, Adani Group
- Terpilih sebagai pembida utama untuk EPC (kejuruteraan, perolehan dan pembinaan) projek landasan kereta api lombong Carmichael di Queensland
POSCO E&C
2014-07-22 09:36 267

SEOUL, Korea Selatan, 22 Julai 2014 /PRNewswire/ -- POSCO Engineering & Construction (Ketua Pegawai Eksekutif: Tae-Hyun Hwang) telah mengumumkan pada 18 Julai syarikatnya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 11 Julai bersama Adani Mining, India untuk pembinaan landasan kereta api berat dan jarak jauh piawai yang akan digunakan untuk projek perlombongan arang batu di Galilee Basin Queensland, Australia.

POSCO E&C Initiates Carmichael Mine Development in Australia
POSCO E&C Initiates Carmichael Mine Development in Australia

Setelah menandatangani MOU ini, POSCO E&C menjadi pembida utama untuk EPC landasan piawai 388 km, yang merupakan projek yang dijalankan oleh Adani Mining bagi tujuan menghubungkan lombong Carmichael dengan pelabuhan eksport Abbot Point, di Queensland.

Pembinaan akan bermula pada separuh pertama tahun hadapan, setelah Adani Mining menandatangani kontrak akhir untuk EPC bersama POSCO E&C pada tahun ini. Penyiapan landasan kereta api ini akan membolehkan pengangkutan sebanyak 60 juta tan arang batu setiap tahun.

Adani Group, syarikat induk Adani Mining serta pemaju kuasa, pelabuhan serta infrastruktur persendirian bersepadu terbesar di India, kini mengendalikan beberapa kemudahan menjana kuasa dengan jumlah saiz sebanyak 9,240MW. Ia turut memiliki Pelabuhan Mundra di India, yang merupakan pelabuhan masuk terbesar di dunia untuk membawa masuk arang batu.

Kawasan landasan kereta api ini akan dibina dijangka dapat mewujudkan pekerjaan untuk sekurang-kurangnya 10,000 individu. Kerajaan negeri Queensland pula telah menamakan kawasan sasaran tersebut sebagai "kawasan pembangunan strategik". Memandangkan laluan ini diwujudkan untuk pelbagai pihak termasuk pemaju lombong lain untuk menggunakan landasan kereta api ini, projek ini sepadan dengan dasar infrastruktur strategik kerajaan negeri. Selain itu, ia juga dijangka akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan perindustrian Australia, yang merupakan pengeksport terbesar bagi bijih besi dan arang batu di dunia.

Pengerusi Adani Group, Gautam Adani berkata, "Projek landasan ini akan membawa kepada permulaan projek lombong Carmichael yang akan menyediakan lebih 10,000 pekerjaan, dan akan turut menyediakan peluang penting untuk pembangunan Infrastruktur Australia serta menyumbang kepada jaminan bekalan tenaga India dengan memudahkan kehidupan berjuta-juta masyarakat India."

Ketua Pegawai Eksekutif Adani Mining, Jeyakumar Janakaraj berkata: "Saya gembira dengan cara kedua-kedua pasukan bekerjasama dalam kaedah yang kolaboratif untuk memastikan surat perjanjian ditandatangani dalam tempoh yang singkat. Ini merupakan langkah utama yang pertama ke arah memuktamadkan kontrak pembinaan Projek tersebut dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkedudukan seperti POSCO E&C. Surat perjanjian ini akan membolehkan kami untuk mewujudkan penyelesaian landasan yang berkesan daripada segi kos manakala jalinan ini pula memberikan Adani capaian kepada pasaran Korea, kepakaran serta modal POSCO."

"Kami gembira dapat turut serta dalam projek pembangunan infrastruktur landasan ini bersama Adani, dan saya yakin kami akan menghasilkan keputusan cemerlang jika kedua-dua syarikat memperlihatkan kebolehan yang terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif POSCO E&C Tae-Hyun Hwang. "Ini akan menjadi projek EPC terbesar antara projek infrastruktur yang sedang kami jalankan di Australia. Kami akan menyiapkan projek ini dengan jayanya dengan bekerja bersama-sama mengikut kecekapan kami dalam pembinaan, pembiayaan serta perolehan."

POSCO E&C mempunyai pengalaman dalam sejumlah besar projek pembinaan landasan kereta api termasuk Transit Aliran Ringan Busan-Gimhae serta AREX (Landasan Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon). Pelibatan syarikat dalam projek ini akan terus meluaskan peluang untuk POSCO E&C bagi mengambil bahagian dalam projek akan datang oleh Adani Group serta projek landasan kereta api lain di Australia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404114

Source: POSCO E&C
Keywords: Electrical Utilities Mining Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Contracts Joint ventures