omniture

Huawei Umum Pemenang Anugerah XMAGE 2023

HUAWEI
2023-11-06 14:00 201

SHENZHEN, China, 6 November 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan 57 pemenang bagi Anugerah XMAGE 2023. Pertandingan tersebut, yang menonjolkan foto-foto yang diambil menggunakan peranti Huawei, menamakan tiga pemenang Hadiah Utama, 17 pemenang Terbaik-dalam-Kategori, 34 pemenang Tempat Kedua dan tiga Sebutan Terhormat.

Para pemenang pada tahun ini dipilih daripada lebih 600,000 penyertaan yang diterima antara 7 April dan 15 Ogos daripada para peserta dari hampir 100 negara. Selepas China, lima negara dengan bilangan penyertaan tertinggi ialah Malaysia, Türkiye, Poland, Filipina dan UAE. Model-model telefon paling popular yang digunakan ialah HUAWEI P60 Pro, HUAWEI P40 Pro dan HUAWEI Mate 40 Pro.

Tiga gambar pemenang Hadiah Utama yang memikat hati hakim

"Dragon Clouds" oleh Domcar Calinawan Lagto dari Filipina, "Airshow" oleh Piotr Cebula dari Poland dan "Fearless Eagle" oleh Dou Chuanli dari China dianugerahkan Hadiah Utama. Setiap pemenang akan menerima 10,000 USD (sebelum cukai) daripada dana penciptaan XMAGE untuk menyokong fotografi mereka dan untuk menggalakkan mereka terus menggunakan peranti Huawei pada masa akan datang.

© Domcar Calinawan Lagto (the Philippines)
Dragon Clouds | HUAWEI P30 Pro
© Domcar Calinawan Lagto (the Philippines) Dragon Clouds | HUAWEI P30 Pro

Ulasan hakim: Hanya apabila jurugambar menerobos sempadan konvensional barulah kita dapat melihat pemandangan yang hampir hilang, jarang ditemui atau sukar dilihat. — Chen Xiaobo, Naib Presiden ke-9 Persatuan Jurugambar China

© Piotr Cebula (Poland)
Airshow | HUAWEI P40 Pro
© Piotr Cebula (Poland) Airshow | HUAWEI P40 Pro

Ulasan hakim: Imej tersebut menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapannya, maka ia mengujakan imaginasi penonton. Adakah kapal terbang akan mendarat dengan selamat, atau terhempas? Ke manakah hala tujunya? Siapakah lelaki berbayang di latar depan? Dapat dirasakan sebuah cerita terungkap dan pergerakan dalam foto ini yang mengundang penonton untuk mengisi jurangnya. — Jurugambar potret Australia Jessica Hromas

© Dou Chuanli (China)
Fearless Eagle | HUAWEI Mate 40 RS
© Dou Chuanli (China) Fearless Eagle | HUAWEI Mate 40 RS

Ulasan hakim: Selain daripada apa yang ada di luar, lebih penting lagi untuk melihat bahagian dalam subjek, karakter mereka atau emosi mereka ketika itu. Kami telah melihat banyak helang dalam lukisan, fotografi dan video, tetapi saya pasti akan sentiasa mengingati yang ini — ia mengabadikan jiwa sebenar helang. Di bawah bulunya yang montok dan tebal merupakan mata yang tajam lagi menakutkan — jurugambar fesyen Cina Pei Tongtong

Kategori-kategori baharu mengilhamkan kreativiti yang menakjubkan

Pertandingan pada tahun ini menampilkan pelbagai kategori termasuk Jalan Malam, Potret, Seni & Fesyen, Kawasan Luar, Salam Kehidupan, Papan Cerita, Aksi dan Penceritaan. Kategori-kategori baharu ditambah untuk membantu peserta menyerlahkan daya kreativiti mereka dan menunjukkan perspektif unik mereka.  

17 pemenang Terbaik-dalam-Kategori dan 34 pemenang Tempat Kedua dipilih daripada setiap kategori dan setiap seorang akan menerima 1500 USD dan 1000 USD, ihsan daripada dana penciptaan XMAGE.

© Zhang Wei (China)
Night View on the Bridge | HUAWEI P40 | Best-in-Category winner of the Night Walk category
© Zhang Wei (China) Night View on the Bridge | HUAWEI P40 | Best-in-Category winner of the Night Walk category

 

© Rhon Paolo C. Velarde (the Philippines)
Child's Future | HUAWEI P40 Pro | Best-in-Category winner of the Portrait category
© Rhon Paolo C. Velarde (the Philippines) Child's Future | HUAWEI P40 Pro | Best-in-Category winner of the Portrait category

 

© Wang Hanbing (China)
Mountain View | HUAWEI Mate 50 RS | Runner-up winner of the Outdoor category
© Wang Hanbing (China) Mountain View | HUAWEI Mate 50 RS | Runner-up winner of the Outdoor category

Anugerah XMAGE memaparkan keupayaan pengimejan profesional XMAGE

Anugerah HUAWEI XMAGE memaparkan sejauh mana jenama XMAGE mengilhamkan kreativiti pengguna apabila menggunakan peranti mudah alih. Huawei melihat pengimejan mudah alih sebagai lensa yang hebat untuk melihat dan merakam detik-detik kehidupan yang berharga dan sebagai alat untuk merangsang idea visual. Misi kami adalah untuk memperkasa pengguna menyerlahkan kreativiti mereka dan terus menerobos sempadan pengimejan mudah alih.

Anugerah HUAWEI XMAGE telah berkembang maju sejak pelancarannya pada tahun 2017. Pertandingan tersebut bukan sahaja memberi inspirasi kepada ramai individu untuk mengambil telefon mudah alih mereka dan mengambil gambar yang hebat, tetapi ia turut menjadi platform untuk menunjukkan hasil ciptaan hebat yang memberi gambaran kepada orang ramai berkenaan pandangan jurugambar tentang dunia dan kehidupan harian mereka. Hari ini, Anugerah XMAGE muncul sebagai acara fotografi global yang terkenal, mencetuskan gelombang semangat dalam kalangan individu untuk mengekspresikan emosi mereka, memancarkan keyakinan dan menyerlahkan "kuasa imej" melalui fotografi mudah alih.

Untuk senarai penuh pemenang anugerah, sila kunjungi laman web rasmi kami:
https://consumer.huawei.com/en/campaign/xmage 

Source: HUAWEI
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards