- Lumia paling berpatutan boleh didapati pada Ogos 2014.
REDMOND, Washington, 24 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Microsoft Devices Group hari ini memperkenalkan Lumia 530, Lumia paling berpatutan setakat ini, memberikan pengalaman telefon pintar tanpa kompromi dengan inovasi Microsoft dan Lumia terkini. Ia dijangka boleh diperoleh dengan anggaran harga runcit bernilai 85 euro sebelum cukai dan subsidi, bermula pada Ogos 2014.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
Terdapat pilihan 3G SIM tunggal dan 3G dwi-SIM untuk Lumia 530, yang akan memperluas capaian Windows Phone sebagai Lumia pertama diperkenalkan pada harga kurang 100 euro, lalu membolehkan lebih ramai orang menikmati inovasi dan perkhidmatan Microsoft yang boleh didapati pada telefon pintar Lumia atasan, termasuk yang berikut:
"Kami berusaha dengan pantas untuk membantu lebih ramai individu untuk menikmati teknologi Lumia tanpa kompromi, aplikasi pihak ketiga dan perkhidmatan Microsoft yang kami sediakan melalui produk kemegahan kami," kata Jo Harlow, naib presiden korporat Microsoft Devices Group. "Lumia 530 memperlihatkan komitmen kami untuk menghasilkan telefon pintar yang berpatutan untuk semua, dan memperkenalkan lebih ramai individu kepada tawaran yang terbaik daripada Microsoft."
Microsoft turut memperkenalkan pembesar suara boleh cas semula Bang by Coloud. Sesuai untuk menikmati muzik bersama rakan, Bang by Coloud mudah dibawa supaya orang ramai dapat menghubungkan berbilang pembesar suara bersama untuk menghasilkan rantai daisi bunyi yang kuat.
Lumia 530 hadir dengan sarung perlindungan boleh tukar berwarna jingga terang, hijau terang dan warna neutral kelabu gelap serta putih yang bergaya. Lumia 530 boleh didapati pada peringkat global dan mula diperkenalkan dalam pasaran terpilih pada Ogos 2014.
Ringkasan spesifikasi teknikal
Lumia 530 |
|
Sistem Pengendalian |
Windows Phone 8.1 dengan Lumia Cyan |
Paparan |
Paparan LCD FWVGA 4-inci |
Bateri |
Hingga 22 hari siap sedia, 13 jam 2G waktu berbual. Kapasiti bateri: 1430mAh |
Ketersambungan |
HSPA+ 21Mbps/5.76Mbps, Wi-Fi (b/g/n), BT 4.0, mikro-USB |
Pemproses |
Qualcomm Snapdragon 200 empat teras 1.2GHz |
Kamera |
5 MP |
Memori |
512MB RAM, 4GB eMMC sehingga 128GB sokongan kad mikro SD |
Latar Belakang Microsoft Devices
Microsoft Devices Group terdiri daripada perkakasan memenangi anugerah yang digunakan oleh berbilion individu di serata dunia, termasuk telefon pintar dan tablet Lumia, telefon bimbit Nokia, perkakasan Xbox, Surface, produk Perceptive Pixel, serta aksesori.
Latar Belakang Microsoft
Setelah diasaskan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq: MSFT) ialah peneraju sedunia bagi perisian, perkhidmatan, peranti dan juga penyelesaian yang dapat membantu orang ramai serta perniagaan merealisasikan potensi sebenar mereka.