omniture

FV GEOMETRY BAHARU DARIPADA KENNAMETAL MENAMPILKAN REKA BENTUK PEMECAH CIP INOVATIF

Kennametal
2023-11-01 21:00 90

PITTSBURGH, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Kennametal Inc. (NYSE: KMT) hari ini mengumumkan FV Geometry baharunya yang menampilkan reka bentuk pemecah cip yang inovatif yang membolehkan mata pemotong yang lebih stabil dan tajam untuk kekasaran permukaan dan pembentukan cip yang lebih baik.

Developed to cut on a wider application range with consistency and featuring a unique chip breaker design, sharper edge and built-in coolant channels.
Developed to cut on a wider application range with consistency and featuring a unique chip breaker design, sharper edge and built-in coolant channels.

"Fleksibiliti FV geometry baharu kami memberikan prestasi yang dipertingkatkan dengan kawalan cip yang konsisten pada kedalaman pemotongan yang rendah atau sederhana dan kurang gangguan proses untuk penukaran alat kepada pengendali," kata Scott Etling, Naib Presiden Pemasaran, Pengurusan Produk Global.

FV Geometry direka bentuk dengan saluran yang meletakkan penyejuk lebih dekat kepada mata pemotong—untuk jurumesin yang inginkan fleksibiliti puncak dan menjalankan pemotongan tanpa gangguan atau dengan sedikit gangguan.

FV Geometry menghapuskan keperluan untuk menukar alatan bagi operasi kemasan, yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai penggunaan kejuruteraan am dan pengangkutan.

Tentang Kennametal
Dengan lebih 80 tahun menjadi peneraju teknologi perindustrian, Kennametal Inc. memberikan produktiviti kepada pelanggan melalui sains bahan, perkakasan dan penyelesaian tahan haus. Para pelanggan di seluruh bidang aeroangkasa dan pertahanan, kerja tanah, tenaga, kejuruteraan am dan pengangkutan memilih Kennametal untuk membantu mereka menghasilkan pembuatan dengan tepat dan cekap. Setiap hari, kira-kira 8,700 orang pekerja membantu para pelanggan di hampir 100 buah negara untuk kekal berdaya saing. Kennametal menjana pendapatan sebanyak $2.1 bilion hasil pada tahun fiskal 2023. Ketahui lebih lanjut di  www.kennametal.com. Ikuti @Kennametal: X (sebelum ini Twitter), Instagram, Facebook, LinkedIn dan YouTube. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2262242/Kennametal_FV.jpg?p=medium600

Source: Kennametal
Related Stocks:
NYSE:KMT
Keywords: Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals New products/services