omniture

100 Bandar Bingkas - Dirintis Yayasan Rockefeller, Mengumumkan Pembukaan Cabaran 100 Bandar Bingkas 2014: Bandar Seluruh Dunia Dijemput untuk Memohon

100 Resilient Cities - Pioneered by the Rockefeller Foundation
2014-07-24 07:05 187

-- Bandar Terpilih Akan Menerima Sumber dan Sokongan untuk Membina Kebingkasan terhadap Kejutan dan Tekanan Abad Ke-21 – Proses Permohonan Berlangsung Sehingga 10 September

NEW YORK, 24 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini 100 Bandar Bingkas – Dirintis Yayasan Rockefeller telah mengumumkan proses permohonan 2014 untuk Cabaran 100 Bandar Bingkas telah dibuka secara rasmi. Cabaran itu menjemput pemohon dari bandar seluruh dunia yang sedia untuk menangani cabaran sosial, ekonomi serta fizikal yang mereka hadapi dalam dunia yang semakin dibandarkan. Bandar terpilih akan layak untuk menerima sumber yang signifikan untuk membantu mereka menjadi lebih bingkas.

"Pada tahun lepas kami telah bekerjasama dengan 32 bandar dari seluruh dunia, mempelajari apa yang memotivasikan bandar tersebut dan mula menyentuh langkah yang perlu diambil bandar tersebut untuk menjadi lebih bingkas," kata Michael Berkowitz, Presiden 100 Bandar Bingkas. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakan semua yang telah kami pelajari sepanjang tahun lepas untuk memastikan kami ada kumpulan rakan kongsi bandar terbaik, yang boleh bekerjasama dengan kami, belajar daripada sesama sendiri, dan membantu mengetuai gerakan kebingkasan global. Dunia kini semakin dibandarkan dan bandar juga sedang menghadapi jauh lebih banyak cabaran, jadi persoalannya ialah: bagaimana semua bandar ini akan maju ke hadapan?"

Bandar seluruh dunia sedang berhadapan dua arah aliran yang jelas. Mula-mula sekali, pembandaran lebih galak: peratus individu yang tinggal di dalam bandar diunjurkan akan meningkat daripada kira-kira 50 peratus hari ini menjadi kira-kira 75 peratus menjelang tahun 2050. Kedua, bandar berhadapan dengan ancaman semula jadi dan buatan manusia yang lebih kerap dan kuat. Apabila digabungkan bersama, sudah jelas bandar perlu berfikir dan bertindak dalam cara yang berbeza. Cabaran 100 Bandar Bingkas sedang membantu bandar untuk melaksanakannya.

"Walaupun bandar seluruh dunia tidak boleh meramal gangguan yang mungkin akan berlaku, mereka boleh merancang untuk menghadapinya, belajar daripadanya dan muncul lebih baik setelah ia berlaku. Inilah perkara pokok kebingkasan," kata Dr. Judith Rodin, Presiden Yayasan Rockefeller. "100 Bandar Bingkas sedang membantu bandar mula menggunakan pendekatan inovatif yang membina kebingkasan terhadap cabaran fizikal, ekonomi dan sosial yang tidak pernah muncul sebelum ini tetapi menggambarkan ciri kurun ke-21."

Bandar di seluruh dunia digalakkan untuk memohon, dan akan diadili berdasarkan beberapa kriteria – termasuk sebaik mana mereka akan menangani keperluan golongan miskin atau lemah, yang terkesan secara tidak seimbang daripada kejutan dan tekanan. Bandar yang terpilih akan layak untuk menerima:

  • Pembiayaan geran untuk mengupah Ketua Pegawai Kebingkasan, yang akan mengetuai proses membina kebingkasan, membawa pihak berkepentingan daripada semua peringkat kerajaan dan sektor masyarakat;
  • Sokongan teknikal untuk membangunkan strategi kebingkasan menyeluruh yang mencerminkan keperluan setiap bandar yang berbeza;
  • Akses kepada platform perkhidmatan yang inovatif bagi menyokong pembangunan dan pelaksanaan strategi. Rakan kongsi platform datang daripada sektor swasta, awam serta tanpa untung, dan akan menawarkan alatan dalam beberapa bidang seperti kewangan inovatif, teknologi, infrastruktur, penggunaan tanah, serta kebingkasan masyarakat dan sosial;
  • Keahlian dalam Rangkaian 100 Bandar Bingkas untuk berkongsi ilmu dan amalan dengan bandar ahli lain.

Bagi memohon, ketua kerajaan perbandaran serta institusi utama boleh menghantar permohonan bagi pihak bandar mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, atau untuk mengisi borang permohonan (tertakluk kepada peraturan rasmi) dalam Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Portugis, Bahasa Rusia serta Bahasa Sepanyol, layari www.100resilientcities.org/challenge

100 Bandar Bingkas – Dirintis Yayasan Rockefeller dibiayai oleh Yayasan Rockefeller dan diuruskan sebagai projek tajaan oleh Penasihat Kedermawanan Rockefeller (RPA), organisasi tanpa untung 501(c)(3) bebas yang menyediakan pentadbiran dan infrastruktur pengendalian kepada projek tajaannya.

Ketahui lebih lanjut tentang 100RC di www.100resilientcities.org, RPA di www.rockpa.org, dan Yayasan Rockefeller di http://www.rockefellerfoundation.org/about-us

HUBUNGI:
Maxwell Young
MYoung@100RC.org
+1-646-612-7142

Source: 100 Resilient Cities - Pioneered by the Rockefeller Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Not for profit