omniture

FORTNA dan Geek+ Merevolusikan Pemenuhan Pesanan dengan Penyelesaian Robotik Automatik

Geek+
2023-11-02 21:57 96

ATLANTA, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- FORTNA, sebuah syarikat perisian dan automasi yang terkemuka untuk rantaian nilai logistik lengkap, berasa teruja untuk mengumumkan kerjasama strategik global dengan Geek+, peneraju dalam penyelesaian robotik mudah alih untuk logistik. Kerjasama ini menandakan suatu pencapaian penting dalam industri apabila dua peneraju industri bergabung tenaga untuk mengubah pendekatan syarikat terhadap pemenuhan pesanan, dengan membawa sistem pengisihan mudah alih dan barangan-kepada-manusia revolusioner yang dibangunkan oleh Geek+ kepada para pelanggan FORTNA.

 

 

FORTNA yang terkenal dengan pengetahuan dan pengalaman domainnya yang mendalam dalam pengoptimuman rantaian bekalan, bekerjasama dengan Geek+, sebuah syarikat yang terkenal sebagai perintis penggunaan sistem robotik yang inovatif dalam automasi gudang, untuk mencipta penyelesaian tersuai yang khusus bagi keperluan unik para pelanggan mereka. Kerjasama ini akan memperkasakan perniagaan untuk menyelaraskan operasi, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam pemenuhan pesanan.

Melalui kerjasama global ini, pelbagai projek sudah berada dalam pelbagai peringkat penggunaan di Amerika Syarikat dan rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), termasuk pemasangan robotik utama untuk beberapa peruncit besar dalam sektor sukan dan peralatan rumah serta inovasi dalam sistem pengisihan barangan-kepada-manusia. Sistem robotik ini membolehkan pelanggan menambah fleksibiliti kepada operasi mereka serta meningkatkan daya pemprosesan dan mewujudkan tempat kerja yang lebih positif untuk para pekerja gudang mereka.

Manfaat utama bagi kerjasama ini termasuk:

  • Peningkatan Kecekapan: Pengetahuan industri FORTNA yang meluas akan dilengkapkan dengan teknologi robotik Geek+ yang canggih, mewujudkan penyelesaian automatik yang amat cekap dan boleh disesuaikan. Sistem robot mudah alih mempunyai lebih dua kali ganda dalam purata daya pemprosesan pengisihan dan pengambilan pesanan.
  • Kebolehskalaan: Kerjasama ini akan menawarkan penyelesaian berskala kepada perniagaan yang boleh berkembang mengikut keperluan mereka dan memastikan mereka kekal berdaya saing dalam pasaran yang sentiasa berubah.
  • Pengoptimuman Operasi Gudang: Dengan menyepadukan robotik termaju ke dalam operasi gudang, maka para pelanggan boleh meningkatkan ketepatan pesanan, penggunaan penyimpanan dan mengurangkan kos buruh dengan besar. Disepadukan secara langsung ke dalam perisian FORTNA WES™, tawaran robotik Geek+ kini mendapat manfaat daripada pelarasan keutamaan pesanan dalam masa nyata yang membolehkan perniagaan melakukan penyesuaian terhadap perubahan operasi dengan lebih berkesan. Dengan menyelaraskan aktiviti kerja secara bersama-sama dengan tawaran Geek+, FORTNA WES™ juga dapat memberi tugasan kepada automasi yang paling sesuai pada masa yang optimum untuk penambahbaikan daya pemprosesan selanjutnya sambil mengurangkan kos untuk mengambil barangan.
  • Peningkatan Kepuasan Pengguna: Pemenuhan pesanan yang lebih pantas dan lebih tepat akan membawa kepada peningkatan kepuasan, kesetiaan dan pengekalan pengguna.
  • Tempat Kerja yang Lebih Baik: Robotik mudah alih membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada tugas yang kurang berat dalam persekitaran kerja yang lebih selamat, sekali gus menyokong komitmen perniagaan terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Kedua-dua FORTNA dan Geek+ komited terhadap inovasi, kelestarian dan penyampaian penyelesaian yang selaras dengan trend dan peraturan industri yang terkini.

"Bersama-sama dengan Geek+, kami menyediakan kelebihan daya saing kepada para pelanggan kami melalui penyepaduan automasi dan robotik yang lancar ke dalam operasi rantaian bekalan mereka," kata Robert McKeel, Ketua Pegawai Eksekutif FORTNA. "Kerjasama antara FORTNA dengan Geek+ bermatlamat untuk mempercepat automasi rantaian bekalan, menjadikannya lebih cekap dan menjimatkan kos serta meningkatkan penghantaran barangan tepat pada masanya kepada pengguna."

Dalam landskap e-Dagang yang berkembang pesat, berlaku peningkatan yang amat besar dalam permintaan terhadap penyelesaian pemenuhan pesanan yang cekap dan berskala. FORTNA dan Geek+ berdedikasi untuk menangani cabaran ini secara langsung dengan menggabungkan kepakaran mereka untuk mereka bentuk, membangun dan melaksanakan penyelesaian robotik automatik yang canggih.

Lit Fung, Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan Perniagaan Antarabangsa Geek+, turut meluahkan keterujaan beliau dengan menyatakan, "Kerjasama antara FORTNA dengan Geek+ menandakan satu lagi kemajuan yang dicapai dalam pembaharuan automasi pemenuhan pesanan robotik. Syarikat yang ingin meningkatkan operasi rantaian bekalan mereka kini boleh memanfaatkan gabungan kepakaran kedua-dua peneraju industri ini untuk mencapai kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi dalam pasaran global."

Tentang FORTNA
FORTNA bekerjasama dengan jenama terkemuka di dunia untuk mengubah operasi pengedaran bungkusan dan saluran omni. Dikenali di seluruh dunia kerana membolehkan syarikat untuk seiring dengan kemajuan digital dan objektif pertumbuhan, kami mereka bentuk dan menyampaikan penyelesaian yang dikuasakan oleh perisian pintar bagi mengoptimumkan penghantaran destinasi terakhir dan pemenuhan pesanan dengan pantas, tepat dan menjimatkan kos. Para pekerja, pendekatan inovatif, algoritma dan alatan proprietari kami memastikan pengoptimuman reka bentuk operasi dan bahan serta aliran maklumat. Kami menyampaikan nilai yang luar biasa setiap hari kepada para pelanggan kami dengan perkhidmatan dan produk yang komprehensif termasuk strategi rangkaian, pelaksanaan dan reka bentuk operasi pusat pengedaran, peralatan automatik pengendalian bahan, robotik dan rangkaian perkhidmatan kitaran hayat yang menyeluruh. Sila layari https://www.fortna.com/.  

Tentang Geek+
Geek+ ialah peneraju global dalam penyelesaian robotik untuk logistik. Kami membangunkan penyelesaian Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) bagi merealisasikan automasi yang fleksibel, boleh dipercayai dan amat cekap untuk pengurusan rantaian bekalan dan gudang. Geek+ dipercayai oleh lebih 1,000 peneraju industri global dan telah diiktiraf sebagai peneraju dunia dalam bidang robot mudah alih autonomi. Diasaskan pada tahun 2015, Geek+ mempunyai lebih 1,500 orang pekerja dan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar China, Hong Kong SAR dan Singapura.  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2014500/Geek_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2263339/Fortna_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Geek+
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Multimedia/Online/Internet New products/services