GUILIN, China, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Integral Conversation ke-10 berlangsung di Guilin mulai 26 hingga 28 Oktober. Para pemimpin berwawasan dan pengamal berbincang sekitar "Masa Depan Pertumbuhan Mampan dari Perspektif Asia", untuk meninjau bagaimana perniagaan, sektor awam, institusi, dunia akademik dan individu dapat bersama-sama meninjau peluang dan kemajuan menuju masa depan yang lebih hijau buat semua.
Sejak tahun 2014, Integral Conversation telahpun menjadi platform asas untuk perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan, melibatkan 221 penceramah dan mengadakan 48 dialog yang berkisarkan 12 topik yang pelbagai. Menyambut ulang tahun ke-10nya, Integral Institute, sebuah organisasi bukan untung dan bebas yang menumpukan kepada kelestarian dan penjagaan alam sekitar, ditubuhkan untuk menyerlahkan lagi misi untuk menggalakkan pembangunan mampan kepada komuniti yang lebih luas.
Teresa Yang, Naib Presiden Esquel Group dengan bangganya mengetengahkan prasains Esquel dalam menangani perubahan iklim, mengamalkan pengeluaran yang bertanggungjawab dan mampan serta menggalakkan kesejahteraan di tempat kerja. Integral, Taman Pembangunan Mampan Esquel merupakan hasil daripada dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan telahpun mencapai kemajuan yang signifikan dalam kesemua 17 UNSDG. Beliau turut menegaskan bahawa mempercepatkan kelestarian memerlukan penetapan minda yang mementingkan kesejahteraan dalam kalangan pekerja dan kolaborasi yang lancar bersama rakan-rakan kongsi yang berkongsi visi yang sama.
Sebagai Kursi Majlis dalam Integral Institute, Hau Lee, Profesor Thoma bagi Operasi, Maklumat dan Teknologi, Stanford Graduate School of Business, mengumumkan penubuhan rasmi Institut ini, menawarkan perkhidmatan sebegai sebuah organisasi bukan untung dan bebas yang menumpukan kepada pendidikan berkaitan kelestarian dan penyelidikan yang inovatif. Integral Institute bermatlamat untuk mencipta masa depan yang lestari untuk semua, dengan menawarkan pelbagai program, aktiviti dan sumber bagi memudahkan perkongsian ilmu serta pertukaran idea dan pandangan.
Sebagai Ahli Lembaga Majlis dalam Integral Institute, Edgar Tung, Ketua Pegawai Eksekutif Tessellation, turut mengumumkan ikrar kumpulan ini untuk Keneutralan Karbon menjelang tahun 2050.
Tatkala kami mengejar matlamat bersama menerusi dialog selama sedekad, dalam beberapa tahun akan datang, Integral Conversation akan terus berganding bahu bersama pemimpin-pemimpin beraspirasi mulia, bagi meneroka penyelesaian yang pelbagai dalam merealisasikan UNSDG.
INTEGRAL — TAMAN PEMBANGUNAN MAMPAN ESQUEL
Ia merupakan model pembangunan perintis dalam industri tekstil dan pakaian yang menggabungkan antara teknologi moden, pekerjaan berkualiti, inovasi dan kelestarian alam sekitar, untuk menunjukkan betapa pembuatan dan alam semula jadi boleh wujud bersama dalam keharmonian yang sempurna.
Salah satu daripada empat syarikat terkemuka yang menandatangani Inisiatif untuk Tindakan Pembangunan Mampan daripada Perniagaan pada tahun 2019, Esquel benar-benar komited untuk membuka jalan menuju masa depan yang lebih cerah untuk perniagaan, komuniti dan planet ini.