![]() |
JPA Health Mendedahkan Skor Keterkaitan untuk Mengukur Perhubungan Antara Khalayak Utama
WASHINGTON, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan baharu daripada JPA Health bertajuk, "Satu Dunia, Satu Kesihatan: Meneroka Keterkaitan antara Kesihatan Manusia, Haiwan dan Alam Sekitar (One World, One Health: Exploring the Connectability between Human, Animal and Environmental Health)," mendedahkan tentang kekurangan komunikasi dan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan global yang berpengaruh melibatkan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar.
Konsep One Health, yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention), mengiktiraf keperluan untuk kerjasama yang lebih besar antara pihak berkepentingan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar.1,2 Prinsip One Health juga dicerminkan dalam Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Sifar Kebuluran (Zero Hunger) (Matlamat 2), Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik (Good Health and Wellbeing) (Matlamat 3), Air Bersih dan Pensanitasian (Clean Water and Sanitation) (Matlamat 6), Kehidupan Dalam Air (Life Below Water) (Matlamat 14), dan Kehidupan di Darat (Life on Land) (Matlamat 15).3
"Kami berharap agar analisis ini berfungsi sebagai pemangkin untuk perubahan, mencetuskan perbualan dan tindakan kolaboratif yang memberi inspirasi ke arah masa depan di mana One Health diterima sebagai asas untuk menangani cabaran kesihatan yang kompleks pada zaman kita," kata Profesor Michael Lairmore DVM, PhD, Profesor Cemerlang (Emeritus) dan Bekas Dekan, UC Davis, yang menyumbang kepada laporan ini.
Untuk menjana laporan ini, alat cerapan JPA Health, GRETEL®, telah digunakan untuk menilai hubungan dan pengaruh antara organisasi dan individu (menggunakan analisis rangkaian sosial sebagai proksi). Penemuan utama ialah:
Untuk menjana penemuan ini, JPA Health menggunakan 'Skor Keterkaitan' dan analisis pihak berkepentingan untuk menilai keberkesanan pihak berkepentingan yang berbeza dalam membina hubungan sosial dan menyebarkan mesej. Skor Keterkaitan sebanyak 1.0 atau lebih tinggi menandakan mesej dengan kecenderungan yang lebih besar untuk penyebaran yang meluas. Walau bagaimanapun, mencapai skor yang lebih hampir kepada 2.0 atau lebih tinggi adalah lebih baik untuk mengoptimumkan jangkauan mesej dan kesedaran secara menyeluruh.
"Kami membangunkan laporan ini untuk menggariskan keperluan mendesak bagi semua pihak berkepentingan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan eksekutif dari kalangan Ketua Pegawai, untuk mengutamakan pendekatan One Health dan berusaha dengan lebih terbuka untuk melindungi kesihatan manusia dan haiwan, serta kelestarian jangka panjang planet kita," kata Carrie Jones, Ketua Pegawai Eksekutif JPA Health. "Kami menggesa pemimpin perniagaan untuk mewujudkan duluan, menjalankan komunikasi rentas sektor dan komitmen yang dikongsi untuk dunia yang lebih sihat. Ini bukan sekadar kewajipan moral; ia adalah keperluan strategik untuk kejayaan perniagaan jangka panjang yang mampan."
Jurang dalam perbualan One Health yang dikenal pasti oleh analisis JPA Health boleh ditangani dalam beberapa cara, termasuk namun tidak terhad kepada: dasar persekutuan, negeri dan tempatan yang bersepadu dan dipertingkatkan; kempen komunikasi bersasar; kerjasama rentas sektor yang lebih kukuh; dan usaha kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman yang lebih tulen.
Laporan penuh boleh didapati di sini.
Pendekatan
JPA Health menggunakan alat cerapan dikuasakan AI proprietarinya, GRETEL®, untuk menganalisis data rangkaian sosial dari Ogos 2022 hingga Julai 2023. Analisis ini mendedahkan pandangan penting tentang pendekatan One Health, termasuk sejauh mana sektor kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran berkomunikasi. Walaupun inisiatif One Health mempunyai kesan di peringkat global, laporan ini menunjukkan bahawa pemain utama dalam bidang kesihatan, perubatan dan sains tidak mengadakan perbualan yang berterusan dan mendalam tentang One Health. Ia juga menunjukkan komunikasi terhad dalam kalangan pihak berkepentingan ini, menekankan keperluan mendesak untuk kerjasama yang lebih baik untuk menangani cabaran kesihatan global yang kompleks.
Tentang JPA Health
JPA Health ialah sebuah agensi bebas perkhidmatan penuh yang memenangi anugerah yang ditubuhkan pada tahun 2007. Dengan pejabat di AS dan UK, agensi ini menyediakan perkhidmatan pemasaran, perhubungan awam dan advokasi. JPA Health baru-baru ini telah menerima anuerah Agensi Terbaik Tahunan PR Daily bagi tahun 2023. Firma ini merupakan peneraju dalam sektor kesihatan atas hasil kerjanya yang memenangi anugerah dalam membentuk kempen kesihatan yang mendorong perubahan dan memberikan hasil yang boleh diukur. Pasukan JPA Health bersemangat untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.jpa.com.
Tentang GRETEL®
Enjin komunikasi ketepatan GRETEL proprietari direka untuk membantu pengguna melayari landskap komunikasi kesihatan yang kompleks dengan menyediakan cerapan yang didorong data, bagi mengenal pasti trend dan memahami pilihan khalayak. Dengan menganalisis set data yang besar, ia boleh mengenal pasti tema, trend dan keutamaan dalam topik kesihatan tertentu, membolehkan pembangunan strategi pemesejan bersasar yang berkesan untuk melibatkan diri dengan khalayak.
Tentang One Health
One Health mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan kesihatan persekitaran. Pencegahan penyakit dan pemantauan penyakit zoonosis boleh mengurangkan risiko wabak penyakit yang serius. Kesihatan alam sekitar memberi kesan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Penebangan hutan, pencemaran dan perubahan iklim memberikan kesan untuk semua kawasan di One Health dan dengan mempertimbangkan isu ini secara holistik, kita boleh menangani isu kesihatan global yang kompleks dan membawa kepada hasil yang lebih baik untuk kita semua.1,2
Rujukan
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2262960/JPA23_One_Health_Report_page13.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1941041/4374667/JPA_Health_Logo.jpg?p=medium600