omniture

Monument Capital Group Holdings Melantik Pasukan Pakar Sains dan Data Bertaraf Dunia bagi Nasihat tentang Pemerolehan Teknologi dan Keselamatan

Monument Capital Group Holdings
2014-07-23 13:47 190

WASHINGTON, 23 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Tokoh terkemuka dalam dunia kriptologi dan keselamatan data telah menyertai pasukan pakar di firma pelaburan industri keselamatan global Monument Capital Group Holdings (MCGH).

MCGH ialah firma pelaburan swasta antarabangsa yang bertumpu pada pelaburan dalam produk dan perkhidmatan tidak berbahaya dalam sektor keselamatan global dan kebangsaan. MCGH secara khususnya menyasarkan syarikat teknologi yang memecah kebiasaan.

Michael Leiter ialah Ketua Pentadbiran Global & Pengendalian Siber serta Penasihat Kanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Palantir Technologies. Mulai 2007 hingga 2011 beliau merupakan Pengarah Pusat Cegah Keganasan Kebangsaan Amerika Syarikat. En. Leiter telah menyertai MCGH sebagai Penasihat Kanan. Peranan beliau dalam pasukan MCGH adalah untuk menyediakan analisis ruang keselamatan siber global yang berubah dan turut membantu memaklumkan pasaran sasaran dan strategi pemerolehan firma itu.

Profesor Silvio Micali ialah pakar kriptologi terkemuka dunia di Makmal Sains Komputer dan Kecerdasan Buatan di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Penerima Anugerah Turing. Profesor Alex Pentland pula ialah Pengarah Dinamik Manusia di Makmal Media MIT. Beliau dianggap sebagai pakar terkemuka dunia untuk data. Mereka berdua menyertai MCGH sebagai penasihat saintifik.

Kata Pengerusi dan Rakan Kongsi Urusan Monument Capital Group Holdings Joël André Ornstein:

"Kami sedang membangunkan pasukan pakar bertaraf dunia yang mempunyai pemahaman yang tiada tandingannya terhadap pembangunan dan aplikasi teknologi perintis dalam industri keselamatan dan data yang berkembang pesat. Kami merupakan salah satu daripada hanya sebilangan kecil firma ekuiti swasta yang bertumpu secara eksklusif pada pasaran keselamatan global dan semua pelantikan ini memberi kami maklumat dan kelebihan yang diperlukan untuk memberikan pulangan pertumbuhan yang tinggi."

Perbelanjaan ke atas teknologi dan perkhidmatan dalam sektor keselamatan global dan kebangsaan kini melebihi $1.3 trilion pada peringkat global dan dijangka akan terus bertumbuh sebanyak lebih 7 peratus setiap tahun.

Keperluan untuk teknologi inovatif sedia beli bermakna syarikat pasaran tengah yang berpacukan Penyelidikan & Pembangunan dan sedang merintis inovasi teknologi, boleh mengakses pasaran yang sedang bertumbuh pesat dan berubah secara radikal ini.

Pengasas Bersama Monument Capital Group Holdings Robert J.Dunn berkata:

"Perubahan dalam landskap keselamatan global sedang mencipta permintaan untuk pelbagai jenis teknologi berbeza yang dibangunkan oleh syarikat baharu, kecil hingga sederhana yang berpandukan teknologi. Monument Capital Group Holdings sedang menyasarkan pelaburan dalam syarikat yang mempunyai potensi untuk pertumbuhan signifikan. Kami menggunakan kepakaran dan akses kami kepada pasaran baru muncul untuk mencipta peluang yang signifikan bagi pelabur serta firma inovatif."

Michael Leiter, Profesor Micali dan Profesor Pentland menyertai pasukan MCGH yang terdiri daripada tokoh terkemuka daripada dunia kewangan, ekuiti persendirian, sektor kerajaan dan keselamatan teknologi.

Nota kepada Editor 

1. Michael Leiter ialah Ketua Pentadbiran Global & Pengendalian Siber dan Penasihat Kanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Palantir Technologies. Leiter menyelia semua kerja Palantir dengan kerajaan dalam AS, Eropah, Asia, Timur Tengah dan juga Australia serta kerja pertahanan siber Palantir dengan beberapa syarikat Fortune 500. Sebelum menyertai Palantir Michael Leiter ialah Pengarah Pusat Cegah Keganasan Kebangsaan Amerika Syarikat (NCTC) mulai 2007 hingga 2011 semasa pentadbiran Presiden G. W. Bush dan Presiden Obama. Sebagai Pengarah NCTC, Leiter mengetuai organisasi utama dalam kerajaan A.S. untuk analisis dan penyepaduan semua perisikan keganasan, dalam dan luar negara.

2. Profesor Silvio Micali berkhidmat sebagai Profesor Ford Kejuruteraan di Institut Teknologi Massachusetts. Micali telah menerima Anugerah Turing (dalam sains komputer), Hadiah Gödel (dalam sains komputer teori), serta hadiah RSA (dalam kriptografi). Beliau ialah ahli Akademi Sains Kebangsaan, Akademi Kejuruteraan Kebangsaan dan juga Akademi Seni dan Sains Amerika serta Felo Persatuan Antarabangsa untuk kajian Kriptologi.

3. Alex Pentland ialah pengarah Makmal Dinamik Manusia MIT dan Program Keusahawanan Makmal Media MIT, ketua bersama inisiatif Data Besar Forum Ekonomi Dunia dan Data Peribadi. Beliau merupakan ahli Akademi Jurutera Kebangsaan, ahli Lembaga Penasihat Nissan, Motorola Mobility, Telefonica, dan pelbagai firma permulaan lain. Pada tahun 2012 Forbes telah menamakan Profesor Pentland sebagai salah satu daripada 'tujuh ahli sains data paling berkuasa dalam dunia'.

4. Monument Capital Group Holdings (monumentcapitalgroup.com) (syarikat gabungan Monument Capital Group) dan Monument Capital Group Acquisition Holdings telah memulakan operasi pada tahun 2013. Pengasas bersama dan Pengarah Urusan syarikat itu ialah Joël André Ornstein (Pengerusi), pengasas Majorn Corp, perkongsian usaha sama antara The Carlyle Group dan syarikat pegangan pelaburan berpusat di Paris Euris Group. Robert J. Dunn, bekas ahli Buyout Team dengan The Carlyle Group dan bekas ketua pengendaliannya di Arab Saudi, Rusia dan Turki serta Douglas Baker, bekas Pembantu Khas Presiden G.W. Bush untuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

5. Pasukan penasihat kanan MCGH terdiri daripada:

  • Robert F. Armao – Pengerusi firma penasihat global Armao and Company dan bekas Pembantu Nelson Rockefeller.
  • James A. Baker, III - Bekas Setiausaha Negara Presiden G.H.W Bush dan bekas Setiausaha Perbendaharaan Presiden Reagan dan Ketua Kakitangan Presiden Reagan serta Presiden G.H.W. Bush.
  • Todd Bradley – Bekas Naib Presiden Eksekutif Inisiatif Pertumbuhan Strategik Hewlett Packard, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Palm, Inc. dan Naib Presiden Eksekutif Pengendalian Global untuk Gateway, Inc.
  • Frank C. Carlucci − Pengerusi Emeritus The Carlyle Group dan bekas Setiausaha Pertahanan dan Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Reagan.
  • Mustafa V. Koç - Pengerusi Koç Holding, konglomerat terbesar Turki dan salah satu syarikat terbesar di Eropah.
  • Thomas F. McLarty, III − Bekas Ketua Kakitangan Presiden Clinton dan bekas Pengerusi Arkla, syarikat gas asli Fortune 500.
  • Douglas A. Ollivant – Bekas Pengarah Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) di bawah Presiden G.W. Bush dan Obama. Pegawai Tentera Bersara, penasihat kepada Jeneral di Afghanistan serta Iraq.
  • Kulbir Singh – Bekas Ketua Divisyen Perbankan Korporat Barat India di Grindlays Bank. Singh mengendalikan perniagaan khidmat nasihat bertapak di India yang mengarahkan syarikat antarabangsa tentang strategi kemasukan ke dalam pasaran India.

Kehebatan bakat dalam pasukan MCGH ini bermakna syarikat ini mempunyai pemahaman dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya dalam kerjasama bersama kerajaan antarabangsa, syarikat swasta serta awam.

6. MCG serta rakan gabungannya telah melabur dalam dua syarikat portfolio dan dua pemerolehan tambahan. Pada tahun 2011 Persistent Sentinel, penyedia yang berpusat di A.S. untuk produk perisian pengawasan dan keselamatan dipertingkat. Pada tahun 2012, SDi, penyedia penyepaduan dan pengurusan sistem keselamatan canggih. Pada tahun 2013 SDi telah mengambil alih I-sys Corp dan X7 Systems.

Source: Monument Capital Group Holdings
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Personnel announcements