CHENGDU, China, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Pemenang-pemenang bagi Pertandingan Penalaan-Halus dan Aplikasi AI Wukong-Huahua, bertemakan "Fiksyen Sains dan Kreativiti," menerima anugerah daripada Huawei di Salon "Fiksyen Sains lwn Fakta Sains" yang diadakan di Muzium Fiksyen Sains Chengdu. Salon itu dihoskan oleh Huawei semasa Konvensyen Fiksyen Sains Dunia ke-81. Ahli-ahli panel Salon melibatkan Pengarah Pusat Penyelidikan Penciptaan Fiksyen Sains Persatuan Penulis Sains China Wang Jinkang, Pemenang bagi Hugo Awards 2016 dan 2023 Nnedi Okorafor serta Pemenang Galaxy Award dan Chinese Nebula Awards Yu Kun dan juga Pengarah MindSpore Community sumber terbuka Huawei Hu Xiaoman.
From left to right: Moderator: Chen Xi, Director of The Valley 101, Nnedi Okorafor, Wang Jinkang, Hu Xiaoman, and Yu Kun, at the Salon
Semasa Pertandingan Penalaan-Halus dan Aplikasi AI Wukong-Huahua, pasukan-pasukan dari seluruh dunia sama ada menala halus model Wukong-Huahua untuk mencipta karya kandungan dijana oleh AI (AIGC) atau mencipta aplikasi berdasarkan kepada model itu. Pada akhirnya, enam pasukan menonjol untuk memenangi anugerah tempat pertama dan kedua.
Model asas Wukong-Huahua merupakan model difusi yang dapat menghasilkan imej berdasarkan kepada teks berbahasa Cina. Model ini menggabungkan rangka kerja MindSpore AI dan perkakasan Ascend Atlas. Ia telah dilatih pada Wukong Dataset yang merupakan set data sumber terbuka berbahasa Cina, berbilang modal yang terbesar di dunia. Model ini dapat menghasilkan imej berkualiti tinggi yang menggambarkan adegan berbeza dalam pelbagai gaya.
Hu Xiaoman (right) presents awards to the winners of the Wukong-Huahua AI Fine-Tuning and Application Competition
Fiksyen sains dan kemajuan teknologi telah lama menjalin hubungan simbiotik. Walaupun fiksyen sains menggalakkan generasi-generasi usahawan dan pelabur untuk mencipta dan menyokong lebih banyak produk teknologi yang inovatif, kemajuan saintifik dan teknologi baharu seterusnya mendorong pencipta fiksyen untuk membayangkan dunia yang lebih kompleks dan menarik.
Hu Xiaoman daripada Huawei berucap di Salon mengenai bagaimana teknologi baru muncul seperti model-model asas diaplikasikan dalam bidang-bidang kreatif seperti sastera fiksyen sains. Dahulunya teknologi AI digunakan oleh komuniti untuk memerhatikan dan menganalisis dunia dengan lebih baik, namun kemajuan terkini dalam AI telah mendorong keupayaan teknologi ini untuk menghasilkan dan mencipta kandungan. Teknologi AIGC semakin matang dengan pantas dan menyaksikan penggunaan yang mendalam pada fiksyen sains. Menurut Hu: "Kita harus memberi tumpuan kepada manfaat yang boleh dibawakan oleh teknologi dalam menangani masalah dunia sebenar, dan bukannya melihatnya sebagai punca nasib malang."
Yu Kun juga berkata teknologi telah mengubah dunia kita dengan cara yang mendalam. Memandangkan teknologi baharu muncul saban hari, beliau mengingatkan bahawa penemuan teoretikal dalam sains dan teknologi asas amat diperlukan dan harus diterjemahkan kepada aplikasi dunia sebenar oleh syarikat-syarikat seperti Huawei sekiranya kita berharap dapat membongkar potensi penuh teknologi.
Dr. Nnedi Okorafor berbicara tentang kepentingan fiksyen sains di Afrika dan terutamanya impak yang diberikan olehnya ke atas pembangunan teknologi tempatan. Beliau percaya karya fiksyen sains ialah hasil daripada pemikiran kreatif bersifat global dan fiksyen sains Afrika menyediakan perantara yang melaluinya orang ramai dapat membayangkan masa depan dan meneroka bagaimana teknologi berkemungkinan membentuk masyarakat, ekonomi dan politik kita.
Pada masa akan datang, Huawei akan terus menyokong pembangunan fiksyen sains, meningkatkan kekuatan teknologinya dan memanfaatkan kuasa teknologi untuk menukar lebih banyak idea fiksyen sains menjadi kenyataan. Huawei juga akan terus meneroka perbatasan sains dan teknologi yang tidak berkesudahan, bekerjasama secara terbuka dengan seluruh pelosok dunia dan mengaplikasikan teknologi ICT dalam semua industri. Dengan menyediakan penyelesaian digital, pintar dan hijau, Huawei berusaha untuk mencipta nilai tambahan untuk industri-industri dan membawa manfaat teknologi kepada semua.