omniture

Penghantaran kumulatif modul 210mm Trina Solar melebihi 90GW

Trina Solar Co., Ltd
2023-11-02 22:27 91

CHANGZHOU, China, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar melaporkan hasil sebanyak $11.58 bilion (RMB 81.12 bilion) dalam tiga suku pertama tahun 2023, 31.22 peratus lebih banyak berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu. Laporan syarikat ini, didedahkan kepada umum pada 27 Oktober, turut menunjukkan bahawa Trina Solar terus memimpin industri ini dengan penghantaran modul 45-46GW, menduduki tempat kedua di peringkat global serta penghantaran penjejak 5.6GW dan rak condong tetap untuk tiga suku pertama.

Penghantaran kumulatif modul 210mm Trina Solar melebihi 90GW setakat S3 2023, menduduki tempat pertama di peringkat global. Menjelang penghujung Oktober, penghantaran kumulatif modul 210R Trina Solar melebihi 15GW. Syarikat ini berharap dapat meneruskan pertumbuhan hasil daripada teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n, modul Vertex N, susun atur kapasiti jenis-n vertikal serta penyelesaian PV dan storan tenaga bersepadu.

Dalam bulan Ogos, syarikat ini memimpin industri ini menuju era PV 7.0 menerusi pengeluaran besar-besaran modul Vertex N 700W. Modul ini telah digunakan dalam banyak persekitaran di seluruh dunia, termasuk kawasan ambelasan, loji penyahgaraman air laut, bumbung PV kediaman dan stesen janakuasa berskala utiliti di kawasan altitud tinggi, bersuhu rendah, lantas memberi dorongan baharu kepada pembangunan hijau.

Pada pertengahan Oktober, modul Vertex N 610W 10GW Trina Solar dan sel i-TOPCon jenis-n 10GW mula dikeluarkan secara besar-besaran di pangkalan Huai'an. Pengeluaran berskala penuh Fasa II Huai'an memastikan penghantaran modul jenis-n yang lancar dan kapasiti yang mencukupi untuk integrasi jenis-n vertikal.

Dalam bulan Oktober juga, syarikat ini mendedahkan sistem bateri berskala-utiliti Elementa 2, meletakkan asas kukuh untuk penyelesaian PV dan storan tenaga bersepadu. Kapasiti pengeluaran bersepadu secara vertikal TrinaStorage, termasuk Trinacell, rak bateri dan kabinet bateri, memastikan keandalan dan keselamatan yang tinggi terhadap produknya.

TrinaTracker terus melabur dengan banyak bagi membangunkan barisan produknya dengan minat untuk memenuhi keperluan yang lebih mendesak bagi penjejak solar ekoran senario aplikasi baharu, termasuk rupa bumi yang kompleks, iklim dingin, angin kencang dan ribut pasir. TrinaTracker membangunkan sistem kawalan pintar dikemas kini yang merangkumi peralatan kawalan elektronik, algoritma pintar dan platform perisian, bagi meningkatkan lagi penjanaan kuasa serta keberkesanan operasi dan penyelenggaraan.

Trina Solar perintis terus memimpin industri ini dengan teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n, kapasiti pengeluaran jenis-n bersepadu, portfolio penuh produk Vertex N dan penyelesaian storan tenaga-solar bersepadu. Syarikat ini komited untuk terus menerajui jalan menerusi penyelesaian PV pintar dan storan tenaganya serta memudahkan transformasi sistem kuasa baharu demi masa depan sifar-bersih.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities