omniture

6D Technologies Menerima Anugerah 'Transformasi Digital Perusahaan Terbaik Tahun Ini' di IMC 2023

6D Technologies
2023-11-08 01:20 40

BENGALURU, India, 7 November 2023 /PRNewswire/ -- 6D Technologies, penyedia penyelesaian teknologi terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan pengiktirafan terbaharunya sebagai pemenang bertuah bagi anugerah 'Transformasi Digital Perusahaan Terbaik Tahun Ini (Best Enterprise Digital Transformation of the Year)' di Anugerah Kongres Mudah Alih India (Indian Mobile Congress Awards) 2023. Pengiktirafan berprestij ini disampaikan oleh Dr.Neeraj Mittal (IAS), Pengerusi DCC & Setiausaha (T), DOT, Kerajaan India, dan ia menandakan komitmen 6D Technologies yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam landskap transformasi digital.

IMC 2023 Recognized 6D Technologies at IMC Awards
IMC 2023 Recognized 6D Technologies at IMC Awards

Kemenangan 6D Technologies ini adalah bukti usaha rintisnya dalam membentuk semula landskap digital dengan pendekatan digital secara menyeluruh, yang meningkatkan kecekapan, proses dan pertumbuhan perniagaan di seluruh dunia. Kejayaan projek syarikat ini yang dijalankan dengan kerjasama pelanggan perusahaan utama di Ethiopia, menunjukkan komitmennya terhadap perkhidmatan telekomunikasi termaju dan keterangkuman dalam transformasi digital.

Abhilash Sadanandan, Ketua Pegawai Eksekutif 6D Technologies, menyatakan keterujaannya dengan berkata, "Kami sangat teruja untuk menerima anugerah terbilang ini di IMC 2023. Ia menekankan dedikasi pasukan kami untuk menyediakan penyelesaian termaju yang memudahkan kelancaran transformasi digital untuk perusahaan di seluruh dunia. Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk menyampaikan penyelesaian transformatif yang memperkasakan perniagaan dalam era digital serta memacu pertumbuhan dan kejayaan yang mampan."

Projek 6D Technologies yang berjaya yang telah dijalankan dengan kerjasama pelanggan perusahaan utama dalam ruang telekomunikasi, di Ethiopia. Komitmen 6D Technologies terhadap perkhidmatan telekomunikasi termaju dan keterangkuman telah memacu transformasi digital yang berjaya. Ia mengatasi cabaran pasaran dengan penyelesaian sedia masa hadapan 'Canvas', sebuah platform BSS Digital didayakan awan yang berbilang main dan dikuasakan 5G, menawarkan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan serta menyokong capaian digital dan matlamat pembangunan sosio-ekonomi Ethiopia secara signifikan.

6D Technologies terus berada di barisan hadapan dalam transformasi digital, menyampaikan penyelesaian inovatif yang memperkasa perniagaan untuk berkembang maju dalam era digital. Anugerah 'Transformasi Digital Perusahaan Terbaik Tahun Ini' di IMC 2023 bertindak sebagai bukti dedikasi syarikat ini untuk menjangkaui sempadan kemungkinan dalam landskap digital.

Tentang IMC: 

Kongres Mudah Alih India (India Mobile Congress, IMC) ialah sebuah platform terkemuka yang mengumpulkan pihak berkepentingan teknologi dan telekomunikasi, termasuk peneraju industri, penggubal dasar dan inovator. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.indiamobilecongress.com/.

Tentang 6D Technologies: 

Ditubuhkan sebagai penyedia penyelesaian teknologi terkemuka, 6D Technologies mengkhusus dalam menyampaikan penyelesaian transformasi digital terkini untuk perniagaan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.6DTechnologies.com

Hubungan Pemasaran: 

Neha Mashruwala
Pengurus Besar, Pemasaran
marketing@6dtech.co.in 
+91 80 4048 5959

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2267509/6D_Technologies_IMC_Awards.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2267508/6D_Technologies_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: 6D Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards